SheVoux Professional Muslimah Hair Salon
PRODUCTS
Hair Services
PROFESSIONAL MUSLIMAH HAIRDRESSER ACADEMY
(HOTLINE : 012-5718838)
PRODUCTS
Hair Services
Make up services
Beauty Services
Spa Services
HAIR ACADEMY (HOTLINE : 012-5718838)
BEAUTY & MAKE UP ACADEMY (HOTLINE : 012-5718838)
01/02/2023
Hi! Salam alaik Muslimah HighClass.
Entah laa mimpi semalam, pagi ni rasa macam nak bantu Muslimah HighClass dalam bab penjagaan rambut!
Korang tahu tak, yang sebenarnya, masalah rambut yang korang hadapi tu puncanya dari rutin harian korang?
Korang nak tak saya bantu korang rungkaikan masalah tu dengan kelas penjagaan rambut?
Kelas online 1 -2 jam je, dengan yuran tak masuk akal?
Korang boleh tanya je apa masalah korang dan InsyaAllah semoga Allah ilhamkan saya dengan jawapan yang dapat membantu.
Siapa nak join?
Yang pasti, belum ada lagi kelas penjagaan rambut macam ni! Kelas untuk orang biasa yang bukan hairdresser.
❤️🌷❤️🌷
Hjh Wanda Yusoff
Pakar Rambut Muslimah anda.🫰🏼
Muslimah hairdresser diperlukan di Sungai Petani. Ada yang berminat? PM ye. Tq sooo much.
05/09/2020
Roller ball ini untuk dijual.
Berminat, dm me yea.
22/11/2019
Rupa MiHaS hari ni setelah menjadi gelanggang Kungfu Gunting untuk 4 orang cikgu Sekolah Sg Kob, Kulim yang sangat komited.
3 orang berinai.
"Part boh inai ni yang paling best. Fuhhhh sejukkkk je rasa. Sedappp. Ermmmm sedapppnyaaa."
~ Kak Zan Natrah Naim.
Pelanggan setia Meraqie Hairnna.
Hari ni dia bawa 3 lagi konco-konconya untuk test Kungfu Cikgu Vogue. 😂
Alhamdulillah. Kungfu Cikgu Vogue masih berbisa, dan bisa menidurkan mereka. Hahaha.
Memang benar kesedapan inai Meraqie tidak sama dengan inai lain yang dijual di luar. Sebab inai ni di bancuh dengan kasih sayang, nawaitu untuk mengangkat sunnah Rasulullah saw dan memberi kepuasan kepada pelanggan tanpa was-was dalam mewarnakan uban.
MasyaAllah. Tabarakallah.
Allah kurniakan ilham ini setelah 10 tahun dalam bidang rambut. Sekarang dah 4 tahun Meraqie Hairnna ni wujud.
Cuma ianya sungguh limited edition. Hehe.
Ia lahir bila Cikgu Vogue in a mood nak bancuh.
Bancuh dengan hati, bukan kerana terpaksa atau kerana duit semata, sebab tu dia sejuk di kepala menusuk hingga je jiwa. Ecewahhh.
😍😘🌷
Lenguh kaki dah berdiri. Jommm lena.
Alamakkk. Haji Boss p**a minta nak inai rambut dia.
Hajat suami wajib dituruti. Bagi Haji Boss hensem untuk diri sendiri juga. Ermmmm. 😍
13/11/2019
Nak bergaya dengan rambut cantik dan patuh syariah.
Jemput datang ke SheVoux Professional Muslimah Hair Studio. Kami menjanjikan ketelitian, kepuasan dan keselesaan kepada anda sebagai Muslimah HighClass.💖🌷
Disentuh sekali, rindu berkali kali. Oouucchhh. 😍
11/11/2019
Happy 11.11 😍
Di kesempatan orang dok sibuk dengan 11.11, aku pun nak join sekaki.
Nah, new look of my MiHaS. Kini berubah wajah.
Jemput datang yokk.
Ni adalah ruang aku rembeskan idea, buat customer ya lama yang masih setia dengan sentuhanku.
New MiHaS bukan lagi fokus pada nak income bisnes juta-juta. Cukup untuk aku lempiaskan hobi bantu muslimah sekeliling dapatkan salon patuh syariah. Sekadar untuk aku punya income sendiri agar aku dapat infakkan ke tabung sedekah dan wakaf di Masjid setiap minggu.
