Nuqaaz Empire
SERLAHKAN AURA KECANTIKKAN MU
18/04/2022
Tanpa TARBIYAH..
Iman menjadi lemah..
Dan hati semakin keras..
Terimalah TARBIYAH dari sesiapapun supaya hati kita mudah untuk menerima nasihat mahupun teguran...
_NUQAAZ_
09/03/2021
Assalamualaikum & Selamat Pagi ☺️ Ameen Ya Rabbal Alamin.
17/02/2021
Ashelamat fetanggg everyone 😃
02/02/2021
Sangka baik itu menenangkan.
Allah bersama hamba, dalam setiap sangkaan hamba pada-Nya.
Jika kamu fikir yang baik, yang baik-baik akan datang.
Namun jika memilih untuk terus bersangka buruk pada-Nya, maka bimbangilah doamu akan terhalang.
Allah maha baik. Mari ucap yang baik, fikir dengan baik, doa yang baik-baik.
30/01/2021
Assalamualaikum.. 🌹
Selamat Pagi Sahabat, bersihkan hati kita setiap hari.
Hilangkan rasa iri hati, benci dan amarah, REDHA dengan apa yang berlaku.
Jiwa lebih tenang.
ALLAH S**A PADA HAMBANYA YANG REDHA DAN IKHLAS. IKHLAS WALAUPUN TIADA YANG MEMAHAMI..☺️
29/01/2021
7 Tips Kecantikan Kulit Wajah
Kalau anda inginkan kulit cantik, bersih tanpa cela, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat mudah je sebenarnya. Ini ada 7 tips yang pasti dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dengan hanya istiqamah dengan amalan harian yang baik.
1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik!
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
15/01/2021
Selalu fikir nak kulit lawa, jangan tinggalkan bibir korang okay!
Ni 3 fakta tentang bibir yang korang mungkin terlepas pandang 👇
1) Yaaa bibir boleh SUNBURN.
Bibir perlu perlindungan matahari juga ya. Jadi kalau korang pakai lipbalm jangan lupa cari yang ada SPF atau sunscreen jangan lupa bibir sekali. Pastikan bahan selamat kalau tertelan. Maklumlah nak bercakap, nak makan, minum semua dekat situ 😌
2) Bibir cepat kering sebab tiada kelenjar peluh.
Selain dari keluarkan toksin, peluh juga bantu kulit kekal lembap. Tapi sebab bibir kita takda kelenjar peluh, jadi memang hakikat dia kena selalu dilembapkan secara manual dengan lipbalm 💋
3) Enzim dalam air liur punca bibir kering dan merekah.
Ya, sebab tu fiqa bagitau guna lipbalm dekat atas tadi. Jangan duk selalu jilat bibir sebab nak lembapkan eh. Rasa je macam lembap kejap tapi lepastu lagi cepat dia kering, siap combo dengan merekah lagi 😫
Bila korang buat skincare: cleanser, scrub, moisturizer semua tu, jangan lupa bibir sekali ya. Lagi penting, cakap yang elok-elok, doa yang baik-baik. Aaghiiituuuuu 💕
04/01/2021
Assalamualaikum, selamat pagi korang ⛅
Pagi isnin yang tenang di tahun baru.. Si jelita saling berpelukan kesejukan 🤭
Moga yang baik² untuk permulaan 2021,
Harini nampak cuaca kat kuantan makin baik cerah dari sebelum ni. Alhamdulillah
28/12/2020
Kami nak masuk tidur dah ni penat seharian buat latihan kawad kaki, SOP jarak 1meter tetap kami patuhi.. 🤣
Syok betul berdiri atas bulus² gebushh ni.
Ok lah, mattmalam hakak² 😘
Semoga kita semua diberi keberkatan waktu, ketenangan jiwa, sifat tawaduk, bersyukur setiap saat dan dipermudahkan segala urusan.
Assalamualaikum*
_Nuqaaz_
Semoga tidak ada seorang pun daripada kita yang tidur dengan emosi negatif. Ini kerana, ia menjadi racun jiwa yang menarik situasi dan suasana negatif, serta kesihatan yang buruk..
SELAMAT MALAM LURVE ❤️
_NUQAAZ_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuantan
