Al-Qusth Agarwood Hydrosol
Welcome to Al-Qusth Agarwood Hydrosol! We market agarwood distillate water as the byproduct of Oud essential oil manufacturing.
26/01/2019
Air sulingan (Hydrosol) Gaharu, 325 ml dan Intipati Semburan Rawatan, 70 ml
Whatsapp 010-9290638 untuk maklumat lanjut
11/01/2019
Cara mengatasi masalah kulit dengan kaedah alami, tanpa kimia. Boleh digunakan untuk menutupi liang roma kulit muka sebelum make-up.
Pelihara muka ANDA!!!
11/01/2019
From Insider
09/10/2018
Kini Al-Qusth Air Sulingan (Hydrosol) Gaharu berada di pasaran Kuantan
02/10/2018
KHASIAT GAHARU MENURUT IBNU SINA
================================
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dikenali sebagai Ibnu Sina, merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 M.
Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan.Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama) dan dikatakan sebagai Bapa Perubatan Islam.
Antara buku-buku yang dihasilkan oleh Ibnu Sina adalah sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.
Ibnu Sina juga telah menulis tentang khasiat Oud (Gaharu) di dalam kitabnya, Babu Thabbu yang dikarang sekitar 500 - 1000 tahun lalu.
Dalam kitab tersebut, beliau telah memperincikan beberapa khasiat Oud (Gaharu) yang utama yang berkeupayaan untuk merawat penyakit merangkumi setiap inci tubuh badan manusia mulai dari minda hingga ke urat2 saraf di bahagian kepala iaitu antaranya:
1. Menjadikan Minda cerdas
2. Mengoptimum fungsi Otak
3. Mengawal Emosi dan tekanan perasaan
4. Menghindari fenomena sukar tidur (Insomnia)
5. Merawat Sinus/Resdung
6. Meredakan Batuk
7. Mencairkan Kahak dan melegakan sakit tekak
8. Merawat sakit Telinga yang berpunca dari bahagian tekak
9. Menyucikan Mata serta mengurangkan rabun mata
10. Meredakan Sakit Kepala/Pening
Menurut Ibnu Sina setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Wallahu'alam
27/09/2018
TREATMENT ESSENCE SPRAY
========================
Al-Qusth Treatment Essence Spray yang berasaskan air sulingan gaharu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Ia boleh dijadikan sebagai facial toner, mampu mencegah dan merawat jerawat, jeragat dan penyakit kulit lain seperti luka ringan (sebagai antiseptik), kegatalan serta ekzema.
Ia juga sesuai digunakan untuk keputihan dan masalah dalaman wanita. Dalam jangkamasa panjang, ia mampu memperbaiki tekstur kulit menjadi lebih sihat, cerah dan anjal.
27/09/2018
AIR SULINGAN (HYDROSOL) GAHARU
==============================
Air sulingan atau hidrosol gaharu dihasilkan dalam proses penyulingan air bahagian kayu Aquilaria spp. untuk menghasilkan minyak (oleoresin) kayu gaharu. Air beraroma ini dianggap sebagai produk sampingan dalam industri minyak gaharu. Air sulingan gaharu mempunyai sifat berasid dengan pH dalam julat 3.62 - 4.53.
Air sulingan ini diambil sebanyak 2 - 3 kali sehari; pagi sebelum sarapan, petang dan malam sebelum tidur, dengan kadar 2 sudu besar (boleh ditambah dengan air masak dan madu asli sekiranya perlu).
Menurut kajian, air sulingan gaharu dapat membantu:
1. Meningkatkan sistem penghadaman dan sistem perkumuhan (perut, buah pinggang, hati, usus)
2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah (diabetes) dan tekanan darah (high-blood pressure)
3. Mencegah dan membunuh sel-srl kanser (antioksidan)
4. Meredakan sakit gout yang disebabkan kandungan asid uric yang tinggi
5. Memperbaiki sistem saraf dan melegakan kesukaran untuk tidur (insomnia)
6. Memperbaiki sistem perjalanan darah dan meningkatkan ransangan seksual (aphrodislac)
26/09/2018
Our product - Al-Qusth Agarwood Hydrosol (325 ml) is now ready...
26/09/2018
Distillation process of Agarwood (Gaharu) where Agarwood Hydrosol is produced
26/09/2018
Info gaharu di Papua New Guinea...
17/09/2018
Natural Products are safer...
Chemicals in Beauty Products May Affect Women's Hormones Chemicals that are commonly used as ingredients in cosmetic and personal care products may lead to changes in reproductive hormones in women, according to a new study published in the journal Environment International. For the study, researchers at George Mason University in Virginia collected 509 u...
Thank you for liking this page. We will come back with the products very soon. Meanwhile, pls do not hesitate to post your queries should you have any.
Al-Qusth Agarwood Hydrosol Welcome to Al-Qusth Agarwood Hydrosol! We market agarwood distillate water as the byproduct of Oud essential oil manufacturing.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuantan
25000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
