Butik Farra Naffy
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Butik Farra Naffy, Kuantan.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua ☺️
Selamat bersahur kepada yang berpuasa di hari Asyura ni.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan keberkatan dalam hidup, dikurniakan taufik hidayah berterusan sehingga akhir hayat, dikurniakan istiqamah dalam mentaati perintah ALLAH, dikurniakan ketenangan hati, dikurniakan rezeki yang mencukupi halal lagi berkat dan dianugerahkan redho ALLAH dapat masuk syurga tanpa hisab.
Aamiinn YA ALLAH YA MUJIB
Lepas sibuk kejar kerja dan urus hidup, jom kita rehat sekejap dengan Dhuha. 2 rakaat pun dah cukup untuk lembutkan hati dan tarik rezeki.
In Shaa ALLAH, Tenang, kan?
Dalam sibuk urus hidup dan kejar impian, jangan lupa ‘meeting’ paling penting dengan ALLAH, waktu Dhuha.
In Shaa ALLAH, rezeki berlipat kali ganda lebih bermanfaat datang dari sujud kepada ALLAH YANG MAHA KAYA.
Kita nak rezeki, jangan sombong dengan ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI.😊
Di saat dunia lena, ada jiwa yang bangun untuk menyucikan hati, memperbaharui iman, dan memohon kekuatan dari ALLAH YANG MAHA ESA.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semuaaaaa 😊
Amalan sebelum tidur, jom sama2 baca 👇🏻
1. Baca Suratul Ikhlas 3x
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلۡ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ
اَللّٰهُ الصَّمَدُ
لَمۡ يَلِدۡ ۙ وَلَمۡ يُوۡلَدۡ
وَلَمۡ يَكُنۡ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
2. Mintak ampun untuk diri sendiri, mak ayah dan sekalian umat Islam di dunia ini
رَبَّنَا اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ
YA TUHAN kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat)."
(Surat Ibrahim ayat 41).
3. Selawat 3x
اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
4. Bertasbih
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Moga ALLAH ampuni segala dosa kita, rahmati kita, redhoi hidup kita dan permudahkan segala urusan dunia serta akhirat kita semua.
Aamiinn YA ALLAH YA MUJIB
Bila terjaga di sepertiga malam, bacalah 👇🏻
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
سُبْحَانَ اللّهِ
والْحَمْدُللّهِ
وَلا اِلهَ اِلَّا اللّهُ
وَاللّهُ اَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
رَبِّ اغْفِرْ لِي
Dan berdoalah kepada ALLAH, moga ALLAH makbulkan segala doa kita. In Shaa ALLAH ☺️
Lagi molek, bangun bertahajjud. In Shaa ALLAH 😍
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“YA ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pemaaf dan amat s**a akan kemaafan, maka berikanlah kemaafanMU kepadaku.”
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semuaaaaa 😊 Salam Jumaat penghulu segala hari. Jom sama2 perbanyakkan selawat 😍
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
25/12/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Website
Address
Kuantan
25990
