WanieZ Spa
Mnyediakan Pakej Slpas Bersalin Ibu & Bayi, Pakej penutup pantang, Pakej Seri Pengantin
#Urut Tradisional#Urut Bersalin #ConfinementLadyUtara
#FacialTreatment #TerapiMassage #SarafTerapi #TradisionalMelayuWanita
#MakeupClass#PersonalClass #Cosmetic
0132755270 ( Wanita Sahaja!!!)
10/11/2025
Assalamualaikum🤍
Setiap Urutan ada cara tersendiri…setiap tukang urut ada skill masing2 yang tak akan sama.
Ia sama seperti masakan.. kari resepi yg sama cuma cara dan rasa berbeza..seperti itu lah juga adat kehidupan..setiap orang berbeza kehidupan..jadi sentiasa bersyukur dgn rezeki yg Allah izinkan. Jangan kita ada sifat yg tak baik dalam diri..
jangan iri dengan rezeki orang ..
kita tak tahu seteruk mana sesusah mana apa yg dia usaha dan hadapi.
Kita usaha dgn niat yg ikhlas dan selebihnya bertawakal pada Yg maha Esa Allah s.w.t.
Jangan kita buat orang..Kerna Allah sentiasa ada dan Allah akan patah balik keburukan sejuta kali ganda pada yg buruk.
sbb Allah tu Ada ☝🏻
WanieZ Spa
BidaraRos HQ
28/06/2025
✨ Seri Pengantin & Kakak pengantin Tersayang ✨
Seri wajah dipalit kasih,
Badan dilulur harum bersih.
Tangas mewangi, aura berseri,
Mandi bunga, pengikat hati.
Bersama rasa bahagia,
Pengantin dan kakak turut dimanja.
💐Tempah rawatan seri tradisi 💐
🌸 Khasiat Mandi Bunga (Bukan Mistik):
✅ Menyegarkan badan & minda dengan aroma bunga-bungaan
✅ Membantu melegakan tekanan & stres (aromaterapi semula jadi)
✅ Memberi rasa segar dan ringan pada tubuh
✅ Air limau & herba bantu buang bau badan & toksin ringan pada kulit
✅ Kulit terasa lebih lembut, segar dan bersih
✅ Memberi aura positif & meningkatkan keyakinan diri
Pendek kata, mandi bunga ialah terapi semula jadi yang menenangkan, menyegarkan dan menyuntik rasa bahagia. 🌿✨
12/06/2025
Yg ni la sllu saya imagine , sbelum kejadian upsi. Sy byangkan sewaktu ke kelantan baru2..
rasa takut dan rasa sayu tgk penghadang ni. Dah la jalan gerik ke jeli tu teruk sangat2.. jenuh elak2 lubang la , jalan mendap la..”Faktor Jalan sangat tak selamat” 😔 tu siang..kalau malam lagi la tak nampak..lubang sana sini.
dok tnya suami tak boleh ka tukar ke penghadang yg lebih selamat .yg ni kalau kemalangan ringan pun blh teruk kalau kena penghadang ini.
”memang la Ajal Maut semua ditangan Allah..”
ya Allah mmg ngeri dlm bayangan xsangka lepas bberapa hr dpt tau berita kematian pelajar upsi yg tragis😔😔😔
Al fatihah utk smua allahyarham2 dan allahyarhamah2.
Fyi:
Gambar dibawah saya ambik dlm tiktok.
12/06/2025
Lulur & scrub termasuk pakej pantang yg dipilih ibu selepas bersalin🥰 lepas mandi lembutnyaa kulit 🥰✨✨✨✨
Pakej pantang .
12/06/2025
POSNATAL PAKEJ BERPANTANG
TQ nadz dari sebelum kawin,
pastu pakej pengantin, dan bersalin anak pertama ambik servis kak…
ni anak kedua pulak🥰🤲🏻✨
04/06/2025
Alhamdulillah selesai 4SLOT pakej pantang premium & basic dan sesi petang 1 slot terapi Strok .
