Bekam Sunnah Aura Muslimah
Kami menyediakan perkhidmatan Bekam Terus Ke Rumah Anda. Temujanji Bekam Sms/Whatsapp
Nama - Alamat -
12/12/2019
*TARIKH SUNNAH BERBEKAM YANG DIANJURKAN OLEH RASULULLAH SAW*
_Jom book slot anda 😊😊_
*14 Dis (Sabtu) - 17 Rabiulakhir*
*16 Dis (Isnin) - 19 Rabiulakhir*
*18 Dis (Rabu) - 21 Rabiulakhir*
Hotline: 01111000833
*Bekam terus ke lokasi anda*
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit”
(Shahih Sunan Abi Dawud)
12/12/2019
Bekam terus ke rumah
Letih? Lesu? Tidak bermaya?
Anda acapkali berasa letih, lesu dan tidak bermaya? Sesuatu perlu anda lakukan! Pergilah bersenam atau marilah BERBEKAM. In Sha Allah kaedah Terapi Bekam ini amat membantu individu yang seringkali mengalami masalah letih, lesu dan tidak bermaya akibat tekanan kerja dan cara hidup sehari - harian.
Tak perlu bersusah pergi ke pusat rawatan, hubungi kami segera untuk temujanji bekam di rumah anda.whatsapp 01111000833 @ 01111000838
Www.facebook.com/bekamsunnahauramuslimah
Promosi rm100 - Unlimited
06/09/2019
Jom booking slot di bulan Muharam ini.
17 muharam 1441h(Selasa)
19 Muharam 1441h(Khamis)
21 Muharam 1441h(Sabtu)
www.wasap.my/01111000833
06/09/2019
BEKAM VS DERMA DARAH.
___________________________
Perkongsian Dr Hafiz Sulaiman
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan.
Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!
Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.
Bekam p**a banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.
Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :
1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).
• Manip**asi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll.
( Bergantung individu case by case bukan pukul rata )
2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.
Maka sebab itu bekam sangat pop**ar untuk mengurangkan sakit kepala,carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.
3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF p**a merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor). Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.
4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.
Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah. Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya. Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.
Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.
IQRA’ ya akhi.
Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!
Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
** Marilah kita sama-sama derma darah...kemudian gilir-gilir buat bekam p**a sesi seterusnya ;)
16/03/2017
FAKTA BEKAM
Jenis Bekam
Bekam Kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam Basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu Berbekam
- Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.
- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Sumber Maklumat: Berita Harian
16/03/2017
10 Keadaan BADAN yang perlu bantuan BEKAM ::
1 ) Selalu lenguh di Pinggang / Belakang
2 ) Terasa tegang di Bahu dan Leher
3 ) Sendi bengkak diserang GOUT
4 ) Badan lesu tak bermaya dan banyak angin
5 ) Selalu mengantuk waktu kerja dan memandu
6 ) Banyak jerawat di muka dan badan
7 ) Kepala diserang migrain dan vertigo
8 ) Kena makan ubat darah tinggi setiap hari
9 ) Ada masalah berkaitan wanita
10 ) Merancang untuk terus sihat lagi 10 tahun
---------------------------------------------------------------------------------------
:: Info bekam ::
✔ Kajian Ahli Saintis dunia telah banyak menemui bukti tentang kehebatan rawatan bekam yang mampu merawat shingga 72 penyakit. Bekam terbukti praktikal dan sudah diamalkan oleh manusia semenjak ribuan tahun lagi.
✔ Bekam mampu membuang cell darah kotor yang mati, toksid beracun dan angin di dalam badan. Sedutan Bekam menghasilkan ransangan pada sistem saraf yang tubuh untuk terus sihat dan mencegah penyakit kritikal.
---------------------------------------------------------------------------------------
:: Khasiat selepas Bekam ::
✔ Selepas darah kotor dan toxid dibuang melalui bekam, darah akan bergerak lancar kerana tiada gumpalan cell darah mati dan toxid di dalam sistem darah. Cell darah baru akan terhasil untuk berkerja dalam sistem badan kita.
✔ Badan akan cergas dan bertenaga di tepat kerja. Dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa alasan kesihatan. Tubuh badan terus sihat untuk orang tersayang setiap hari.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rawatan Bekam Aura muslimah menyediakan rawatan ::
✔ Bekam Darah
✔ Bekam Seri Wajah
✔ Rawatan Lilin Resdung
✔ Basic FACIAL
✔ Rawatan buang blackhead & whitehead
✔ Ekspress manicure 💅
(Dapatkan nasihat perawat kami sebelum anda membuat keputusan rawatan)....................................................................................
Cepat, dapatkan Rawatan dengan Harga PROMOSI.
PAKEJ BEKAM ( Hot Packages )
✔ 11CUP = RM50
✔ 21CUP = RM100
--------------------------------------------------------------------
Macam mana kalau saya nak buat TEMUJANJI ?
--------------------------------------------------------------------
Mudah je, Tuan/Puan/ENCIK/ CIK ikut arahan dibawah, info lanjut akan diberikan :
Hubungi SEKARANG !
▶Whatsapр untuk Booking TEMUJANJI kе :
--------------------
✆ 011-11000838
✆ 011-11000838
✆ 011-11000838
13/03/2017
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda :
“Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijrah maka itu adalah hari - hari yang menyembuhkan penyakit.”
Jom booking tarikh terbaik berbekam..
17hb = 16 March 2017 (Khamis)
19hb = 18 March 2017 (Sabtu )
21hb = 20 March 2017 ( Isnin)
WhatsApps 01111000838 utk temu janji.
21/02/2017
@@@@,,,FACIAL RESDUNG,,,@@@@
~Membersih(Sabun Resdung)
~Lilin Resdung
~Masker Resdung
~Toner
***FUNGSI FACIAL RESDUNG***
# # Rawatan ini untuk menghilangkan hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan.. Rawatan ini menggunakan kaedah lilin resdung diletakkan 7 point di pemukaan kulit wajah untuk membantu masalah jerawat atau resdung yang teruk. Resdung juga Menyebabkan alahan yang sangat teruk jika kita tidak hindarkan makanan seafood
***KELEBIHAN FACIAL RESDUNG***
# # Dapat menghilangkan jerawat di muka..
# # Dapat meghilangkan alahan yang teruk
# # Dapat menyegarkan kulit wajah
JIKA BERMINAT = 011-11000838
21/02/2017
Jom book tarikh terbaik berbekam... WhatsApp 01111000838..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuantan
