Ikhlas Oil By Umie Manja

Ikhlas Oil By Umie Manja

Share

Ikhlas oil merupakan rawatan terbaik utk masalah Resdung dengan cara sapu sahaja pada tempat yang be Ikhlas Oil Aromatheraphy

Photos from Petua Ibu's post 13/02/2023
21/01/2023

RAMADAN LAGI 62 HARI, TAPI SAYA TERLUPA BILANGAN PUASA GANTI ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ

Ada satu persoalan seorang sahabat mengenai puasa ganti di ruangan komen, soalannya โ€œUstazah, Ramadan dah nak dekat, tapi saya terlupa jumlah puasa yang pernah saya tinggal pada Ramadan lepas, macam mana ya?โ€

SubhanAllah. Iya, lebih kurang dua bulan lagi, insyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadan yang mulia, sama-sama kita doakan agar diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadan tahun ini, insyaAllah.

Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu faham bahawa menggantikan puasa (qadaโ€™) yang pernah ditinggalkan pada Ramadan yang lepas adalah WAJIB.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽู…ูŽู† ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูŽุฑููŠุถู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูŽููŽุฑู ููŽุนูุฏู‘ูŽุฉูŒ ู…ู‘ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุฃูุฎูŽุฑูŽ

Maksudnya: โ€œDan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka,kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lainโ€™.
(Surah al-Baqarah: 185)

CARA MENENTUKAN BILANGAN PUASA GANTI YANG TERLUPA

Ulamaโ€™ meletakkan DUA CARA yang sesuai bagi permasalahan ini.

๐Ÿ”ถ KAEDAH PERTAMA - TAHDIDI (KEYAKINAN)

Sesiapa yang terlupa di dalam hal ibadat, maka dia hendaklah mengambil sesuatu hukum yang lebih meyakinkan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada individu yang lupa bilangan rakaat ketika solat.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุดูŽูƒู‘ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูููŠ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฑู ูƒูŽู…ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุซูŽู„ุงูŽุซู‹ุง ุฃูŽู…ู’ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูŽุทู’ุฑูŽุญู ุงู„ุดู‘ูŽูƒู‘ูŽ ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุจู’ู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽูŠู’ู‚ูŽู†ูŽ
Maksudnya: โ€œApabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, dan tidak mengetahui berapa rakaat dia solat, tiga atau empat rakaat maka buanglah keraguan, dan ambilah yang pasti (iaitu yang sedikit).โ€
(HR Muslim, hadis sahih)

Maka bagi sesiapa yang terlupa akan jumlah puasa yang perlu digantikan, maka boleh menggunakan kaedah ini. Hendaklah mengambil sesuatu bilangan yang pasti atau lebih meyakinkan, contohnya antara 10 atau 12 hari, individu tersebut perlu memilih 12 hari kerana itu lebih pasti dan yakin serta tiada unsur ragu-ragu dan waswas. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:

ุงู„ูŠูŽู‚ููŠู†ู ู„ูŽุง ูŠูุฒูŽุงู„ู ุจูุงู„ุดู‘ูŽูƒู‘ู

Maksudnya: โ€œKeyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).โ€

Ibnu Qudamah menyatakan:

ุฅุฐูŽุง ูƒูŽุซูุฑูŽุชู ุงู„ู’ููŽูˆูŽุงุฆูุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูŠูŽุชูŽุดูŽุงุบูŽู„ู ุจูุงู„ู‚ูŽุถูŽุงุกู ููŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู’ ู‚ูŽุฏู’ุฑูŽ ู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ูŠูุนููŠุฏู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุชูŽูŠูŽู‚ูŽู‘ู†ูŽ ุจูŽุฑูŽุงุกูŽุฉูŽ ุฐูู…ูŽู‘ุชูู‡ู

Maksudnya: โ€œApabila tanggungan puasa sangat banyak, dia wajib terus-menerus melakukan qadha (ganti). Jika dia tidak tahu berapa jumlah hari yang menjadi kewajipan puasanya, maka dia wajib mengulang-ulang qadha puasa sampai dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.โ€
(Kitab al-Mughni)

๐Ÿ”ถ KAEDAH KEDUA - TAQRIBI (ANGGARAN)

Kaedah Taqribi adalah kaedah menetapkan jumlah hari yang terlupa berdasarkan anggaran yang terdekat.

Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti yang merupakan salah seorang ulama usul fiqh di Universiti Islam Madinah menjelaskan bahawa kaedah penentuan secara taqribi ini adalah dengan bertanya kepada seseorang, sebagai contoh:

โ€œAdakah puan telah tinggalkan 50 hari?โ€
โ€œTerlalu sedikitโ€
โ€œ90 hari?โ€
โ€œTerlalu banyakโ€

Maka jumlah taqrib (anggaran) yang boleh diambil seseorang untuk menggantikan puasa yang tertinggal adalah sebanyak 75 HARI.

MELEWATKAN PUASA YANG DITINGGALKAN

Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูƒููˆู†ู ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ู…ูู†ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ููŽู…ูŽุง ุฃูŽุณู’ุชูŽุทููŠุนู ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู‚ู’ุถููŠูŽู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ูููŠ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽุŒ ุงู„ุดุบู„ู ู…ูู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ

Maksudnya: โ€œPernah aku mempunyai hutang puasa Ramadan, aku tidak mampu mengqadaโ€™nya (ganti) melainkan di bulan Syaโ€™ban. Kesibukan melayani Rasulullah telah menghalang aku daripada menggantinya.โ€
(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-โ€™Asqalaniy dalam kitab Fath al-Bari:

ูˆูŽูŠูุคู’ุฎูŽุฐ ู…ูู†ู’ ุญูุฑู’ุตู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ ูููŠ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู† ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽุฌููˆุฒ ุชูŽุฃู’ุฎููŠุฑ ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุก 4ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู† ุขุฎูŽุฑู

Maksudnya: โ€œDan diambil pelajaran daripada mengambil berat โ€˜Aisyah r.a. untuk mengqadaโ€™nya dalam bulan Syaโ€™ban, bahawa tidak boleh mentaโ€™khirkan (melewatkan) qadaโ€™ Ramadan sehingga masuk Ramadan yang lain.โ€

Jika seseorang tidak sempat menyelesaikan puasa ganti yang ada sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya sehingga masuk bulan Ramadan seterusnya, dia bukan sahaja WAJIB menggantikannya di hari lain bahkan WAJIB juga membayar FIDYAH.

