AINAA Beauty Kuantan

AINAA Beauty Kuantan

Share

AINAA BEAUTY KUANTAN TOP STOKIS

14/06/2026

Order AINAA of the day😍

Kadang keluar nak settlekan cod tu, bukan semata terus direct pergi ke rumah customer. Tapi ada urusan hal-hal lain dulu.

Pergi topup barang dapur lah, pergi bank lah, anak nak terkencing lah, barang tertinggal lah, baru laaaa ke rumah customer cod. Untuk sampai ke destinasi sebenar, memang kena mengadap ke destinasi lain dulu.

Sama jugak macam sales. Nak dapat sales tu, kena buat banyak benda dulu. Edit video, post kt reels, kat semua platform, kena engage, kena consistent, kena rajin, then baru lah dapat hasil/ sales.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, aderr? Gitu peribahasanyaa🤭

Photos from AINAA Beauty Kuantan's post 10/06/2026

“Jerawat besar, nak sujud pun sakit kat dahi”, Amalin whatsapp Dewi haritu bagitahu jerawat kat dahi dia besar.

Amalin berasal dari Kelantan, skin ada tiny bumps banyak area dahi, parut jerawat, kusam, skin oily akibat pakai product merkuri.

Jerawat dia ada jugak naik besar area dahi dan membuatkan Amalin sakit time solat ketika sujud sebab dahi yang ada jerawat besar terkena sejadah.

Dewi suggestkan 3 items untuk kukuhkan skin barrier dan rawat masalah skin dulu.

Tiap bulan Amalin akan share progression skin dia. Walaupun lambat dan tak ketara, tapi still ada progression yang baik.

Jerawat mula kecut, parut pun dah pudar, skin dah tak kusam dan muka nampak fresh sikit.

Alhamdulillah. Happy bila Amalin share banyak gambar skin kat Dewi. Nampak sangat dia happy dengan process baik pulih skin. Bagus orang nya, mendengar cakap, consistent dan sabar je melalui process repair skin barrier.

Korang nak tenguk tak skin dia yang latest?

06/06/2026

Ramai yang tanya berapa harga set combo AINAA?

Lain orang, lain skin problem. Setiap set focus pada skin concern mengikut fasa keadaan skin semasa. Selalunya Dewi akan tanya masalah skin dan minta gambar supaya Dewi boleh suggest items yang sesuai.

Harga tak mahal sangat, still affordable and mampu milik. Setiap item tahan 1-2 bulan bergantung pada penggunaan. Cuma Serum je tahan sebulan.

Skincare AINAA bukan saja merawat, malah bantu maintain and jaga skin kita dalam jangka masa yang lama. Bebas merkuri dan selamat digunakan untuk ibu memgandung, lelaki perempuan, tua muda.

Mana yang tengah cari skincare yang selamat dan affordable, meh laa guna AINAA. Dewi dah 9 tahun setia brand yang sama. Korang try laa..

Photos from AINAA Beauty Kuantan's post 06/06/2026

Since 19 August 2021, Balqis start dengan AINAA sampai sekarang 2026.

Untuk dapat skin macam Balqis bukan sehari dua, malah makan tahun untuk merawat dan maintain routine skincare. Penjagaan dan rawatan yang bukan dalam jangka masa pendek, malah respect boleh bertahan dan consistent menggunakan AINAA almost 4-5 tahun.

Proud. Happy and inspired😍

“NAMPAK GAYANYA WAJIB KENA CONSISTENT AINAA LAH”

Ya Allah dapat feedback macam ni pun dah happy. Ini lah kejayaan sebenar Dewi. Takde apa yang diharapkan, selain tenguk customer happy dan dapat skin yang sihat, bersih dan glowing.

Nak skin macam Balqis? Contact Dewi tauu.

05/06/2026

Buat double cleanse kat hotel. Paling Dewi s**a tunjuk tutorial double cleanse sebab lighting yang cantik, background yang aesthetic, suasana lain dan dalam keadaan yang heavy makeup.

Bila berjalan ni memang kita always on makeup lah. Tambah p**a boleh solat jamak, so boleh pakai makeup dalam jangka masa yang lama.

Korang tenguk lah keberkesanan cleansing balm AINAA tu, Dewi apply kat skin, tonyoh/ gosok kejap je and terus melt (cair/ keluar) segala bahan solekan yang heavy tu. Pair p**ak dengan cleanser AINAA, memang bersih betul skin!

Cleansing balm AINAA dan cleanser AINAA is the best combination untuk buang bahan solekan/ sunscreen, mengurangkan jerawat/ tiny bumps and mengurangkan skin berminyak.

Korang try lah. Sumpah puas hati betul👍🏻

Photos from AINAA Beauty Kuantan's post 03/06/2026

Tak semua skin sesuai dengan skincare yang kita jual. Ada orang, pakai AINAA okey je dengan skin. Ada orang tak serasi dengan skin.

Untuk kes Khai ni, memula pakai AINAA okey je dengan skin. Khai pakai set barrier care repair masalah skin yang berjerawat, berminyak, berparut dan kusam.

Korang ada ke masalah yg sama macam Khai?

31/05/2026

Terima kasih bulan Mei🍀

Banyak sangat kenangan manis dan perkara baik yang patut Dewi syukuri. Bulan favourite Dewi ialah bulan Mei iaitu bulan kelahiran seorang isteri, seorang leader, seorang kakak dan seorang ibu yang sangat kuat semangatnya.

Takda apa harapan lain yang Dewi harapkan selain kebaikkan dunia dan akhirat. Apa je segala yang baik-baik mogq Allah permudahkan untuk Dewi jalankan tanggungjawab sebagai isteri/ ibu kepada 4 orang anak yang beruntung.

Masyaallah Taabarakallah, Mei tahun ni rezeki datang dalam pelbagai bentuk, yang tak disangka-sangka.

Semoga bulan akan datang dipermudahkan segala hal-hal yang baik, dijauhi segala yang buruk dan susah, dimakbulkan impian, semoga Allah lindung dan pelihara dari setiap sudut kehidupan, di jalan-NYA yang lurus.

19 Mei, Selamat 34 Dewi. Kuatkan semangat dan jalan terus❤️

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO 19, LORONG BALOK BARU 30, BALOK BARU PINE, KUANTAN
Kuantan
26100