-Pakej perawatan pantang
- pakej ibu dan bayi
-tuaman & tungku full body
-tangas herba
- mandian herba
- masakan pantang ( bawa dan hidang)
- bengkung
- pilis dan param,tapel
- boreh
-cukur rambut bayi
29/05/2025
🌹 7 Manfaat Minum Rendaman Rose Bud:
1. Detoks semula jadi – buang toksin dari badan.
2. Tenangkan emosi & kurangkan stres.
3. Cantikkan kulit dari dalam – glowing & berseri.
4. Bantu lancarkan haid & kurangkan senggugut.
5. Kuatkan imun badan – kaya Vitamin C.
6. Legakan sembelit & bantu pencernaan.
7. Segarkan nafas & kurangkan bau mulut.
15/05/2025
“Urutan Terapi Strok + Fisio: Gabungan Pemulihan Lebih Cepat”
Kak Waniez kendalikan pakej urutan terapi strok 3x seminggu untuk bantu lancarkan peredaran darah, kuatkan semula saraf, dan kurangkan kekejangan otot.
Dalam masa yang sama, pesakit ini juga jalani sesi fisioterapi — kombinasi rawatan tradisional & moden untuk kesan optimum.
“Kami percaya usaha konsisten + doa ikhlas akan bawa KESEMBUHAN…
Dengan izin Allah SWT.”
Berminat bantu ibu ayah atau orang tersayang pulih dari minor strok?
Kami sedia bantu di rumah anda dengan servis rawatan urutan profesional.
12/05/2025
“Terlalu lama pendam keletihan badan & tekanan jiwa?
Manjakan diri dengan sentuhan terapi yang memulihkan luar & dalam…”
Urutan Balinese Mix Tradisional Melayu
Gabungan dua warisan urutan – lembut, mendalam & penuh healing.
• Melancarkan darah & membuang angin
• Legakan otot tegang, pinggang & sendi
• Tenangkan minda yang berserabut
• Bantu tidur lebih lena & segar keesokan hari
• Sesuai untuk wanita lepas bersalin, bekerja & alami keletihan berpanjangan
Dengan minyak kelapa tanak homade ,special mix oil herbs dan Minyak Terapi Bidararos – sentuhan semulajadi yang menghangatkan, memulihkan & menenangkan.
“LIMITED BOOKING KHAS UNTUK WANITA YANG NAK RASA PREMIUM MASSAGE SIGNATURE✨✨”
Dm for booking Only!!
12/05/2025
Settle semua slot harini🤍
🎀Urutan Tradisional
🎀Urutan Balinese mix Tradisional melayu
🎀Urutan Seri wajah & guasha detox
🎀Urutan terapi dan Bekam detox , kepala & wajah
10/05/2025
“Rahsia Cantik & Tenang Secawan Rose Tea…”
Bukan sekadar minuman wangi — tapi juga terapi semulajadi untuk dalaman wanita.
Dengan kandungan antioksidan tinggi, rose tea bantu:
✔ Mencerahkan kulit dari dalam
✔ Menstabilkan hormon & lancarkan haid
✔ Menenangkan emosi & kurangkan stres
✔ Anti-penuaan semulajadi
Minum suam-suam, tarik nafas dalam… dan rasakan ketenangan yang menenangkan tubuh & minda.
Tuaman Baby👶🏻 Ala ala ..so comel buatan sendiri ni.. gift utk baby harini & beberapa bunjut customer order🩷 sejenis tak s**a beli yg dah siap..
sbb keras compress ball dia tu..
yg ni bila nak tuam kat baby pun syok ja xkeras semacam🥰nak golek2 kat baby pun sedap😉
1 tu sis wani jual r.m DuaBelas ja tau.
Kepentingan Tuaman Bayi:
• Buang angin, elak kembung
• Legakan perut bayi
• Lancarkan peredaran darah
• Bantu bayi tidur lena
• Kurangkan risiko sawan tangis
For more tips jom follow Kak waniez ok😉
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 21, Ground Floor , Jalan Kempas 1 , Taman Kempas Indah 09000
Kulim
KULIM
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:30 |
| Wednesday | 09:00 - 18:30 |
| Thursday | 09:00 - 18:30 |
| Friday | 09:00 - 18:30 |
| 20:00 - 22:00 | |
| Saturday | 09:00 - 14:00 |
| Sunday | 09:00 - 14:00 |