Berdasarkan athar para sahabat iaitu Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a., mereka telah berkata:

ูููŠู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุตูŽูˆู’ู…ูŒ ููŽู„ู… ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽู‡ู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ุขุฎูŽุฑูุŒ ูŠูุทุนูู…ู ุนูŽู†ู ุงู„ุฃูˆู‘ูŽู„ู

Maksudnya: โ€œSesiapa yang ada puasa ganti, tetapi dia tidak menggantikannya lagi sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, hendaklah dia beri makan (fidyah) bagi yang awal (Ramadhan yang lepas).โ€

(Dr. Muhammad al-Zuhaili menyatakan bahawa athar-athar ini telah diriwayatkan oleh Imam Daruqutni dengan sanad yang sahih)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukum hakam fidyah, boleh terus ke link ini ๐Ÿ‘‡

1. BOLEHKAH MELUNASKAN FIDYAH DENGAN DUIT

https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/posts/2975951719353360

2. TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN KANDUNGAN, FIDYAH ATAU TIDAK?

https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/posts/2974300489518483

KESIMPULAN

๐Ÿ”ถ WAJIB bagi setiap muslim menggantikan puasa (qadaโ€™) yang pernah ditinggalkan pada Ramadan lepas, sekiranya tidak melakukan sedemikian, maka WAJIB baginya membayar FIDYAH.

๐Ÿ”ถ Ulamaโ€™ menggariskan DUA KAEDAH untuk menentukan jumlah bilangan puasa ganti bagi sesiapa yang terlupa.

PERTAMA - Kaedah Tahdidi (Keyakinan)
Menggantikan puasa dengan mengambil jumlah yang lebih banyak kerana ia lebih diyakini serta tiada unsur ragu-ragu dan was-was. Kaedah ini adalah MUKTAMAD di sisi JUMHUR ULAMAโ€™.

KEDUA - Kaedah Taqribi (Anggaran)
Menggantikan puasa mengikut kadar anggaran hari yang tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit.

RUJUKAN

1. Portal Pejabat M***i Wilayah Persekutuan Al-Kafi Li Al-Fatawi : Soalan 166 Qadha Puasa Atas Bilangan Yang Tidak Pasti

2. Maktabah al-Bakri, Soal Jawab Agama, Puasa #708 Lupa Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan

3. Portal Pejabat M***i Terengganu, Al- Bayan Al- Munir: Lupa Bilangan Hari Tinggal Puasa

03/09/2022

A S S A L A M U A L A I K U M ...

SELAMAT PAGI SABTU.. ๐Ÿค—

"Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka pintu rezeki, pintu segala kebaikan, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga buat kami"

* * * * * * * * * *

Jangan lupa setiap hari salawat Ke atas NABI..

~ Allahumma Solli Ala Sayyiddina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad ~

Aamin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

23/08/2022

Ikhlas oil merupakan salah satu alternative terbaik utk rawatan Resdung. Sekarang dah ramai yang ada kesedaran taknak makan ubat sebab takut kesan sampingan. Jadi ramai yg memilih untuk beralih kepada rawatan secara luaran yg mana beri kesan lebih pantas dan tiada kesan sampingan.

Apabila ikhlas Oil disapu ditempat yg bermasalah, ianya akan menyerap pantas ke dalam kulit.. ikhlas Oil bertindak mematikan kuman2 resdung pada lendir yg tersumbat didlm rongga sinus.. ada sesetengah pengguna akan dapat kesan seawal 3hari.. Dan jika digunakan setiap hari lama kelamaan masalah resdung akan hilang..

Antara tanda-tanda anda ada masalah resdung :

โœ”kerap bersin terutama bila waktu pagi,duduk dalam aircond atau minum minuman berais
โœ”hidung kerap tersumbat dan sukar tidur malam
โœ”kepala gatal gatal seperti ada kelemumur
โœ”jerawat naik banyak di belakang badan
โœ”hidung berair seperti selesema yang berpanjangan
โœ”kerap menggosok hidung dan mata tanpa sedar disebabkan gatal gatal
โœ”celah tepi hidung dan tepi mulut menjadi gelap
โœ”kerap sakit kepala dan rasa tegang belakang leher
โœ”nafas berbau

SILALAH AMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM JADI SEMAKIN TERUK.
.
Kenapa ramai memilih ikhlas oil untuk merawat resdung anda?

๐Ÿ’— sesuai digunakan oleh kanak kanak 2 tahun hingga dewasa
๐Ÿ’— harga berpatutan
๐Ÿ’— kesan SERTA MERTA
๐Ÿ’— lulus KKM NOT190304045K
๐Ÿ’— tiada kesan sampingan
๐Ÿ’— ribuan TESTIMONI BERJAYA
๐Ÿ’— formulasi bahan-bahan semulajadi

InsyaAllah kita ikhtiar , mudah mudahan dengan asbab ikhlas Oil dan dengan IzinNya dapat merawat masalah resdung anda.

Www.wasap.my/60168802494/IKHLAS+OIL

23/08/2022
23/08/2022
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lahad Datu