Cranberrich
Your Beauty and Health Care Provider Whom Deliver Authenticity and Happiness.
08/07/2022
Kepelbagaian Variati Raspberi di Dunia
Tahukah awak semua, bahawa terdapat berpuluh-puluh buah raspberi yang berbeza dari segi warna, musim berbuah dan lain-lain? 😱
Mari Cik B kongsi bersama awak semua berkenaan dengan raspberi ini. Raspberi boleh dibahagikan kepada beberapa kump**an.
1. Mengikut saiz (besar, sederhana dan kecil)
*Nama Raspberi bersaiz besar
- Hercules
- Patricia
- Senator
2. Mengikut warna (kuning, merah, ungu kehitaman dan oren)
*Nama Raspberi berwarna kuning
- Kuning manis
- Musim gugur emas
- Embun pagi
- Raksasa kuning
3. Nama raspberi berwarna merah
- Tarusa
- Burung Api
- Kekar
4. Nama raspberi berwarna ungu kehitaman
- Cumberland
- Bristol
- Bara
5. Mengikut peringkat kematangan
6. Mengikut tahap ketahanan buah terhadap sejuk
Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini.
Semoga informasi hari ini bermanfaat untuk awak semua. ❤
06/07/2022
Atasi Penuaan Dengan Raspberi
Wajah tua sebelum usia? Sudah cuba pelbagai tips dan produk, tapi kadang-kadang hasilnya sangat lambat malah ada sesetengah produk langsung tidak membantu untuk mengatasi penuaan.
Tahukah awak semua bahawa buah raspberi boleh membantu mengatasi penuaan?
Hal ini kerana, raspberi merupakan buah yang mengandungi nutrisi, protein, mineral, vitamin dan antioksidan yang sangat tinggi.
Buah raspberi juga mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi. Oleh itu, raspberi dikatakan sangat bagus dalam mengatasi tanda penuaan seperti garis halus, jeragat dan kedutan.
Vitamin C dalam raspberi ini juga bertujuan untuk menghasilkan kolagen secara alami dari dalam badan yang dapat merawat kulit agar tetap segar dan berseri.
Selain itu juga, buah raspberi ini mampu untuk membantu sekatakan tona kulit wajah.
Pengamalan pemakanan atau minum minuman berasaskan raspberi ini secara konsisten dapat membantu awak semua untuk cantik dan sihat dari dalam.
Itu sahaja perkongsian Cik B pada hari ini.
Semoga informasi hari ini bermanfaat untuk awak semua. ❤
04/07/2022
Asal Usul Buah Raspberi
Pasti ada di kalangan awak semua ramai yang tak tahu tentang khasiat buah raspberi ini kan? Terutamanya bagi golongan wanita.
Tapi, adakah awak semua tahu dari mana asal-usul buah raspberi ini?
Pada hari ,Cik B akan kongsikan serba sedikit asal usul buah raspberi ini.
Tahukah awak semua buah beri merupakan antara makanan yang pertama dimakan oleh manusia?
Awal kemunculan keluarga raspberi ini ditemui di Pergunungan Caucasus dan kemudian tersebar ke seluruh pelusuk benua.
Dari masa ke masa, ia mula membiak dengan pelbagai variasi buah beri yang lain. Penanaman raspberi ini mula berleluasa di Eropah yang ditanam oleh masyarakat Rom.
Di Perancis, pengeluaran raspberi adalah penting sejak abad pertengahan.
Jangan tak percaya, raspberi ini mempunyai berpuluh-puluh jenis iaitu:
1) Raspberi Remontant - (menuai pada bulan Jun dan September):
Belle de Fontenay, September, Berbéranza, Heritage, Zeva, Honorine, Polka, Augustred.
2) Raspberi tidak Remontant - (menuai pada bulan Jun dan Julai):
Red Holland, Lloyd George, Flavi, Nootka, Grosse Knevett, Esperanza, Lulu manis.
3) Raspberry hitam
Allen, Cumberland, Jewel, Royalti Ungu.
4) Raspberi kuning
Ratu Emas, Tuhan Lambourne, Sweet Metz, Kejutan Musim Luruh.
Itu sahaja perkongsian Cik B pada hari ini.
Semoga informasi hari ini bermanfaat untuk awak semua. ❤
30/06/2022
Badan Ramping Hanya Dengan Jus Daun Pegaga
Makin hari berat semakin naik? Mahu diet tapi tidak tahu cara yang betul, takut memberi kesan kepada kesihatan p**a.
Mahu cuba pelbagai produk kurus di pasaran juga tidak yakin, kerana tidak pasti apa bahan yang digunakan?
Awak semua tak perlu risau lagi, mari Cik B kongsikan bagaimana hendak mendapatkan badan ramping hanya dengan jus pegaga.
Tahukan awak semua, daun pegaga ini selain daripada digunakan untuk kesiahatan dalaman, kecantikan kulit wajah, ia juga boleh dijadikan sebagai detoks.
Hal ini kerana, daun pegaga mengandungi klorofil yang sangat tinggi, oleh itu dia bagus untuk detoks dalaman kita.
