Lampu Garam Mewangi

Lampu Garam Mewangi

Share

Menyediakan Pelbagai Jenis LAMPU GARAM AURA REZEKI yang banyak manafaatnya pada tubuh badan manusia d

07/01/2021

KHASIAT LAMPU GARAM

Garam Himalaya menyimpan banyak efek terapeutik kepada tubuh dan antara lain kegunaannya adalah melalui LAMPU GARAM. Di antara efek terapeutik penggunaan lampu garam ini adalah:

1. KUALITI UDARA - Aplikasi sebagai lampu garam yang berwarna merah jambu atau merah jingga ini dapat meningkatkan kualiti udara serta membersihkannya.

Pengamal perubatan holistik memberi perhatian kepada lampu garam Himalaya kerana keupayaannya untuk membersihkan kualiti udara dalam sesebuah premis yang akan membantu mengurangkan alahan serta meningkatkan rasa tenang dan selesa.

Garam secara natural memiliki sifat hygroscopic iaitu kemampuan menyerap kelembaban dalam udara. Ini menjadikan permukaannya lembab atau berair. Lampu atau cahaya yang dinyalakan pada bongkah batu garam Himalaya akan menyebabkan air yang diserap olehnya itu mengeluap dengan cepat. Maka ini dapat membantu mengurangkan pembentukan kulat dan fungus dalam persekitan yang lembab dan malap.

2. NEUTRALKAN RADIASI - Selain meningkatkan kualiti udara, lampu garam mampu menghasilkan efek untuk meneutralkan kesan radiasi dari gajet elektronik seperti handphone, laptop, komputer, skrin tv dan sebagainya yang kita gunakan seharian.

3. TENANGKAN EMOSI & MINDA - Lampu garam menghasilkan efek cahaya lembut seolah sama seperti kita melihat cahaya lilin atau unggun api. Cahaya malap merah kekuningan ini mampu merehatkan minda dan mencipta suasana romantis dan tenang.

4. ION NEGATIF - Lampu garam juga dikatakan menghasilkan sejumlah kecil ion negatif ke udara. Ion negatif hanya ada pada persekitaran semulajadi yang asli seperti di pergunungan, hutan dan pantai. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ion-ion ini mampu meningkatkan penghasilan serotonin dan ia boleh mengurangkan stres.

5. MENJANA AURA - Setiap warna mempunyai fungsinya yang tertentu. Hal ini kerana warna semulajadi dari alam mempunyai gelombang tertentu yang berkaitan dengan chakra atau pusat tenaga yang terdapat dalam tubuh badan kita. Pendedahan kita terhadap sesuatu warna ini seterusnya akan menjana aura dan memberi impak tertentu pada tubuh kita.

OREN merupakan warna bagi CHAKRA KE 2 –CHAKRA EMOSI @ sacral - yang terletak separas dengan pusat (navel), berfrekuansi gelombang jingga yang membekalkan tenaga pada sistem usus besar dan kecil, alat seksual, pundi kencing, ginjal, bahagian peranakan dan kesuburan.

Sifat kreatif, keyakinan, berani mencuba, sifat ingin tahu, rasional, berkeinginan terletak pada keharmonian chakra ini.

Permasalahan pada sistem pembuangan, peranakan, seksual, juga sifat penakut, kurang yakin, minda lemah, gelojoh dalam tindakan, s**a memaksa adalah sebahagian dari ketidak harmonian tenaga pada chakra ini.

Warna OREN atau JINGGA yang dihasilkan oleh lampu garam mampu menstabilkan pusat tenaga ini. Sistem imun tubuh, sistem penghadaman, meningkatkan fungsi penyerapan nutrisi, memperlahankan kadar pengaliran darah, meningkatkan keyakinan diri dan semangat juang adalah antara kesan terapeutik dan psikologi dari terapi lampu garam ini.

Ia juga mampu meningkatkan kualiti medan aura di premis. Dalam kata lain, seolah sebuah ikhtiar pagar premis dari energi negatif atau kotor.

Faedah kesihatan umum yang dikatakan mampu dihasilkan melalui terapi lampu garam Himalaya termasuk:

>> Membantu meningkatkan pemulihan bagi masalah pernafasan dan mengurangkan alergi.

>> Membantu mengendurkan tekanan dan mencetus aura ketenangan.

>> Meningkatkan daya tumpuan dan fokus untuk bekerja lebih lama terutama kerja yang menggunkaan peralatan elektrik seperti komputer.

>> Mampu legakan sakit kepala dan migrain.

>> Mampu legakan simptom gejala sakit sendi dan arthritis.

>> Melegakan isu penyakit kulit.

>> Mampu menjadikan lebih mudah untuk tidur pada waktu malam.

Cubalah dengan minda dan hati yang terbuka. Usahlah segalanya hanya mahu berdalilkan fakta hingga kita mengabaikan pelbagai hikmah kebaikan. Ada banyak resepi alami untuk dimanfaatkan sebagai penawar natural. Jika ada kebaikan, teruskan dan jadikannya ikhtiar penawar alami di premis anda. Sebaliknya jika tiada atau tidak merasai apa-apa, mungkin ia bukan untuk kita atau belum masanya.

Usah juga terlalu menokok tambah cerita semata mahu melakukan barangan andai kita adalah pengusaha produk berasaskan remedi alami ini. Usah juga terlalu menekankan efek ghaib berkaitan jin dan gangguan.. kelak takut kita berlebihan dalam membicarakan sesuatu yang kita tak tahu atau pasti. Andai kita racuni minda dengan false claim yang direka dan ditokok tambah.. kelak takut kita tidak jujur dalam berniaga.

Ramai yang sudah mencuba dan mendapat khasiatnya. Mungkin untuk lebih faham dan merasainya.. kita mulakan dengan mencubanya sendiri dengan minda dan sikap yang terbuka sambil pasrahkannya sebagai ikhtiar mencari remedi natural bagi menjana AURA HARMONI di premis yang didiami.

Wallahulaam

Kredit to
Dr Mir Hazil Azran Ramli
MHAR
Pengasas & Mentor HIJRAH DIRI
Konsultan & Terapis BioEnergi
I Quest Training & Consultancy
Shah Alam

Www.wasap.my/60195874455 /SayaNakLampuGaram

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lahad Datu