Safe and Natural Product
Promoting healthy life style.
15/07/2016
Tukar cara hidup anda untuk hidup yang lebih sihat, selamat dan ceria
15/07/2016
Al kisah perubahan cara hidup kami sekeluarga.
Mengapa dan bagaimana?
Bukan mudah nak mengubah cara hidup kita. Setelah 20-30 thn hidup dgn rutin yang sama, dengan pemakanan yang sama dan dengan produk-produk yang sama agak payah untuk kita ubah. Begitu juga dengan saya dan suami. Masa muda semua main hentam saja. Tak kira sama ada produk-produk yang diguna ada side effectnya, tak dihirau sama ada makanan yang dimakan organik atau tidak, tak difikirkan tentang kesan makanan yang diproses. Semuanya kerana dah terbiasa dan masih sihat walafiat. Namun bila masa berlalu, usia meningkat, anak-anak bertambah kami mula terfikir. Badan mudah jadi lesu, lenguh sana lenguh sini, rambut mula gugur, bentuk badan pun dah tak secantik dulu, buncit sana kembang sini. Belum dikira anak anak lagi. Sekejap demam sekejap batuk selsema, kulit p**a gatal gatal. Ubat doktor jenuh makan. Baik sekejap jadi balik. Jadi saya dan suami mula membuat kajian, mencari maklumat di internet dan buku buku. Masa tu dah mula terdetik untuk membeli barangan yang bagus dan berkualiti. Mahal sikit tapi berbaloi. Macam macam produk kesihatan kami guna sebagai supplement. Cara pemakanan pun kami ubah sedikit demi sedikit. Tidak secara mendadak kerana nak biasakan dulu. Yelah bila dah biasa makan beras putih tiba tiba makan beras perang. Nanti ada yang tak makan 3 hari. Sekarang setelah 7 tahun, hidup kami sekeluarga bertambah sihat dan ceria. Anak anak jarang sangat batuk batuk selsema dan demam. Main hujan pun tak mengapa. Anak sihat dan ceria, ibu bapa kurang stress dan lebih bersemangat mendidik.🌈
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
JKR 571, Jalan Dato Abu Samah
Kuantan
25050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 12:30 |
| Tuesday | 10:00 - 12:30 |
| Wednesday | 10:00 - 12:30 |
| Thursday | 10:00 - 12:30 |
| Friday | 10:00 - 12:30 |
| Saturday | 10:00 - 12:30 |
| Sunday | 10:00 - 12:30 |
