Balm BdarLife Borneo
Agent Balm BdarLife Borneo
Berminat untuk dapatkan Balm BdarLife boleh terus tekan butang whatsapp for fast respons.. Terima kasih..
03/01/2022
Balm Bidara Life - Teman Setia Anda
============================
Kaum wanita merupakan kategori lebih mudah menghidapi rasa mual (nausea), mabuk atau migrain, "anxiety attack", senggugut (menstrual cramp) dan juga rasa lelah pada bila-bila masa sahaja.
Untuk membantu, boleh gunakan Balm Bidara Life..
Haruman balm ini diperkaya dengan Lavender dan Peppermint essential oils. Tidak kuat dah nyaman sekali.. Sesuai untuk digunakan waktu bekerja dan juga bersiar-siar.. Efeknya cepat dan berkesan, insya Allah.
Jadikan Balm Bidara Life sebagai teman setia anda.
IN STOCK!!..
Balm Bidara Life 20Gm
Www.wasap.my/601156698052/BalmBidara
27/12/2021
Susah nak fokus pada kerja jika dibiarkan..
Makin melarat p**a pening kepala nie..
Nasib baik la cepat-cepat sapu dengan Balm BdarLife..
Rutin harian setiap hari wajib sapu Balm BdarLife pada anak..
Jika anak tak sihat.. Kembung perut, Deman, Selsema, Batuk-batuk terus sapukan dengan Balm BdarLife.. Sangat berkesan dan sungguh nyaman sekali..
Banyak lagi kelebihan Balm BdarLife nie :
✅Membantu melegakan hidung tersumbat akibat hingus..
✅Membantu melegakan senggugut period pain..
✅Membantu melegakan sakit-sakit badan..
✅Membantu melegakan pening kepala..
Www.wasap.my/601156698052/BalmBdarLife
16/12/2021
~ 𝑩𝑨𝑳𝑴 𝑩𝑫𝑨𝑹𝑳𝑰𝑭𝑬 ~
Wanita nie kalau yang kena senggugut masa period tue sakitnya memang tak boleh nak bawak bincang.. Sampai ade yang hanya terbaring seharian menahan sakit.. Silap-silap boleh menangis di buatnya..
Tapi, sejak ada Balm BdarLife nie.. Bila Senggugut sapu aje di perut..
Sakitnya memang tak hilang tapi sekurang-kurangnya mampu bagi rasa nyaman dan rasa selesa..
Teruja betul bila guna Balm Bidara Life.. Lagi-lagi bila Balm nie boleh di bawak ke mana-mana.. Memang syok😍😍..
Pernah jugak terdetik dalam hati berkata, "Menyesal tak kenal dengan Balm BdarLife nie dari awal-awal lagi"..
Balm BdarLife nie memang terbaik..
Selain dari senggugut tue, kita boleh gunakan untuk melegakan pening kepala, magrain, Selesema, hidung tersumbat akibat penghawa dingin, gigitan nyamuk atau sengatan serangga yang berbisa serta banyak lagi manfaat yang ada dalam Balm BdarLife nie..
#𝐵𝑎𝑙𝑚𝐵𝑑𝑎𝑟𝐿𝑖𝑓𝑒
#𝑊𝑎𝑛𝑔𝑖𝑎𝑛𝐿𝑎𝑣𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟𝑁𝑦𝑎𝑚𝑎𝑛𝑁𝑦𝑒𝑒
#𝑇𝑒𝑟𝑎𝑝𝑖𝑈𝑛𝑡𝑢𝑘𝑅𝑜ℎ𝑎𝑛𝑖𝐷𝑎𝑛𝐽𝑎𝑠𝑚𝑎𝑛𝑖
Www.wasap.my/601156698052/Balm
12/12/2021
Jangan lupa baca Bismillah..
TANDA-TANDA SIHIR, SAKA, SANTAU, KERASUKAN
Sakit belakang tanpa sebab
Sakit kepala @ migrin yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal
Loya & sebu perut tanpa sebab( muntah2 \ muntah darah \ batuk darah )
Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati
Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
Sakit di bahagian perut tanpa sebab ( angin )
Istihadah ( darah keluar melebihi 15 hari )
Terasa sesuatu yang mengekori diri
Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH
Takut menziarahi jenazah \ melihat orang mati
Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam ( dada berdebar \ resah gelisah )
Timbul rasa takut tanpa sebab ( lemah semangat )
Nampak bayangan yang menakutkan \ menyeramkan
Sering pengsan tanpa sebab
Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH spt ( aktiviti syirik dsb )
Ragu-ragu tentang keimanan
Sering mimpi yang menakutkan ( mimipi bayi kecil, ular hitam, anjing hitam , binatang2 berbisa )
Mimipi terjatuh dari tempat yang tinggi
Mimipi ke tempat kotor, sunyi spt tandas
Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur
Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur
Tanda lebam di tubuh tanpa sebab..
Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab..
