Entomologi dan Pest Pahang

Entomologi dan Pest Pahang

Share

Laman Rasmi Unit Entomologi dan Pest, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.

Dalam kemeriahan perayaan, marilah kita bersama-sama memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes serta bebas lipas, lalat dan tikus (LILATI) 🪳🪰🐁

✅ Periksa kawasan rumah
✅ Hapuskan takungan air
✅ Jaga kebersihan persekitaran

Persekitaran Bersih, Komuniti Sihat.

Ikhlas daripada:
Unit Entomologi & Pest,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

27/05/2026

IBADAH KORBAN? JANGAN LUPA, ADA LALAT SEDANG MEMERHATI! 🪰

Lalat bukan sekadar gangguan, malah boleh membawa lebih 300 jenis bakteria berbahaya seperti Salmonella dan E.coli 😷

⚠️ Pastikan:
✅ Makanan sentiasa bertutup
✅ Kawasan penyembelihan bersih
✅ Sisa dibuang dengan sempurna
✅ Cuci tangan sebelum kendali makanan

Jangan biarkan lalat mencemarkan ibadah korban kita 💚

Jaga kebersihan, cegah keracunan makanan!

26/05/2026

Selamat Hari Raya AidilAdha 1447 Hijrah / 2026 Masihi 🐂🐐

Semoga semangat pengorbanan menyuburkan keikhlasan dan keberkatan.

Ayuh bersama-sama kita korbankan sedikit masa untuk mencegah penyakit demam denggi dan kacau ganggu nyamuk di musim perayaan ini!

Ikhlas daripada :
Unit Entomologi dan Pest,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

21/05/2026

HARI HOL NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2026 BERSAMAAN 1447 HIJRAH

SEMPENA MEMPERINGATI KEMANGKATAN

AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH

“ YA ALLAH CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH BAGINDA”

Photos from Entomologi dan Pest Pahang's post 08/05/2026

KENALI MALARIA, CEGAH PENULARANNYA 🦟 🚫

Malaria boleh dicegah dengan langkah mudah seperti memakai repelan, tidur dalam kelambu berubat dan mendapatkan rawatan segera jika demam.

Lindungi diri, lindungi keluarga, lindungi komuniti.

08/05/2026

SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA 2026
PERINGKAT NEGERI PAHANG 🦟🌍

Sambutan ini diadakan bagi memperkukuh komitmen semua pihak dalam usaha menangani malaria sebagai isu kesihatan awam melalui kerjasama strategik, pendidikan kesihatan serta pelaksanaan langkah pencegahan yang berkesan dalam komuniti.

Tema sambutan Hari Malaria Sedunia 2026 :
“Driven to End Malaria: Now We Can. Now We Must”
atau terjemahannya,
“Eliminasi Malaria: Kini Kita Boleh. Kini Kita Mampu”

📍 Tempat: SK Lenjang, Pos Lenjang, Lipis

📆 Atur Cara Program:

8 Mei 2026 (Jumaat)
🕗 Bermula jam 8.00 malam

9 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Sehari penuh

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda!

Bersama-sama kita tingkatkan kesedaran, perkasa tindakan dan kekalkan momentum ke arah Negeri Pahang Bebas Malaria.

30/04/2026

PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA 👷🏻‍♀️

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan usaha yang dicurahkan dalam melaksanakan amanah demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan negara.

Terima kasih atas usaha yang berterusan dalam pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor dan pest.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ❤️

Ikhlas daripada :
Unit Entomologi dan Pest,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Photos from Promosi PKD Kuantan's post 28/04/2026

Photos from Entomologi dan Pest Pahang's post 27/04/2026

Gotong-royong Kendiri Pencegahan Aedes 🦟

Penyakit demam denggi disebar oleh nyamuk Aedes. Jika populasi nyamuk Aedes rendah, risiko untuk berlakunya penyakit demam denggi juga rendah. Pada 7 April 2026, pasukan Unit Entomologi dan Pest (UEP) PKD Pekan telah menjalankan aktiviti survelan nyamuk Aedes, lalat serta lain-lain pest di sekitar kawasan sekolah, prasekolah, kantin, kebun dan kuarters. Pelajar tahun 6, guru serta kakitangan sokongan SK Sultan Ahmad, Pekan juga telah melaksanakan aktiviti gotong-royong kendiri dengan tunjuk ajar oleh pasukan UEP PKD Pekan. Pelajar tahun 6, guru serta kakitangan sokongan sekolah telah bertindak dengan menghapuskan tempat pembiakan, melupus bekas potensi pembiakan dan konsultasi tindakan pembersihan telah diberikan secara terus kepada kontraktor pembersihan sekolah dan tindakan telah diambil. Aktiviti kendiri ini boleh diamalkan di semua tempat dan sekali seminggu bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengurangkan populasi nyamuk Aedes. Aedes penyebar virus denggi, Jom Musnah Aedes.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00