Pusat Rawatan Dan Kecantikan Aziera

Pusat Rawatan Dan Kecantikan Aziera

Share

menyediakan pelbagai jenis servis untuk kesihatan Dan kecantikan

11/05/2026

Hai semua....

Anda sedang tercari² tempat rehat, rawat Dan manjakan diri anda??? Tapi x tahu kat mane???

Jom ke Aziera Treatment And Beauty Center machang....


Pelbagai servis disediakan khas untuk anda seperti :

💓urutan aroma terapi (wanita Sahaja)
💓Urutan untuk pesakit saraf
💗Urutan sengkak peranakan
💗Urutan Sciatica
💓Urutan stroke
💓bekam angin
💓bekam darah
💓rawatan akupuntur untuk kesihatan dan kecantikan
💓pelbagai jenis facial
💓sauna
💗Check kulit muka
💓rendaman kaki
💓refleksologi kaki
💓body scrub/ mandi lulur
💓rawatan Bell palsy
💗Bertangas

Sebarang pertanyaan @ booking slot boleh call / wasp sis Di www.wasap.my/60127534281/AzieraTreatmentandBeautyCenter

15/02/2026

Info kesihatan...

Sciatica (skiatika) adalah kesakitan saraf yang menjalar Dari bahagian bawah belakang (pinggang) melalui punggung dan turun ke paha serta kaki, disebabkan oleh mampatan atau keradangan pada saraf sciatic. Ia biasanya berpunca daripada slip disc, spinal stenosis, atau otot punggung yang menekan saraf tersebut.

Simptom dan Maklumat Lanjut:

Gejala: Sakit mencucuk, panas, atau kebas yang menjalar di satu belah kaki, dan boleh menjadi lebih teruk apabila duduk, batuk, atau bersin.

Punca: Sering disebabkan oleh cakera hernia (slip disc), stenosis spina lumbar (penyempitan tulang belakang), atau sindrom piriformis.

Rawatan: Kebiasaannya bertambah baik dalam 4 hingga 6 minggu dengan fisioterapi, senaman khusus, dan pengurusan kesakitan.
Perbezaan: Ia bukan sekadar sakit belakang biasa, tetapi gangguan pada saraf terbesar dalam tubuh manusia.

Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang seperti kelemahan otot yang kekal.
Skiatika | Hospital Gleneagles
Saraf siatik ialah saraf terpanjang pada tubuh yang bermula dari bahagian pinggang sehingga ke belakang setiap kaki. Saraf ini mengawal otot kaki bawah dan memb...

Anda mengalami gejala² di atas...@ mempunyai penyakit saraf???

Nak buat rawatan urutan saraf tapi x tahu Kat mane???

Jom ke Aziera treatment and beauty Center

Sebarang pertanyaan @ booking slot boleh DM Sis Di www.wasap.my/60127534281/Azieratreatmentandbeautycenter

17/12/2025

Sape² yg s**a makan kapsul omega ...cer tgk ni....Selamat pagi...

Aziera treatmentandbeautycenter 14/12/2025

Assalamualaikum..hai semua ..selamat pagi....

Anda sedang tercari² tempat rehat, rawat Dan manjakan diri anda??? Tapi x tahu kat mane???

Jom ke Aziera treatment and beauty Center


Pelbagai servis disediakan khas untuk anda seperti :

💓urutan aroma terapi (wanita Sahaja)
💓urut dan tungku bersalin ( servis ke rumah)
💓Urutan untuk pesakit saraf
💓Urutan stroke
💓bekam angin
💓bekam darah
💓rawatan akupuntur untuk kesihatan dan kecantikan
💓pelbagai jenis facial
💓sauna
💓check kulit muka
💓check tekanan darah
💓check gula dlm darah
💓pelbagai jenis mandian untk pengantin
💓body treatment
💓rendaman kaki
💓refleksologi kaki
💓body scrub/ mandi lulur
💓rawatan Bell palsy
💗Bertangas

Sebarang pertanyaan @ booking slot boleh call / wasp sis Di www.wasap.my/60127534281/Azieratreatmentandbeautycenter

@@@...malam dibuka sekiranya ada permintaan

Aziera treatmentandbeautycenter Business Account

06/12/2025

Assalamualaikum Dan selamat sejahtera...tarikh sunat berbekam pada bulan
JAMADIL AKHIR 1447 H adalah seperti berikut :

✅ 8/12/2025M bersamaan 17 JAMADIL AKHIR 1447H (ISNIN )

✅ 10/12/2025 M bersamaan 19 JAMADIL AKHIR 1447H (RABU)

✅ 12/12/2025 M bersamaan 21 JAMADIL AKHIR 1447H ( SABTU)

Sape² nak berbekam boleh dm sis di www.wasap.my/60127534281/Azieratreatmentandbeautycenter

🏠Lokasi kedai SIS di LOT 916 TAMAN SRI ELLA 18500 Machang Kelantan..

!!!

03/11/2025

27/07/2025

INFO KESIHATAN....

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia, Tapi Ramai Tak Tahu Kenapa

Ramai orang pandang ringan peranan otot betis, sedangkan dalam dunia perubatan, ia digelar sebagai jantung kedua manusia. Bila kita berjalan, menaiki tangga atau sekadar meregang kaki, otot betis akan mengecut dan menolak darah daripada kaki untuk kembali ke jantung. Tanpa kerja senyap dari otot ini, peredaran darah boleh terganggu dan mula bawa masalah kesihatan yang besar.

Darah dari kaki melawan graviti untuk naik semula ke jantung. Tapi otot betis bantu tolak darah itu dengan setiap pergerakan kecil. Sebab itu kalau duduk terlalu lama, atau berdiri berjam-jam tanpa bergerak, risiko darah beku, bengkak kaki dan urat simpul akan meningkat. Apa yang nampak remeh pada luar sebenarnya sedang selamatkan nyawa dalam diam.

Kajian dari Persatuan Angiologi dan Pembedahan Vaskular Brazil membuktikan betapa pentingnya peranan otot ini dalam mencegah masalah saluran darah. Dengan hanya memastikan kaki bergerak secara berkala, kita dah bantu sistem tubuh kekal lancar dan elak komplikasi serius. Satu langkah kecil tapi kesannya besar pada kesihatan.

Ramai orang kejar gaya hidup aktif untuk jantung di dada, tapi lupa tentang jantung kedua di kaki. Bila otot betis terabai, tekanan dalam salur darah boleh meningkat, menyebabkan bendalir berkumpul di kaki dan muncullah gejala-gejala yang menyakitkan. Jadi kalau kerja banyak duduk atau berdiri, pastikan ambil masa untuk bergerak, walau seminit dua pun dah cukup.

Tak perlu tunggu sakit baru nak peduli. Kadang-kadang, punca kepada rasa berat kaki, cepat lenguh atau kejang waktu malam datang daripada peredaran darah yang perlahan sebab betis jarang digunakan. Bila kita mula gerakkan kaki dengan lebih konsisten, bukan saja rasa ringan malah tenaga dalam badan pun makin stabil.

Mungkin kita tak nampak otot ini bekerja, tapi kehadirannya sangat penting. Otot betis adalah enjin kecil yang tak berbunyi, tapi tanpa dia, sistem darah boleh lumpuh. Seperti jantung utama, otot ini juga perlukan rangsangan dan senaman agar kekal berfungsi pada tahap optimum setiap hari.

Jadi kalau rasa letih, cuba berdiri dan gerakkan kaki perlahan-lahan. Mungkin tubuh anda sedang minta bantuan dari jantung kedua yang anda selalu abaikan. Jangan tunggu sampai kaki bengkak atau varises timbul baru nak bertindak. Perubahan awal jauh lebih mudah daripada merawat sesuatu yang sudah parah.

Waktu anda berjalan dari bilik ke bilik, atau menaiki tangga untuk ke pejabat, anggap itu sebagai hadiah untuk kesihatan jangka panjang. Dalam dunia yang makin banyak menuntut kerja duduk berjam-jam, otot betis semakin perlukan perhatian kita.

Kesimpulannya, walau otot ini tak terlihat hebat dari luar, dalam diam ia menjaga aliran hidup anda setiap saat. Ia jantung kedua yang tak pernah minta pujian, cuma harap anda terus bergerak. Jadi, hormati otot betis seperti mana anda jaga jantung. Kedua-duanya bekerja seiring demi satu misi: memastikan anda terus hidup sihat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Machang
18500

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 15:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00