Kandungan dalam pegaga ini juga dapat melindungi sistem imun badan daripada toksik. Ia juga bersifat antibiotik dan mampu memberikan kesihatan pada seluruh badan luaran dan dalaman.
Bahan-bahan Jus Daun Pegaga
1) Air suam
2) Pegaga
3) Limau nipis
Cara-caranya
1) Basuh pegaga dengan bersih.
2) Kisar pegaga bersama air suam sehingga lumat
3) Tuang ke dalam gelas dan perahkan sedikit limau nipis.
4) Jus sedia diminum. Amalkan seminggu sekali.
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
28/06/2022
Masker Daun Pegaga Untuk Kulit Flawless
Sudah cuba pelbagai produk penjagaan wajah, duit juga sudah banyak habis? Kulit tetap berjerawat dan berjeragat?
Tahukah awak semua, bahawa kita mampu untuk membuat masker wajah sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar ?
Ya, awak semua boleh membuat masker wajah sendiri untuk mendapatkan kulit yang flawless, segar dan berseri.
Mari Cik B kongsikan bagaimana anda boleh mendapatkan kulit wajah idaman tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak.
Daun pegaga merupakan sejenis ulam yang memiliki kebaikan untuk kesihatan dalaman dan mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.
Khasiat Daun Pegaga Untuk Kulit Wajah
- Meredakan keradangan kulit
- Menyembuhkan jerawat
- Menghasilkan sel kulit baru
- Menghasilkan kolagen secara natural
Bahan-Bahan untuk Membuat Masker
1) Daun Pegaga
2) Tepung Jagung
3) Air
Cara-caranya
1) Hiris halus daun pegaga
2) Kisar lumat campuran hirisan daun pegaga dengan air
3) Bancuhkan daun pegaga yang telah dikisar bersama tepung jagung
4) Kacau sehingga pekat, dan sapukan keseluruh wajah.
5) Biarkan selama 15 minit dan bilas
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
26/06/2022
Pelihara Kesihatan dan Kecantikan dengan Daun Pegaga
Pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang telah dicuba, tetapi masih ada di kalangan awak semua tidak mendapatkan hasil yang diingini?
Duit sudah banyak dihabiskan untuk produk tersebut, tetapi tiada apa-apa perubahan?
Jadi, mari Cik B kongsikan bagaimana awak semua boleh memelihara kecantikan dan kesihatan sekaligus tanpa perlu berbelanja mahal.
Tahukah awak semua bahawa daun pegaga boleh mencantikkan wajah dan menyihatkan tubuh badan dari dalam?
Ya, daun pegaga antara ulam yang paling pop**ar dan diakui memiliki banyak kebaikan.
Daun pegaga mampu untuk merawat kerosakan kulit, membuatkan wajah lebih berseri dan segar. Daun pegaga juga mampu untuk meningkatkan peredaran darah.
Selain itu, daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai detoks, memperbanyakkan susu ibu, dan juga menguatkan tulang.
Awak semua boleh mengamalkan penggunaan daun pegaga ini dengan banyak cara sesuai dengan tujuan awak semua.
Sebagai contoh, daun pegaga boleh dijadikan sebagai ulam, jus dan juga masker wajah.
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
24/06/2022
Cara Buat Masker Tomato Cube
Jerawat kerap muncul di wajah, pelbagai cara dan produk di cuba tetapi hasilnya tetap mengecewakan?
Daripada produk murah sehingga yang mahal sudah di cuba, tetapi tetap sama. Kulit wajah tiada perubahan, kusam, berjerawat dan sebagainya.
Mari Cik B kongsikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kulit wajah awak semua tanpa memerlukan modal yang besar dan juga mudah didapati.
Masker tomato cube, yang hanya menggunakan tomato, Insya-Allah mampu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah awak semua sekiranya dijadikan amalan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Caranya mudah sahaja, awak semua hanya perlukan 2 biji tomato yang dikisar halus tanpa air dan tuangkan kedalam bekas kiub ais batu kemudian bekukan.
Jadi senang bila hendak digunakan, ambil sahaja dan ratakan seluruh wajah. Fokuskan di tempat-tempat yang bermasalah seperti jerawat dan lain-lain.
Manfaat tomato untuk kulit wajah ini sangat banyak. Kulit akan menjadi bersih dan berseri. Sekiranya dijadikan amalan rutin awak semua akan dapat manfaat dan kesannya yang sangat ketara.
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
Selamat Mencuba!
22/06/2022
Tomato Penaik Seri Wajah
Sudah pelbagai produk dipasaran yang awak semua gunakan, tetapi wajah tetap kelihatan kusam dan tidak berseri?
Sudahkah awak semua cuba cara untuk naikkan seri wajah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dari dapur rumah sahaja?
Mari Cik B kongsikan, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana caranya untuk menaikkan seri wajah dengan hanya menggunakan bahan dari dapur kan.
Tahukah awak semua bahawa tomato mampu untuk menaikkan seri wajah kita? Iya betul, dan lebih menarik cara penggunaanya sangat mudah.
Awak semua hanya memerlukan sebiji tomato yang sudah ranum dan jadikan masker. Mudah sahaja, ambil sebiji tomato dan tumbuk lumat, kemudian letakkan pada wajah.
Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu untuk keberkesanan yang optimum.
Khasiat penggunaan masker tomato ini bukan sahaja mampu untuk menaikkan seri wajah tau … tetapi ia juga sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat, memudarkan parut serta mengecilkan liang pori.
Tomato juga membantu untuk melambatkan proses penuaan. Ini kerana kandungan antioksidan dalam tomato yang tinggi.
Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.
20/06/2022
Selamat Hari Bapa
Bapa, ayah, abah, papa serta apa jua panggilan bagi seorang bapa jasa dan pengorbanan beliau tidak terhitung nilainya.
Bapa mengajarkan erti pengorbanan, ibu mengajarkan erti kasih sayang dan ketulusan.
Seperti hari ibu, hari bapa turut diraikan dan disambut di seluruh dunia pada hari ahad ketiga dalam bulan jun.
Hargailah titik peluh seorang bapa yang telah bersusah payah mengerah tenaga demi mencari nafkah, menyediakan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal yang selesa untuk keluarganya dengan keringat dan usaha beliau yang tiada ganti.
Bapa merupakan insan yang sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan keluarganya. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang bapa tidak mampu dibalas nilainya di dunia.
Semoga setiap titis keringat bapa dalam membesarkan anak-anaknya dan membahagiakan keluarganya diberi ganjaran pahala yang berterusan oleh Ilahi.
17/06/2022
Air Herba untuk Buang Angin dalam Badan
Masalah perut kembung? Dah membuang tapi perut masih rasa keras? Effectnya sampai kaki pun sakit?
Cik B tahu di sini pasti ramai yang ada masalah angin dalam badan, kan? Dah cuba macam-macam cara atasinya, tetapi tetap tiada perubahan.
Hari ini, Cik B nak kongsi satu resipi air herba untuk membuang angin di dalam badan sekaligus bertindak untuk mengempiskan perut.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Air mineral 1 liter
-Halia muda 2 inci (diketuk)
-Serai 1 batang (dititik)
-Daun pandan 3 helai
-Gula merah / Gula Kabung / Gula batu (ikut selesa masing-masing)
-Teh 1 uncang (ikut jenama favourite sendiri)
Cara-cara penghasilan:
Awak semua hanya perlu rebus halia, serai dan daun pandan selama 30 minit dengan api yang sederhana.
Kemudian, jika sudah mendidih, tunggu lagi sehingga 15 minit. Selepas itu, awak semua boleh letakkan gula (pilihan).
Awak semua letakkan uncang teh, biarkan selama 5 minit kemudian tapis. Boleh juga tambahkan dengan sedikit madu dan hirisan lemon.
Siap untuk diminum. (emoji)
Awak semua boleh amalkan 3 kali seminggu untuk lihat hasilnya. Semoga bermanfaat!
15/06/2022
5 Khasiat Air Rebusan Halia dan Serai
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Cik B pasti ramai yang di kalangan awak semua tahu tentang pepatah berkenaan tetapi tidak mengamalkannya.
Apa tidaknya, nak mengawal sesuatu penyakit ni bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pemakanan yang sihat.
Hari ini, Cik B nak share beberapa khasiat air rebusan Halia dan Serai yang enak dan pastinya mampu buat awak semua ketagih. Apakah itu?
1. Mengatasi masalah pencernaan dan cirit-birit
2. Melegakan senggugut
3. kadar metabolisme
4. Menurunkan tekanan darah
5. Detoksifikasi
Untuk awak semua yang mudah sangat rasa stres ataupun mempunyai kadar bacaan darah yang tinggi, adalah lebih elok jika awak semua amalkan air rebusan ini.
Untuk makluman awak semua, serai dapat merangsang peredaran darah dalam badan dan mengurangkan tekanan darah.
Jadi, tunggu apa lagi. Marilah cuba air rebusan yang sihat ini. Yang pasti, organik, sihat dan tiada bahan terlarang.
13/06/2022
Tahukah awak semua bahawa herba adalah sumber terawal ubat-ubatan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi?
Herba-herba seperti kacip fatimah, tongkat ali, akar ginseng dan banyak lagi digunakan secara meluas di seluruh Asia kerana diyakini selamat dan berkesan.
Herba-herba tradisional mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, merawat ibu-ibu ketika berpantang dan banyak lagi.
Namun, pada masa kini, herba-herba boleh didapati dalam cara moden, iaitu melalui tablet, kapsul, sirap, krim dan plaster.
Setiap herba-herba semula jadi mahupun yang secara moden mempunyai kadar risiko yang tersendiri terhadap kesihatan sekiranya diambil tanpa kawalan.
Awak semua pilih herba tradisional atau produk kesihatan?
Kongsikan jawapan serta pandangan awak semua di ruangan komen.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
S2, Jalan Kenanga, Sedenak Mill
Kulai
81010
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 12:30 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