Warga Kulim Hi Tech dan seangkatan, bolehlah ke SheVoux Professional Muslimah Mini Hair Studio ni untuk dapatkan khidmat dandanan rambut professional yang patuh syariah di sini.
Khas untuk Muslimah HighClass yang menitikberatkan bab kecantikan yang patuh syariah.
Bila Haji Boss support minat si isteri, maka Mini Studio ni terhasil with full of love. Alhamdulillah.
Kelas Teknik Asas Kungfu Gunting 25-28 Okt 2019.
Last call untuk yang nak belajar teknik gunting dengan Cikgu VOGUE. Ini kelas sharing knowledge dan skill.
InsyaAllah join kelas ni, uol dah boleh belajar secara online sebab dalam kelas ni kita akan belajar benda asas yang sangat padu. Kelas ni, kelas yang paling BASIC dan sangat PENTING untuk mahir dalam bidang rambut.
Bagi yang dah ada basic. Ini kelas pengukuhan skill.
Bagi yang zero, anda akan dapat lihat dunia dandanan rambut sebenar.
Siapa nak skill ni, join je kelas ni, tak nak tak apa. I is tidak rugi dan tidak untung pun. Buat kelas ni pun lillahitaala, just nak bantu Muslimah Hairdresser upgrade skill je.
Uol boleh je join mana-mana kelas gunting lain yang belajar 2 hari boleh pandai menggunting.
I memang tak bagi gerenti belajar 2-3 hari boleh pandai kalau join kelas I, sebab sepanjang I bergelumang dalam bidang ni dan kenal orang hebat dalam dunia hairdressing ni, semua orang ambil masa untuk bertahan bertahun-tahun untuk master skill gunting or apa saja skill dalam hairdressing ni.
Sebab tu kelas saya 4 hari ni pun, uol belum boleh jadi mahir menggunting lagi. Ini kelas pengukuhan skill. Keh keh keh.
Nak mahir kena ulang buat skill yang kita ajar ni dan ikut step by step selama 10 ribu jam. Ok ehhh.
2020 I is pencen. No more hairdressing classes by me. Tahun depan nak menulis dan jadi traveller ajer. 😍
SheVoux Professional Hair Academy, kami berikan anda flow belajar rambut yang efektif. Ada step yang perlu diikuti dan ada tomakninahnya.
Kalau nak belajar kalut-kalut, nak pandai dalam masa beberapa hari jagung, maaf. Kami tidak mahu membawa anda ke laut dalam.
Kami nak anda nikmati perjalanan sebagai seorang hairdresser seperti berada di tepi pantai. Nikmati slow and steady. Pemandangannya ohhh indah sekali.
Kungfu Gunting ™ adalah approached terbaru untuk cepat dan cekap menggunting rambut.
12/10/2019
Assalamualaikum Muslimah HighClass!
Seperti yang dijanjikan, dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahiim, saya membuka link pendaftaran bagi Bengkel Teknik Asas Kungfu Gunting (Batch 2).
Kelas ini terhad kepada 7 orang peserta sahaja.
Disebabkan kelas ini merupakan kelas yang banyak menggunakan teknik penumpuan dan lebih kepada personal coaching, itulah sebabnya kenapa kelas ini perlu dihadkan.
Saya hanya fokus kepada menghasilkan pendandan rambut yang berkualiti dari sudut kemahiran. bukan teori semata.
Bidang kemahiran rambut ini perlu hands on, cari kelemahan dan betulkan kelemahan itu dengan segera. Jika tidak diperbetulkan di peringkat awal, ia akan menjadi habit dan sebati dengan diri. Sukar diubah jika masalah itu berterusan.
Pendaftaran ini saya buka selama 3 hari sahaja.
Saya minta tolong rakan-rakan FB saya untuk share pada rakan-rakan yang berminat untuk belajar kemahiran rambut agar mereka tidak terlepas peluang ini.
https://shevouxprofessional.onpay.my/order/form/takg
https://shevouxprofessional.onpay.my/order/form/takg
https://shevouxprofessional.onpay.my/order/form/takg
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Kulim Hi-Tech
Kulim
09000