12/12/2021
Doa Masuk Rumah
Ketika masuk rumah kita disunnahkan untuk mengucapkan basmalah. Manfaatnya adalah supaya syaitan merasa tidak selesa berada di rumah kita. Jika syaitan ikut tinggal di rumah akan terasa dengan banyaknya masalah rumah tangga. Kerana syaitan s**a melihat manusia tidak tenang tinggal di rumahnya sendiri, disamping itu kita juga malas untuk melakukan ibadah.
Selain mengucapkan basmalah disunnahkan juga membaca doa masuk rumah.
12/12/2021
Tumbuhan dalam AL Quran
12/12/2021
Anda mengalami gangguan jin
bacalah berulang2 kali ayat dari surah As Soffat ayat 7 secara kuat dan jelas serta menghayati maksudnya.
وَحِفْظًۭا مِّن كُلِّ شَيْطَٰنٍۢ مَّارِدٍۢ
"Wahifzon mingkuli syaitonim maarid"
Ertinya : "dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan2 yang sangat durhaka"
Ini adalah antara ayat yang sangat ditakuti oleh jin tertutamanya bagi mereka2 yg terkena sihir.
12/12/2021
12 TANDA WANITA DICINTAI JIN
Sekiranya anda seorang wanita yang kerap mengalami perkara-perkara berikut, mohon ambil peduli.
1) Mimpi Lelaki Tanpa Disedari.
Anda selalu akan bermimpi didatangi oleh lelaki. Lelaki itu p**a boleh jadi lelaki yang anda kenali dan boleh jadi anda tidak kenal. Tetapi ada satu ciri atau persamaan terhadap lelaki yang datang dalam mimpi anda, iaitu semuanya dalam rupa bentuk yang menarik atau 'hensem'.
Dalam mimpi itu anda dan lelaki tersebut mungkin sekadar berpandangan seperti kali pertama berkenalan atau bercinta. Dan boleh juga dalam mimpi tersebut anda telah melakukan hubungan kelamin dengan lelaki tersebut.
2) Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki sejak dari kecil lagi. Kebiasaannya kalau melibatkan jin saka rawatannya sangat susah kerana ianya sangat degil dan cintanya terhadap anda sangat mendalam.
3) Kadangkala anda akan didatangi sesuatu yang seperti makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali dan boleh jadi rupa seperti suami anda. Kedatangannya ketika anda berada dalam keadaan antara jaga dan tidur, sedar dan tidak sedar. Ia mungkin hanya mendatangi anda, atau menggangu dan boleh juga sampai tahap melakukan hubungan kelamin. Kadang-kadang anda akan jadi seperti dipukau dan melakukannya secara s**arela dan boleh juga anda dirogol.
4) Kadang-kadang anda akan terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di bahagian kemaluan anda hingga menyebabkan kemaluan anda gatal atau menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Ini adalah antara yang menjadi sebab utama wanita jenis ini s**a melakukan hubungan seks secara bebas, kerana tiba-tiba nafsunya memuncak.
5) Selalu atau kadang-kadang merasa sakit di bahagian kepala.
6) Anda akan menjadi mudah untuk jatuh cinta kepada mana-mana lelaki walaupun anda telah bersuami. Kecenderungan anda untuk berlaku curang adalah sangat tinggi. Anda juga mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kalau lelaki yang memandang anda juga mengalami gangguan jin.
7) Selalu atau kadang-kadang anda mengalami masalah untuk tidur dan pada sebelah siangnya anda berasa lemas.
8) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada sesuatu yang aneh berjalan di dalam tubuh badan anda. Atau anda terasa seperti sesuatu benda bergerak.
9) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada semacam seorang lelaki yang memandang dan memerhatikan gerak-geri anda dari sesuatu tempat.
10) Selalu berasa malas ketika ingin menunaikan solat. Seperti adanya halangan dan kadang-kadang anda akan sengaja melewatkan solat.
11) Tubuh badan anda akan selalu berasa lemas seolah-olah anda sangat letih tanpa sebab yang munasabah.
12) Kadang-kadang akan berlaku ketika anda dalam keadaan tidur dan jaga datang seseorang yang menyerupai suami anda atau makhluk aneh yang akan mengganggu atau cuba menyetubuhi anda.
Penting untuk diberikan perhatian bahawa kadang-kadang keadaan di mana jin jantan mencintai seorang wanita itu apabila suaminya ada jin di dalam badan samada kehadiran jin itu disebabkan suaminya mempunyai saka keturunan atau mengamalkan ilmu yang salah atau memakai tangkal.
Apabila wanita itu melakukan hubungan badan maka jin akan turut serta menyetubuhinya. Lama-kelamaan jin itu akan menjadi ketagih dan akan cuba menyetubuhi tanpa dapat dikawal oleh tuannya. Inilah keburukan menjadikan jin sebagai pendamping.
Kredit: Penawar Sihir Zikrullah
12/12/2021
Semoga Bermanafaat
6 TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk yang bernama jin ni akan sentiasa wujud dan ada, walaupun tak semuanya yang berbuat jahat kepada manusia. Jom ketahui 6 tempat tinggal jin seperti yang diberitahu oleh Nabi SAW.
