R&Z Cosmetics Sdn.Bhd.

R&Z Cosmetics Sdn.Bhd.

Share

*Pengedar di perlukan di seluruh Malaysia! Hubungi HOTLINE 012-4118825

http://www.wasap.my/601241 R&Z Cosmetics Sdn.Bhd.

Bukan sahaja pengeluar product kecantikan dan makanan kesihatan,R&Z juga merupakan pengeluar minuman bergas dan kordial. Semua product keluaran R&Z dijamain halal kerana R&Z merupakan syarikat bumiputera muslim sepenuhnya.

25/02/2024

Harumnya Ramadan Sudah Mula Terasa
🤍

12/01/2024

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

"Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga bulan Ramadan."

Photos from R&Z Cosmetics Sdn.Bhd.'s post 06/01/2024
15/12/2023

” Seandainya manusia tahu keutamaan bersholawat kepada Rasulullah ﷺ
tidaklah mereka berbicara, kecuali dengan selalu membaca sholawat kepada Rasulullah ﷺ.”

14/12/2023

Isu ini paling berat, saya perlu menegur kepada seseorang bergelar WANITA MUSLIMAH.Mana sudah pergi sifat malu seseorang wanita itu, ketika kaki beliau melangkah keluar dari rumah. Malu itu sebahagian dari iman tetapi sifat malu itu sudah pupus di umat akhir zaman ini Dan malah berbangga dengan Fashion yang dipakai. Fashion itu menjadi ikutan sehingga mati seseorang.Kes Fashion berpakaian sehingga menjolok mata kaum adam,terlalu ketat,seluar jeans ketat,bertudung tetapi tidak menutup dada,bersanggol terlalu tinggi,pernampakan kaki dan lenggan wanita menjadi ikutan akhir zaman skrg.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
[1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan
[2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”
(HR. Muslim no. 2128)

Hadits Ummu Salamah berikut ini.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ « يُرْخِينَ شِبْرًا ». فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفَ أَقْدَامُهُنَّ. قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لاَ يَزِدْنَ عَلَيْهِ
Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang menjulurkan pakaiannya (di bawah mata kaki) karena sombong, maka Allah pasti tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat.”

Ummu Salamah lantas berkata,
“Lalu bagaimana para wanita menyikapi ujung pakaiannya?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal.”

Ummu Salamah berkata lagi, “Kalau begitu, telangkap kakinya masih tersingkap.”

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Turunkan satu hasta, jangan lebih dari itu.“
(HR. Tirmidzi no. 1731 dan An Nasai no. 5338.)

Rasulullah SAW menegur Asma’ Binti Abu Bakar RA:

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

Maksudnya: Wahai Asma ! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).
(Hadith riwayat Abu Daud: 4104, al-Baihaqi: 3218)

Sesetangah pihak atau ahli keluarga perlu mengambil berat bab ini.Bab aurat wanita muslim ini,bukan perintah dari manusia,tetapi perintah dari Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah.An Nur: 31).

Allah SWT turut berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah al-A’raf (26)

Firman Allah SWT bermaksud:

{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ}
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.(Surah Al-Ahzab ayat:59)

Dan firman Allah SWT bermaksud:
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. (Surah An-Nur : 31)

Harap pihak berkuasa perlu menjalankan amanah yang keras bab isu ini.Semakin berluasa aurat wanita muslim sekarang,berpakaian tidak mengikut syarak Islam.Isu ini bukan mainan disebut-sebut sahaja,perlu pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencegah kemungkaran yang jelas nampaknya.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka dengan lisannya, jika dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itu adalah selemah –lemah iman.
(Hadith riwayat Muslim: no.49)

Kepada wanita muslim diluar sana berubah lah penampilan anda kearah yang diredho Allah SWT.
Isu ini bukan main2,isu ini melambangkan Islam kamu sebenar.Saya doakan supaya wanita muslim,mengubah dan mencegahnya perbuatan dosa ini. Semoga Allah subhanahu wa ta'ala sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.Amin.

*13 Aurat Wanita yang Wajib Dijaga*

Wanita memang diberkati oleh Allah dengan segala keindahan,tapi terkadang itu salah digunakan untuk membuat para pria tergoda dan terbayang.nah apa saja 13 Aurat Wanita tersebut.

1. Bulu kening (Alis)

– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –
(Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan mengayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah)

3. Wangi-wangian

– Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul itu kata orang sekarang hidung belang –
(Petikan dari Hadits Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada

– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bagian depan dada-dada mereka –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi

– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir (pangur) gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –
(Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Leher

– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu –
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Membayang Anggota Tubuh

– Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali telapak tangan dan wajah saja –
(Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Berjabat Tangan

– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –
(Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Memandang

– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya –
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)

– Janganlah perempuan-perem -puan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka -taan yang baik –
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

11. Kemaluan

– Dan katakanlah kepada perempuan-perem -puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
– Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Surga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya –
(Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar)
– Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –
(Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian

– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha -n terutama yang menyolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti –
(Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah)
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Keterangan : Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab dan longgar, yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Dan karena itu mereka tidak diganggu. Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang)
– Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perem -puan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Surga dan tidak akan mencium baunya –
(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ -membentuk dan berbelah/ -membuka bahagian-bahagi -an tertentu)

13. Rambut

– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem -puan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pandangan/ -dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya –
(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Note : jika sayangkan suami, sayangkan ayah.. jagalah aurat elok-elok, yang mula niat berhijrah semoga dipermudahkan, yg sudah berhijrah semoga istiqomah, nak bahagia nak dapatkan pasangan yg soleh solehah, perlu mula cantikkan diri dari dalam dan luar, tak baik bukan alasan berubah jadi yang terbaik, sebagai suami p**a, ingat kamu adalah pemimpin, dan pimpinan kamu menentukan bagaimana isteri kamu, kita bukan nak berjaya dan bahagia didunia sahaja, tetapi sampai akhirat.. ingat kelak kamu akan dipertanggung jawabkan diakhirat...

Tag kawan-kawan dan orang yang kalian sayang, sebarkan kebaikan, tegur demi kebaikan bersama ..jangan judge mereka, tapi bantu mereka.. semoga diberikan hidayah Aamiinyarabbalalaamiin

04/12/2023

Jangan tinggal solat. Kalau betul nak berubah, solatlah. Kalau betul cinta Allah, solatlah.
Kalau nak kekuatan, solatlah.
Kalau nak berjaya, solatlah.
Kalau nak kebahagiaan, solatlah.

25/11/2023

بسم الله الرحمن الرحيم
“Jika kamu tidak mampu membantu Agamamu,Setidaknya jgn berdiri di barisan perosak agamamu.
"Imam Syafi’i".

11/11/2023

Walaupun hanya di media sosial, inshaAllah akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawasanya kamu membela agama-mu, Masjid Al-Aqso. Amin 🤲 🇵🇸

09/11/2023

Kita boleh kehilangan apapun asal jangan IMAN. Kita boleh kehilangan siapapun asal jangan TUHAN

07/11/2023

Yang belum hafal Al Kahfi... Jangan bertangguh lagi. Hafal dan amalkan dari sekarang. Mulakan dengan 1 hari 1 ayat... Ulang la 1 ayat tu seharian di mana saja. Pasti lekat di kepala inshaAllah....

07/11/2023
05/11/2023

Ketika di mahsyar, sebanyak apapun amal kebaikan yang dikerjakan tapi tak solat, ibadah lain hanya sia-sia.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kulim
09000

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00