Panel Penasihat KKPJ
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panel Penasihat KKPJ, Health/Beauty, Jalan Siol Kanan, Kuching.
20/12/2025
MAJLIS PERASMIAN SARAWAK ANNUAL MASS CIRCUMCISION 2025
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Sarawak Annual Mass Circumcision 2025 peringkat Klinik Kesihatan Petra Jaya telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna pada pagi tadi.
Majlis ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh
YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N7 Samariang.Turut memeriahkan majlis Dr. Johnny Pangkas (Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching), Dr. Siti Zaleha bt. Suleiman (Pakar Perunding Perubatan Keluarga merangkap Pegawai yang Menguasa KKPJ) dan Ust. Muhammad Luqman b. Suhairi (Pen. Pengarah YADIM Negeri Sarawak).
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan taklimat program, diikuti ceramah kesihatan yang sangat bermanfaat berkaitan perubahan fizikal, emosi serta penjagaan kesihatan remaja, khususnya aspek kesihatan seksual dan penjagaan luka selepas berkhatan. Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan doa, ucapan alu-aluan, ucapan perasmian dan akhirnya simbolik perasmian melalui acara siraman peserta berkhatan.
Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek kesihatan dan kebersihan diri, malah turut menyampaikan pengisian rohani melalui ceramah dari perspektif agama. Ia jelas mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan sahsiah generasi muda.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah atas kesudian merasmikan majlis, serta kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak KKPJ, penceramah, urusetia dan ibu bapa yang memberikan kerjasama penuh demi menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini terus dilaksanakan dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat, khususnya anak-anak peserta yang diraikan pada hari yang penuh bererti ini.
04/11/2025
PELANTIKAN AJK PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN PETRA JAYA SESI 2025-2027
Tahniah diucapkan atas pelantikan AJK Panel Penasihat Klinik Kesihatan Petra Jaya bagi sesi 2025 - 2027.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa sesi terdahulu atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada komuniti.
Diharapkan barisan AJK Panel Penasihat yang baharu dapat meneruskan legasi kecemerlangan serta terus berbakti dengan penuh komitmen dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.
12/06/2025
Assalamualaikum wbk dan Salam Sejahtera.
Bermula 16 Jun 2025 (Isnin) Klinik Kesihatan Petra Jaya akan berada dalam fasa peralihan daripada Sistem Manual kepada Sistem Pengurusan Pesakit (CCMS) sehubungan itu, urusan pendaftaran, rawatan dan farmasi mungkin mengambil masa lebih lama dari kebiasaan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda demi perkhidmatan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
28/01/2025
Panel Penasihat KKPJ ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2025 kepada semua terutamanya warga Petra Jaya.Semoga tahun Ular kita kita semua akan bertambah sihat hendaknya.
16/10/2024
Sempena Program Mini Karnival Kesihatan Warga Emas di Kampung Semariang Batu pada 26 Oktober 2024 nanti, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengadakan Kempen Beli Balik Kitar Semula dan Jualan Kompos (Baja Bio-Organik) di perkarangan Dewan Serbaguna Kampung Semariang Batu bermula pada jam 8 hingga 1.30 petang dengan harga yang cukup istimewa.Datanglah beramai-ramai.
16/09/2024
Kami dari Panel Penasihat KKPJ ingin mebgucapkan Salam Maulidul Rasul dan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada hari ini.
"Stay Vigilant, Stay Safe"
07/07/2024
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1446H kepada seluruh warga Petra Jaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
16/06/2024
AJK Panel Penasihat dan seluruh Warga Klinik Kesihatan Petra Jaya ingin mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua umat Islam yang menyambutnya.Semoga ibadah korban yang dilaksanakan akan dapat disempurnakan dan dipermudahkan pada esok hari.
01/06/2024
Kami dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Petra Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yg menyambutnya pada hari ini.Elakkan dari melakukan perkara yg memudaratkan kesihatan.Stay Safe.
Gayu Guru Gerai Nyamai.
09/05/2024
Kenali Tahap² Melecur
01/04/2024
MESY. PPKKPJ BIL.1/2024
Mesyuarat Panel Penasihat KKPJ yang pertama pada tahun ini bagi membincangkan pelaksanaan program-program yang telah dirancang utk tahun 2024 dari tahun lepas lagi.
Mesyuarat juga mendengarkan Laporan Ketua Audit (Pemeriksa Kira-Kira) hasil semakan bagi tahun 2023.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Siol Kanan
Kuching
93050
