OLIVE HOUSE BALOK

OLIVE HOUSE BALOK

Share

Produk Semula Jadi dan Organik terbukti dan diakui secara saintifik yang menjadi pilihan ramai. Maka

16/12/2021

✨ Diabetes: Bagaimana Serbuk Kayu Manis Ceylon dan Madu Pergunungan Kyrgystan Membantu?

_*Kedua-duanya Olive House nak bagi percuma saja tau, siapa cepat dia dapat*_ 😱

Ada ke yang sedang mencari tips aafiyat untuk diabetes? Ya! Ini berita baik buat anda! 🤗

Kalau sebelum ni kita dah tahu Serbuk Kayu Manis Ceylon adalah rempah ratus yang sangat baik untuk diabetes, harini jom kita tengok bagaimana kaedah pengambilan yang sesuai serta kajian berkaitan dengannya.

Satu kajian klinikal pengambilan Serbuk Kayu Manis Ceylon melibatkan 150 orang sukarelawan yang baru sahaja *disahkan menghidap diabetes Jenis 2.*

Pengambilan Serbuk Kayu Manis Ceylon sebanyak *3g atau 6g (kira-kira setengah sudu teh dan 1 sudu teh) sehari,* dibahagikan kepada 3 kali pengambilan sehari, selama 3 bulan menunjukkan kesan *kestabilan kadar bacaan gula dalam darah termasuklah bacaan HbA1c.*

_Rujukan: Maddox, Pauline J. (2016) "Cinnamon in the Treatment of Type II Diabetes," Journal of Interdisciplinary Graduate Research: Vol. 2, Article 1, page 8._

Walau bagaimanapun Serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon ini dalam kategori herba maka jangan diambil secara berlebihan, cukuplah sekadar *6g (1 sudu teh)* untuk total pengambilan sehari dan pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau, tanpa meninggalkan rawatan sedia ada yang dinasihatkan oleh para doktor.

Cumanya, apa kaitan dengan Madu Pergunungan Kyrgystan p**a?

Haa, kat sini ramai yang konfius, Madu ni baik ke tak untuk diabetes. Jawapannya sangat baik sekiranya madu yang anda amalkan benar-benar asli. Madu Pergunungan Olive House dah disahkan Autentik (Asli) oleh KKM jadi tak perlu risau lagi 😊

Maka boleh amalkan Madu sekadar *1-2 sudu teh sehari bersama Serbuk Kayu Manis Ceylon*, samada dicampurkan dalam minuman mahupun makanan.

Selamat beramal!
HUBUNGI👇🏻👇🏻👇🏻😍😍😍
www.wasap.my/60145144688/NAKSETMANIS

www.wasap.my/60145144688/NAKSETMANIS

www.wasap.my/60145144688/NAKSETMANIS

segera untuk dapatkan Set Manis!

Jom, sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat🤗

08/11/2021

aku memang tak menjangkakan aku akan terkena serangan jantung.

Tapi bila kenangkan semula gaya hidup aku selama ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, aku terpaksa terima kenyataan. Aku ingat aku sihat rupanya tidak. Mana tidaknya, setiap hari aku balik lambat. Makan p**a semuanya yang segera dan lebih parah aku kerap makan lewat malam ketika p**ang dari kerja.

Bersenam? Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir. Yang aku tahu setiap tahun seluar aku bertambah inci pada bahagian pinggangnya. Membesar menjadi jalur lebar dengan jayanya dan selalu menjadi bahan contoh sebagai seorang yang ‘bahagia’ dengan perut yang ke depan. Hahaha.

Sejak kejadian dimasukkan ke hospital tu aku mula ubah sedikit demi sedikit gaya hidup aku yang tak sihat selama ini. Syukur juga isteri aku banyak membantu dalam bab ni. Selama ni aku sering perlekeh bila tengok dia amalkan makanan organik, ambil madu, cuka tin dan macam-macam lagi la. Sekarang ni, semua tu dah jadi pendamping aku.

Semua makanan sihat ni kategori tinggi antioksidan. Sarat nutrisi untuk tubuh. Paling best bila doktor sahkan salur darah yang tersumbat tu dah clear macam lebuhraya 4 barisan tanpa perlu membuat pembedahan. Hanya kurang 2 bulan setelah aku mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Aktiviti fizikal p**a aku pilih berbasikal. Sesuai dengan berat aku waktu tu yang melebihi 120kg. Untuk berlari akan memberi tekanan dan membahayakan lutut aku. Jadi aku pilih berbasikal dengan berperingkat-peringkat menambah jarak kayuhan. Alhamdulillah setelah 5 bulan, aku dah boleh buat kayuhan melebihi 100km. Berat badan p**a kini dah berkurang kepada 95kg dan sedikit masa lagi aku yakin akan kembali ke berat ideal.

Di pejabat p**a, aku kini tak jemu beri nasihat pada kawan-kawan yang masih tidak pedulikan pemakanan sihat. Yang masih setiap hari memesan makanan segera secara atas talian. Ye, semua itu memang sedap tapi kesedapan yang hanya sementara.
Bagi aku, kejadian kembali sihat selepas serangan jantung itu seolah memberi peluang kedua buat aku. Aku dah berjanji pada isteri dan anak-anak yang aku tak kan sia-siakan lagi peluang yang telah diberi. Sihat itu jihad. InsyaAllah.

03/11/2021

✨ *InfoAafiyat:* Nutrisi Hebat untuk Hari Yang Padat!

‘Ketidakaktifan fizikal adalah faktor risiko utama ke-4 untuk kematian peringkat global’
_(Data oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 2019)_

Jadual harian yang padat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Duduk sepanjang hari di dalam bilik berhawa dingin yang selalunya sibuk tanpa tanda-tanda akan berhenti menyebabkan anda menjadi kurang aktif secara fizikal.

Situasi sebegini akan memberikan *kesan kepada kesihatan tubuh badan, antaranya organ jantung.* Risiko yang sangat tinggi dan menjadi parah sehingga kematian lebih awal dalam situasi sebegini boleh berlaku berbanding individu yang kekal aktif walaupun _nature_ kerja yang sama.

Kesibukan yang melampau di tempat kerja bukan alasan untuk anda tidak cakna kepada menu pemakanan harian agar dapat bantu merendahkan risiko kesihatan yang lebih serius.

Sarapan pagi amat penting untuk diambil sebelum anda memulakan jadual kerja yang padat. Cuba amalkan *1 sudu Teh Olivie Power Up setiap hari sebelum sarapan pagi.* Dihasilkan daripada buah zaitun, daun zaitun dan ranting pohon zaitun yang semuanya jenis muda sahaja dan bermanfaat untuk *kesihatan tubuh badan termasuklah sistem peredaran darah yang mengepam darah ke seluruh tubuh badan.*

Lemak sihat di dalamnya akan memberikan anda *sumber tenaga yang optimum* untuk memulakan hari yang padat dengan tugasan. Kajian berkaitan lemak sihat jenis mono tidak tepu dan ekstrak daripada daun zaitun telah ditemui bermanfaat secara semulajadi untuk *menurunkan tekanan darah serta paras kolesterol LDL(kolesterol jahat).*

Sementara buah-buahan yang diperah menjadi jus seperti delima p**a baik diambil setiap hari selepas makan untuk manfaat kesihatan tubuh badan. Delima mengandungi kandungan kebaikan semulajadi seperti *Flavonoid (Anthocyanin dan Tannin) yang dikaji khusus untuk kesihatan saluran darah.*

03/11/2021

✨ *InfoAafiyat:* Jadual Padat bukan Penghalang Makanan Tidak Berkhasiat!

‘1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia TIDAK aktif secara fizikal’
_(Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019)_

Kajian itu juga mendapati 27% daripada warga Malaysia yang paling kurang aktif secara fizikal ialah penduduk di kawasan bandar yang bekerja selama lebih daripada 40 jam dalam seminggu
di pejabat dan dalam keadaan duduk menghadap _laptop_ selama 7–10 jam sehari. Tambahan p**a dalam suasana penghawa dingin sepanjang hari.

Ini merupakan suatu cabaran untuk kekal aktif.

Inilah yang dikategorikan sebagai _sedentary lifestyle._

*Semakin lama tempoh masa anda statik atau duduk, semakin kurang anda bergerak, dan akan semakin tinggi kepada risiko penyakit berkaitan jantung.*

Jadi, anda perlu lakukan sesuatu!

Bangun sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh duduk selama 45 minit dan berjalan-jalan selama beberapa minit serta penggunaan tangga untuk ke tingkat atas bangunan pejabat daripada menaiki lif.