JIN sememangnya suatu makhluk yang hidup berasing dengan manusia. Namun, kedua-duanya hidup dan berada dalam dimensi yang sama. Ini berpandukan hadis-hadis Rasulullah Muhammad SAW yang secara jelas menyebutkan bahawa di dunia ini ada tempat-tempat yang memang dijadikan tempat tinggal oleh jin. Apa saja?
1. Di Tempat Kotor Seperti Toilet Dan Tempat Pembuangan Sampah.
“Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad).
Kata muhtadhirah dalam hadis di atas maksudnya adalah dihadiri atau ditempati oleh jin (yahdiruhal jinn). Hanya saja, jin yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas itu hanyalah jin kafir. Adapun jin muslim mereka tinggal di tempat-tempat bersih dan wangi. Oleh itu, setiap muslim disunnahkan setiap kali memasuki tandas untuk berdo’a: “bismillahirrahmanirrahim allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits”, karena dengan berdoa demikian, jin kafir itu tidak akan mengganggu kita sekaligus tidak akan dapat melihat aurat kita ketika mandi. Hal ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah Saw dalam salah satu haditsnya:
“Dari Ali, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila seseorang masuk tandas kemudian berdoa: ” bismillahirrahmanirrahim “, maka mata jin akan tertutup dan tidak akan dapat melihat aurat keturunan Adam” (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
2. Di Tempat Kosong Seperti Rumah Terbiar Atau Gurun Dan Padang Pasir.
“Dari Ibnu Mas’ud ra berkata: “Suatu hari kami (para sahabat) berkumpul bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tiba-tiba kami kehilangan beliau, lalu kami cari-cari di lembah-lembah dan kampung-kampung (akan tetapi kami tidak mendapatkannya). Kami lalu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah diculik”. Pada malam itu, tidur kami betul-betul tidak menyenangkan. Ketika pagi hari tiba, kelihatan Rasulullah Saw sedang bergegas menuju kami dari arah sebuah gua yang berada di tengah padang pasir. Kami lalu berkata: “Ya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, malam tadi kami betul-betul kehilangan Anda, lalu kami cari-cari ke sana ke mari akan tetapi kami tidak menemukan anda. Lalu kami tidur dengan keadaan sangat tidak menyenangkan”. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kemudian bersabda: “Malam tadi saya didatangi oleh utusan dari kelompok Jin, ia membawa saya pergi menemui kaumnya untuk mengajarkan al-Qur’an”. Ibnu Mas’ud kemudian berkata kembali: “Lalu kami diajak oleh Rasulullah untuk melihat bekas-bekas tempat dan perapian mereka (kelompok jin)”. Para jin itu kemudian bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengenai makanan mereka. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab: “Makanan kalian itu (wahai golongan jin) adalah setiap tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya yang berada di tangan kalian dan ketika memakannya disebutkan nama Allah serta semua tahi (kotoran) binatang ternak kalian”. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kemudian melanjutkan sabdanya: “Oleh karana itu, janganlah kalian (para sahabat) beristinja (membersihkan najis seperti habis buang air kecil atau besar dengan menggunakan batu atau benda lainnya selain air) dengan keduanya (tulang dan kotoran binatang), karena keduanya itu adalah makanan sudara kalian (golongan jin)” (HR. Muslim).
3. Dalam Lubang Lubang.
“Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang”. Mereka bertanya kepada Qatadah: “Mengapa tidak boleh kencing di lubang?” Qatadah menjawab: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengatakan karana lubang itu adalah tempat tinggalnya golongan jin” (HR. Abu Dawud, Nasai dan Ahmad).
4. Dalam Rumah
Jin juga tinggal di atas rumah (atap) manusia. Hanya saja, jin yang tinggal di atas atap rumah orang-orang beriman hanyalah jin muslim. Dalilnya adalah hadits berikut ini:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap rumahnya terdapat jin muslim. Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin) pun ikut makan pagi bersama mereka. Apabila makan tengahari dihidangkan, mereka (jin) juga ikut makan bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan menghalangi orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut” (HR. Abu Bakar sebagaimana ditulis oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari).
5. Dalam Pasar Dan Tempat Perniagaan (Mall)
Selain di rumah, Jin juga ada yang tinggal di pasar atau Mall. Hal ini sebagaimana disebutkan alam sebuah riwayat dimana Salman al-Farisi pernah berwasiat kepada para sahabat yang lain:
“Kalau boleh, janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar, karana pasar itu merupakan tempat berseterunya para syaitan. Dan di pasarlah syaitan menegakkan benderanya” (HR. Muslim).
6. Dalam Kandang Unta
Ertinya: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah kalian solat dalam kandang-kandang unta karana di sana terdapat syaitan, solatlah di kandang biri-biri karana dia itu membawa berkah” (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Sumber : Islam Pos
Orang berniaga nie tawakkalnya harus tinggi.. Tiada rezeki hari ini, mungkin esok ada..
Yang penting jangan putus asa..
Adat berniaga ada pasang surutnya.. Ada waktu jatuh, ada waktu kita bangkit kembali..
Sentiasalah tersenyum dan berbahagialah..
Harungi kehidupan dengan penuh kesabaran..
Orang yang sabar, Di hujungnya akan ada manisnya..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuching
