Madu Tualang Asli Lahad Datu
Kami membekal dan menjual madu tualang asli dengan harga yang berpatutan.
16/08/2023
Antara khasiat madu tualang asli 😊
wasap.my/601125272514
05/07/2023
Baru ni kedengaran lagi berita kematian ayah kepada sahabat akibat masalah jantung.
Tuan puan, Selepas makan sup Tulang, biasakan bancuh Madu Tualang dengan perahan lemon/limau nipis~
InshaAllah terhindar dari pelbagai penyakit seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, Stroke, dan masalah jantung itu.
Kajian telah dijalankan oleh Khalil MI dan kawan-kawan pada tahun 2015 di makmal Bahagian Farmakologi Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia, mendapati bahawa kump**an Tikus eksperimen yang diberikan tekanan dengan pelbagai masalah jantung, telah dirawat dengan Madu Tualang sebanyak 3g/kg/hari selama 45 hari, dan diberi suntikan bawah kulit sebanyak 85 mg/ kg selama 2 hari berturut-turut.
Hasilnya, Madu Tualang mampu memulihkan semula keadaan jantung yang bermasalah serta memberikan kesan perlindungan yang ketara pada semua parameter biokimia berkaitan jantung yang dikaji.
Kajian ini menunjukkan bahawa madu Tualang memberikan kesan kardioprotektif (perlindungan jantung) serta memperlancar peredaran darah.
Benarlah firman Allah ﷻ dalam al-Quran bahawa,
يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ أَلوانُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ
"(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." - Nahl Ayat 69.
wasap.my/601125272514
22/06/2023
Ketahuilah Tuan Puan, jika kita amalkan minum Madu lebah Tualang, InshaAllah kita akan terhindar dari penyakit Stroke yang menakutkan ini.
Kandungan phenolic dan flavonoids dalam madu tualang adalah yang tertinggi berbanding madu-madu lain di Malaysia. Phenolic dan flavonoids adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.
Madu Tualang juga dapat menurunkan paras kolesterol dan lemak.
Secara umum, kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik).
Madu Tualang dapat menurunkan paras LDL dan juga trigliserida iaitu lemak ringkas yang merupakan salah satu faktor yang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Madu Tualang juga berfungsi dalam penjagaan kesihatan jantung kerana ia dapat mengawal tekanan darah. Kandungan mineral seperti kalium yang tinggi dapat mempunyai fungsi dalam pengawalan tekanan darah dengan melancarkan perjalanan darah, membantu relaksasi otot dan merendahkan kesan sodium. Memandangkan kandungan sodium dalam madu Tualang amat rendah, maka kesan menurunkan tekanan darah tinggi lebih ketara.
Madu adalah sumber makanan yang terbukti dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Ia juga merupakan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ untuk penjagaan kesihatan.
Semoga kita dapat sebar dan amalkan.
Rujukan:
1. Ahmed, S., & Othman, N.H. (2013) Review of the medicinal effects of Tualang Honey and a comparison with Manuka Honey. Journal of Medical Science, 20, 6–13.
2. Devasvaran, K., & Yong, Y. K. (2016) Anti-inflammatory and wound healing properties of Malaysia Tualang honey. Curr. Sci, 110, 47–51
3. Hamad, M. Z., Alfarisi, H. (2017) Tualang Honey: Composition, physiochemical properties and clinical importance. International Research Journal of Pharmacy, 8(9), 1-5
4. Mohd Kamal, D. A., Ibrahim, S. F., Kamal, H. Mohd Kashim, M. I. A., & Mokhtar, M. H. (2021). Physicochemical and medicinal properties of Tualang, Gelam and Kelulut Honeys: A comprehensive review. Nutrients, 13(1), 197
5. Nusaibah W, Root of Science, 2021
wasap.my/601125272514
Kalau tengok di TikTok kesian saya lihat beribu pengguna tertipu dengan madu tualang palsu konon dari Bentong Pahang. Mana mungkin sebotol besar macam tu dijual 40 hengget. Kalau pemanjat pokok Tualang tengok TikTok, confirm mereka semua menangis. Ibaratnya ayam sekilo dijual 3 hengget sahaja. Demi Allah, mustahil harga pasaran Tualang original segitu harganya. Mereka sedap lah jual. Janji marketing power. Masyuk. Kami pemanjat ni bertaruh nyawa untuk bekalkan madu yang betul-betul original kepada masyarakat.
Bagi saya mudah saja nak tau mereka ni pembohong atau jujur. Minta laporan analisa makmal, minta jaminan wang kembali, dan minta video tuai di hutan. Confirm yilek!.
Tak apa lah. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Allah bersama orang-orang yang sabar . Bukan pertama kali kita berhadapan dengan pemalsu madu skala besar ni. Kita tak perlu buat apa-apa. Cuma teruskan gerakan mendidik masyarakat ilmu madu yang betul dari akar umbi. Bila akar sudah kuat, maka masyarakat sendiri akan menolak dan jijik meminum madu palsu tersebut.
wasap.my/601125272514
20/05/2023
Khasiat Madu dan Mengapa Ada Surah an-Nahl dalam Al-Quran?
Khasiat madu sangat bagus untuk kesihatan.
Suatu ketika, seorang sahabat datang menemui Rasulullah ﷺ dan bercerita kalau perut saudaranya sakit. Mendengar cerita itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sahabat tersebut pergi dan kembali lagi sambil berkata, ''Madu hanya membuat perutnya lega dua atau tiga kali.''
Setiap kali menerima pengaduan sahabat itu, Rasulullah ﷺ berkata, ''Minumkanlah padanya madu.'' Sampai akhirnya pada kali ketiga Rasulullah ﷺ bersabda, ''Allah pasti benar, yang berdusta adalah perut saudaramu. Pergilah dan minumkanlah padanya madu.'' Kemudian sahabat itu pergi dan meminumkan madu kepada saudaranya dan sembuhlan penyakit perutnya.''
(HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah ﷺ begitu yakin madu akan mengatasi pelbagai penyakit. Keyakinan Rasulullah ﷺ bahawa madu mengandung penawar bagi manusia kerana telah difirmankan Allah ﷻ dalam Alquran, sampai-sampai Allah ﷻ membuat satu surat dalam kitab suci Alquran yang mengambil nama an-Nahl (lebah) yang kemudian menghasilkan madu.
Tujuannya agar manusia dapat mengetahui nikmat, hikmah, dan tanda-tanda kekuasaan Allah di balik penciptaan lebah, agar manusia juga mengetahui betapa lebah yang kecil dapat memproduksi madu yang dalamnya terkandung ubat untuk pelbagai macam penyakit.
Prof dr Sa'id Hamad, dalam bukunya bertajuk “Terapi Madu” tak hanya bercerita dalil dari Al-Quran dan hadith Rasulullah ﷺ mengenai kehebatan yang dimiliki madu sebagai penawar.
Malah ilmu pengetahuan moden menetapkan salah satu manfaat madu adalah kerana dia mengandung enzim pencernaan yang dapat mengubah anomia menjadi tenaga yang dapat merangsang dan memperkuat perut.
Madu juga dinyatakan sebagai bahan yang dapat memperkuat jantung, kerana glukosa semulajadi madu jelas bermanfaat bagi kesihatan otot jantung. Madu dapat menggantikan nutrien tubuh yang hilang disebabkan kerja jantung yang tidak pernah berhenti dan madu dapat menjadikannya lebih kuat dan awet. Madu juga dianggap sebagai antibiotik semulajadi yang mampu membunuh bakteria dan kuman.
Jika Rasulullah ﷺ amat yakin dengan kemampuan yang dimiliki madu sebagai ubat, bagaimana dengan kita sebagai umatnya?
Tentu harus tumbuh p**a keyakinan yang sama, kerana tak mungkin Allah sampai menciptakan sebuah Surah an-Nahl (lebah) dalam Alquran jika ternyata madu yang merupakan produksi dari lebah tak memiliki manfaat apa-apa.
Maka, siapa saja yang hidupnya ingin sihat, biasakanlah mengamalkan Madu lebah seperti sabda Rasulullah ﷺ, ''Barangsiapa yang minum madu tiga tegukan dalam setiap bulan, dia tidak akan terkena bala' yang besar.'' (Hadits Ibnu Majah).
Namun dengan maraknya madu palsu dipasaran, kita haruslah berhati-hati mendapatkan Madu yang benar-benar asli. Salah satu ikhtiar adalah
(1) membelinya dari Team Pemburu Madu Tualang,
(2) ada tempat penapisan sarang Madu,
(3) ada laporan ujian makmal, dan
(4) ada jaminan wang kembali sekiranya palsu. InshaAllah, terselamat.
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds
wasap.my/601125272514
Lagi berita kematian akibat Strok Haba~ 🤯💥
Saya tak pasti di Pantai Timur bagaimana, tapi saya yang duduk di Kuala Lumpur ni hampir tiap hari hujan.
Strok Haba menyebabkan otak kita jadi kering dan rosak kerana gangguan aliran darah.
Kalau penyakit strok disebabkan faktor risiko seperti tekanan darah tinggi serta penyakit jantung manakala strok haba berpunca dari suhu panas terik!
Serangan strok haba ini terjadi bila tubuh gagal mempertahankan kestabilan suhunya akibat termoregulasi, iaitu kemampuan otak menyeimbangkan antara produksi panas dalam menjaga keseimbangan suhu tubuh.
Tanda-tanda strok haba,
1. kepenatan,
2. fokus, tumpuan terganggu, dan
3. kesedaran yang mulai hilang.
4. Gejala strok haba hampir sama dengan stroke seperti kejang-kejang.
5. Strok haba menyerang seluruh bagian otak dan kesannya ke seluruh tubuh.
Stok haba dapat dicegah dengan meminum banyak air saat suhu udara sedang panas. Dalam sehari, orang dewasa harus cukupkan dua liter air.
Sebaiknya lagi kalau cuaca panas, saya amalkan air sejuk campur Madu Lebah Tualang yang terjamin ketulenannya, Habbatussauda atau buah-buahan yang kaya antioksidan.
Antioksidan seperti alkaloid, terpenoid, dan flavanoid dari Madu dapat membantu menurunkan suhu tubuh, menekan produksi radikal bebas serta menghambat peroksidasi pada sel tubuh.
Hebatnya Allah ﷻ, ketika musim panas, lebah lebih agresif menghasilkan Madu lebah buat penawar bagi seluruh umat manusia.
Kredit: Ahmad Aizat
wasap.my/601125272514
21/02/2023
Alhamdulillah..lebah apis dorsata bersarang di kawasan felda sahabat. Semoga menjadi manfaat kepada warga felda. InshaAllah ☺️
wasap.my/60146592201
Bancuh 2 sudu besar Madu Tualang setiap pagi, InshaAllah dijauhi dari penyakit-penyakit berat. Bagi orang lelaki, sperma jadi semakin banyak, mani semakin pekat. Bagi wanita p**a, boleh menstabilkan hormon kewanitaan, meremajakan sel, dan kekal awet muda seperti anak dara. Dijauhi dari penyakit Alzheimer atau nyanyuk.
Inilah Madu Tualang Quad dijamin asli. Ada pensijilan MESTI dari KKM. Ada tempat penapisan sarang lebah sendiri . Lulus ujian ketulenan di makmal. Terbukti 100% Tulen. Paling penting, kita sendiri yang tuai di pokok. Jaminan wang kembali 5x ganda jika terbukti tidak asli.
wasap.my/60146592201
Ada orang minum madu, tapi dia tak merasakan apa-apa perubahan dalam dirinya.
Kenapa?🤔
Sehingga dia pun tak lagi mau amalkan sunnah minum Madu lebah tulen~
Padahal Firaun terkenal sebagai orang yang tidak pernah sakit. Antara amalan Firaun adalah Madu lebah. Direkodkan oleh sejarawan Mesir bahawa pada Zaman tersebut rakyat boleh membayar cukai dengan Madu lebah. Menunjukkan betapa pentingnya stok madu Negara untuk tujuan perubatan dan keselamatan makanan.
Setelah kedatangan Islam, Allah menekankan secara jelas dan terperinci dalam Al-Quran, mengesahkan lagi bahawa di dalam Madu mengandung ubat bagi manusia. فيه شفاء للناس
Ada 3 faktor minum Madu tak jadi apa-apa
1. Salah pilih kualiti Madu
Madu atau herba yang terbaik adalah yang diperoleh di kawasan iklim tempat kita dilahirkan. Hal ini ada disebutkan dalam kitab pengubatan Nabi. Allah menurunkan penyakit dan Allah menurunkan bersama penawarnya.
Dalam banyak kertas kajian mendapati Madu Tualang memiliki antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu Manuka dan madu tempatan lainnya.
2. Salah cara menentukan ketulenan Madu
Permintaan Madu asli dipasaran dunia adalah lebih tinggi berbanding penawaran. Hal ini menyebabkan pemain Madu palsu masuk mengisi kekosongan dipasaraya dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah.
Ciri madu palsu amat sukar dibezakan oleh masyarakat awam. Kami menyarankan supaya membeli madu Tualang ke Team Pemburu Madu, jelas video tuainya, jelas tempat penapisan sarang Madu Tualang nya, ada sarang tualangnya, dan juga lengkap dengan ujian makmal.
3. Salah cara minum Madu
Madu diakui seluruh dunia sebagai minuman yang bermanfaat ubat bagi tubuh manusia. Sudah tentu memerlukan dos untuk memberikan kesan kesembuhan (therapeutic effect).
Berikut saya kongsi cara mengira dos rawatan madu Tualang.
Rumusnya,
1 gram Madu / 1 kg berat badan
3 kali minum
Contoh berat badan saya 80 kg
Jika berat madu dalam 1 sudu makan adalah 15 gr
Maka, 80 / 15 gr sudu makan
Bundarkan kepada 6 sudu makan per hari.
Jadi sukatan rawatan terbaik bagi saya adalah 2 sudu besar 3 kali sehari. Setiap 8 jam. Sebelum makan. Dibantu air. (Jika ada gastritis, perut tak tahan, boleh amalkan selepas makan).
wasap.my/60146592201
Perbezaan warna Madu Tualang bukti hikmah dan kebenaran dari ayat suci Al-Quran yang melangkaui zaman.
wasap.my/60146592201
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Felda Sahabat 16
Lahad Datu
91150
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