Anda juga perlu:
✅Minum air putih setiap 30 – 45 minit sekali agar tekak anda tidak terasa kering untuk tempoh yang lama dan otak juga berperanan dengan lebih baik.
✅Elakkan ambil minuman manis sebagai penghilang dahaga atau kononnya sumber kesegaran.
✅Elakkan makan makanan segera, dengan alasan tidak mahu bergerak langsung daripada meja pejabat anda

Percaya atau tidak,
Dengan lakukan semua ini, akan berikan kelegaan kepada otak, tulang, otot, malah sistem peredaran darah anda.

Ingat, jadual harian selama 8 jam sehari yang padat, bukanlah lesen untuk anda sewenang-wenangnya mengambil makanan yang tidak berkhasiat.

Jom sama-sama amalkan gaya hidup aafiyat🤗

Rujukan:
(1)4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf (moh.gov.my)
(2) http://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/258752/9789290225966-eng.pdf;jsessionid=9B5379B20C6A11894B025BAC065CA188?sequence=1

02/11/2021

✨ *AafiyatSharing* : Kembali Ke Sekolah Dengan Minyak Habbatus Sauda

Sekolah dah mula, ibu-ibu dah ada plan untuk sarapan pagi ke? 😍

Ya mesti gembira namun mesti terselit juga rasa risau nak beraktiviti seperti biasa kan.

Antara makanan 'hebat' yang ibu-ibu boleh bekalkan pada anak-anak adalah *Minyak Habbatus Sauda.*

Mudah sahaja kaedahnya, amalkan setiap pagi sekitar *1-3 titis* sahaja untuk amalan harian untuk sumber tenaga waktu pagi dan *sapukan pada dada dan hidung untuk melegakan selesema dan ketidakselesaan pernafasan.*

Kajian menunjukkan sekurangnya *16 khasiat Minyak Habbatus Sauda merangkumi hampir keseluruhan sistem tubuh terutamanya fungsi imuniti tubuh badan (1)*.

Jadi ibu-ibu tak perlu risau lagi ya, insyaAllah moga anak-anak kita dilindungiNya selalu 😉

Rujukan:
_(1)Hannan, M. A., Rahman, M. A., Sohag, A. A., Uddin, M. J., Dash, R., Sikder, M. H., . . . Kim, B. (2021). Black Cumin (Nigella sativa L.): A Comprehensive Review on Phytochemistry, Health Benefits, Molecular Pharmacology, and Safety. Nutrients, 13(6), 37. doi:10.3390/nu13061784._

_https://www.mdpi.com/2072-6643/13/6/1784/htm_

23/10/2021

PROMO SEMPERNA WORLD HEART DAY!!!

Nak tau tak dalam promo ni kita dapat FREE apa ??

TADAAA!!!🤩🤩🤩
“MADU BERSAIZ KECIL MADU PERGUNUNGAN KYRGZSTAN”

OLIVIE 1
BLACK SEED OIL 1
FREE!! MADU KYRGZSTAN 🤩🤩

JOM DAPATKAN PELUANG PROMO INI SEMENTARA STOK MASIH ADA🌹🌹🌹❤️💪🏻🤩😎

23/10/2021

PILIH MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDANT OKAY!!! INGAT YA!!❤️❤️❤️

24/09/2021

✨ *AafiyatSharing:* _"Pengambilan Minyak Zaitun Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung"_; *Ya atau Tidak?*

Hmm, mesti ramai nak tahu kan?

Jawapannya ada pada kajian berskala besar melibatkan 61,181 wanita dari Nurses' Health Study (1990 hingga 2014) dan 31,797 lelaki daripada _Health Professionals Follow-up Study_ (1990 hingga 2014) yang bebas daripada barah, penyakit jantung, dan strok.

Pola pemakanan (diet) mereka dinilai melalui soal selidik terperinci.

*Pemerhatian selama 24 tahun ini menyimpulkan bahawa:*

✅ *Pengambilan minyak zaitun sememangnya mengurangkan risiko penyakit jantung* samada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

✅ Amalan *menggantikan* marjerin, mentega, mayonis, dan lemak tenusu *dengan minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.*

✅ Purata pengambilan Minyak Zaitun dalam kajian ini adalah *12g sehari (1 sudu besar) manakala dalam kajian lain sehingga 40g sehari.* (kurang lebih 4 sudu besar)

Di *Olive House, kami mencadangkan pengambilan:*

📍Dewasa *1 - 4 sudu besar* pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus 30 setiap hari sebagai *tanda penghargaan pada jantung kita.*

📍Untuk *kanak-kanak p**a memadai 1/2 - 1 sudu teh bermula usia 6 bulan keatas* samada dicampur bersama madu atau makanan mereka.

Ambilan boleh dibuat pada *waktu pagi (sebaik sahaja bangun tidur & pada waktu malam (betul-betul sebelum tidur).*

Rujukan; Guasch-Ferré, M., Liu, G., Li, Y., Sampson, L., Manson, J. E., Salas-Salvadó, J., . . . Hu, F. B. (2020). Olive Oil Consumption and Cardiovascular Risk in U.S. Adults. _Journal of the American College of Cardiology_ , 75(15), 1729-1739. doi:10.1016/j.jacc.2020.02.036

Dapatkan pdf kajian disini: https://bit.ly/3hWyh1Y

31/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 64

02/08/2021

✨ _*InfoProduk*_ : Olivie Plus Teman Setia Anda

Olivie Plus adalah sejenis minyak zaitun yang lain dari yang lain. Minyak dari pohon zaitun yang tumbuh dalam keterlaluan cuaca panas ini mampu meneruskan kehidupan dengan sendirinya. Mencari makanan sendiri untuk hidup.

Atas kemampuannya hidup dalam cuaca yang gersang itu, maka setiap titisan air dari buahnya (minyak) sudah tentu mempunyai kekuatan semulajadi yang luar biasa. Inilah yang perlu kita cari dan amalkan.

Begitulah analogi mudah untuk memahami Olivie Plus tanpa perlu diiringi dengan bukti kajian saintifik tentang kandungan khasiat, vitamin dan mineral yang agak tergeliat lidah juga nak menyebutnya.

Jadikan Olivie Plus sebagai teman setia anda, teman setiap ahli keluarga anda, teman setiap jiran tetangga anda.

Dapatkan dari ejen-ejen rasmi Olive House seluruh Malaysia. Boleh terus COD ke rumah anda tau 🤗

30/07/2021

Kolesterol hanya boleh didapati daripada sumber berasaskan HAIWAN SAHAJA. Namun begitu badan kita juga turut menghasilkan kolesterol.

Pengambilan kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

Oleh itu, selalu pantau paras kolesterol dalam darah dan juga kawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi..

Kredit: NutritionistKKM

Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :
https://wa.me/60145144688
https://wa.me/60145144688
Titisan Khasiat Anugerah Semulajadi









💕

29/07/2021

✨ _*InfoAafiyat*_ : Pantau Pemakanan Anak-anak Untuk Elakkan Kebantutan

‘Malaysia mencatatkan angka 20.7% kadar kebantutan di kalangan kanak-kanak dan nilai ini lebih mengungguli berbanding hanya 7,4% di Tebing Barat & Gaza yang dibelenggu konflik keganasan’. - (Sumber : UNICEF / WHO / World Bank Group)

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kepada tahap kesihatan yang berpunca daripada malnutrisi dan juga jangkitan berulang kali.

Malnutrisi dikaitkan dengan berlebihan atau kekurangan pengambilan makanan seimbang secara harian oleh individu atau pop**asi, contohnya di kalangan kanak-kanak sekolah juga remaja.

Mereka berada dalam situasi ‘malnourished’. Terutamanya banyak mengambil makanan berproses dalam menu makanan harian dan situasi ini juga bakal melemahkan Sistem Imunit badan.

Oleh itu, dalam situasi ‘lockdown’ sekarang ini, sila lah pantau jadual pemakanan seisi keluarga agar dapat mengatasi situasi ini daripada berlarutan dan menjadi semakin parah.
Dengan pengambilan Nutrien seperti Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol dalam makanan harian insyaAllah akan memberikan impak positif kepada perkembangan anak-anak dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Madu Asli yang dihasilkan secara semulajadi (bonus jika Multiflora) mengandungi jaringan Vitamin, Mineral dan Sebatian Polifenol.

Cuba amalkan pengambilan Madu Asli ini 1 sudu teh setiap hari yang dimakan secara terus di awal pagi sebelum anak-anak menjalani PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

_Dapatkan Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan daripada ejen-ejen rasmi Olive House sekarang._

Selamat mencuba ! 🤗

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuantan

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
18:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 17:00
18:00 - 22:00