AlZ Barber Station
Kami menyediakan servis menggunting & mendandan rambut.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-8414826 (Ejjal) untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda inginkan...
08/02/2023
20/05/2022
Sehingga semalam 13 JUN 2020, masih lagi terdapat Q&A tentang 1 kes berkenaan tentang Barber berasal Pakistan yang positif Covid 19. Adakah industri barber akan ditutup semula ataupun bagaimana dan berikut adalah respon daripada Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Sebelum itu, dilampirkan link untuk melihat sendiri penerangan Dr daripada youtube. Masa - minit 23:35 - 25:07 https://www.youtube.com/watch?v=wVb1C1fjz0Q
1) SOP telah dikeluarkan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti mendandan dan menggunting rambut.
2) Isu utamanya ialah KETIDAKPATUHAN atau bahasa mudahnya melanggar SOP.
3) Sebelum SOP dikeluarkan, mangsa telah menjalankan aktiviti secara haram iaitu memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah (melanggar SOP).
4) KKM telah tetapkan awal-awal supaya warga asing yang menggunting rambut mesti menjalani Ujian Covid 19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertugas di kedai. Namun begitu, mangsa tetap menjalankan tugasnya menggunting rambut walaupun keputusan ujian belum keluar (sekali lagi melanggar SOP).
5) Keputusan keluar dan mangsa disahkan positif Covid 19 dalam masa premis beroperasi.
6) KKM telah bertindak pantas dengan menyaring kontak rapat mangsa dan mereka yang pernah mendapatkan khidmat menggunting rambut daripada mangsa.
7) Mangsa p**a telah diasingkan dan dimasukkan ke dalam hospital manakala kontak rapat perlu membuat kuarantin di rumah.
8) TIADA KLUSTER GUNTING RAMBUT ya saudara saudari sekalian memandangkan hanya seorang sahaja yang didapati positif setakat ini. Sekiranya ramai, barulah kita boleh katakan sebagai kluster.
Saya berharap penulisan yang panjang lebar ini jelas dan memberi manfaat kepada pembaca. Menghilangkan keraguan di benak saudara saudari sekalian.
Kami dari pihak barber-barber tempatan sentiasa berusaha untuk patuh kepada SOP. Buat apa yang patut dan diminta oleh kementerian serta sedia menerima aduan dan amaran pihak berkuasa dalam memastikan operasi kita bersih dan memberi faedah kepada pelanggan.
A|Z Barber Station
13/06/2020
Bila baca berita, kalau boleh baca lah isi kandungan nya dengan teliti dan jangan menilai dari tajuknya. Diharap agar info ini bermanfaat kepada semua rakan-rakan barber dan pelanggan di sekitar kawasan premis anda.
Kedai gunting tutup semasa PKP tapi rupanya semasa PKP ini yang dilakukan tukang gunting rambut tersebut KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan yang berkerja di Kuala Lumpur dijangkiti Cov-19, semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Titiwangsa menerima satu notifikasi Cov-19 daripada h
09/06/2020
💈N E W N O R M 💈
08/06/2020
Kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan sambil mematuhi setiap peraturan yang pihak kerajaan tetapkan.
Syukur kedai gunting rambut bakal beroperasi semula 2020-06-07T01:00:01+08:00 MOHD AMINUDIN TELITI: Mohd Aminudin bersama rakan sekerja lain menggunting rambut pelanggan di Arctic Barbershop sebelum pelaksanaan PKP. AKAN KEMBALI BEROPERASI: Abdullah menggunting rambut seorang pelanggan di kedai Aku Barber Kampung sebelum pelaksanaan PKP. BINTULU: Kep...
💯STRICTLY BY APPOINTMENT💈..🙅♂️NO WALK-IN..SEE YOU ON 9 JUNE 2020‼️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
986 Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini, Kampung Semerah Padi Fasa1
Kuching
93050
