Noor kasih

Noor kasih

Share

Noor kasih noir

19/03/2023

Siang tadi abam buat tempahan kuih goyang..
Seperti biasa abam sertakan sekali resepi yg Sgt simple... Moga bermanfaat..

Resepi Kuih Goyang Simple rangup dan mudah!

Bahan-bahan Kuih Goyang Simple dan Rangup
500g tepung beras
1 cawan gula halus
2 biji telur
250ml santan kotak
Secubit kapur (cairkan)
1 sudu kecil garam
400ml air
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak Kuih Goyang Simple dan Rangup :
1. Campur kesemua bahan ( kecuali air ). Dikacau rata.
2. Masuk kan air sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.
3. Panaskan minyak dgn api yg sederhana. Letak kan acuan kosong kedalam kuali & biarkan sehingga betul panas.
4. Celup acuan panas tadi kedalam adunan (pastikan acuan tidak tenggelam) hampir paras rata. Kemudian celup acuan kedalam kuali. Biarkan dalam 10 saat sebelum menggoyang acuan untuk keluarkan kuih.
5. Setelah kuih keluar, biarkan acuan didalam kuali & setelah beberapa saat kemudian ulang process mencelup & menggoyang.
6. Angkat kuih apabila agak kecoklatan & toskan. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara

04/03/2023

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL❀️
Bahan berkaramel:
2 sudu gula.. Masak dlm loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan.. Jadikan gula hangus.. Tapi jgn hangus sgt.. Gula dh cair.. Ratakan dlm loyang.. Ketepikan
Bahan A:
20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
πŸ‘‰ Masak agar2 bersama air hingga larut agar2
πŸ‘‰ Kemudian masukkan gula.. Kacau2 rata.. Perlahankan api
Bahan B:
5 keping roti gardenia.. Carik2kan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan.. Akk guna pewarna ungu, pink & kuning
πŸ‘‰ Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus
πŸ‘‰ Tuang dlm periuk agar2 tadi.. Besarkan api semula.. Kacau2 rata.. Masukkan tepung kastard.. Kacau sebati hingga mendidih.. Tutup api
πŸ‘‰ Ambil 2 cawan agar2 tuang dlm loyang berkaramel tadi.. Biarkan sedikit beku
πŸ‘‰ Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak.. Warnakan ungu, pink & kuning
πŸ‘‰ Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis.. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning
πŸ‘‰ Kena buat dgn cepat ye..tapi cermat..Sbb puding roti ni cepat beku
πŸ‘‰ Kalau rasa dah beku.. Panaskan sekejap atas api perlahan
πŸ‘‰ Tunggu beku/sejuk baru simpan dlm peti sejuk
πŸ‘‰ Selepas 2 jam.. Boleh lah telangkupkan puding tu dlm pinggan/alas yg rata.. Potong ikut s**a.. Sedia untuk menikmatinya.. πŸ™‚
Kredit Resepi - Zura Zul

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuantan