Qaseh Physiotherapy
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qaseh Physiotherapy, Massage Therapist, Taman tuah perdana, Malacca City.
Qaseh Physio | Fisioterapi di Rumah Anda
Sentuhan kasih untuk kesembuhan anda
Rawatan di rumah untuk strok, sakit sendi, warga emas & lain-lain
Cawangan: Melaka & Kuantan
Tempah sekarang: 011-28653862 (whatsapp only)
“Mak makin susah jalan lepas jatuh haritu…”
Ramai anak risau bila tengok mak ayah makin kurang bergerak, sakit lutut atau susah bangun dari katil.
Tapi nak bawa ke klinik? Tak semua mudah… Tambah p**a kalau mereka takut tempat ramai orang, atau susah nak turun naik kereta.
Kami bantu dengan fisioterapi ke rumah – rawatan terus dari fisioterapis bertauliah yang datang ke rumah mak ayah.
✅ Rawatan ikut masalah (sakit lutut, strok, pinggang, lepas jatuh)
✅ Tak perlu keluar rumah – kami datang ikut masa anda
✅ Lebih selamat & selesa – mak ayah rasa dihargai
📞 Nak tanya dulu pun boleh – kami sedia bantu. Klik saja: https://wa.link/clkbrx
“Saya ingat cuma sengal biasa… sampai leher sakit sangat tak boleh nak tidur.”
Itulah yang diberitahu oleh seorang pesakit saya bulan lepas.
Beliau seorang pengurus projek, bekerja dari rumah, lebih 10 jam sehari di depan laptop.
Tiada kecederaan besar, cuma tekanan kecil yang terkumpul selama bertahun-tahun.
Sebagai ahli fisioterapi, saya lihat kes macam ini hampir setiap minggu.
❌ Tiada jatuh
❌ Tiada kemalangan
✅ Cuma postur yang tidak betul, duduk terlalu lama dan kurang bergerak
Simptom biasa?
🔹 Ketegangan leher & bahu
🔹 Sakit pinggang
🔹 Sakit pergelangan tangan & lengan
Ini bukan sekadar ketidakselesaan kecil.
Ia boleh ganggu tidur, fokus, emosi bahkan kehidupan harian di luar waktu kerja.
Berita baiknya? Ia boleh dirawat malah boleh dicegah:
✅ Rehat dari kerja setiap 30–45 minit
✅ Senaman mudah di meja kerja
✅ Kesedaran postur (teknologi buat kita tunduk tanpa sedar!)
✅ Senaman kekuatan — gluteus, core, dan belakang
Sakit bukan sesuatu yang normal cuma perkara biasa yang ramai anggap remeh.
Jika anda kerja pejabat atau dari rumah, tubuh anda juga perlukan perhatian.
Jangan tunggu sampai terlambat. Kalau nak tahu lebih lanjut, tinggalkan komen atau whatsapp saya ya. Saya sedia kongsi tips yang mudah dan berkesan.
22/04/2025
“Sakit sendi, susah bergerak, tapi malas keluar rumah? Kami datang bantu anda!”
QASEH PHYSIOTHERAPY kini lebih dekat dengan anda!
Cawangan baru kami telah dibuka di KUANTAN!
Kami menyediakan servis Home Fisioterapi terus ke rumah anda — khas untuk:
Warga emas, pesakit strok, slip disc, sakit lutut, lemah otot & banyak lagi.
Kenapa pilih Qaseh Physio?
• Fisioterapis bertauliah & berpengalaman
• Rawatan secara peribadi & selesa di rumah
• Jimat masa, tenaga & kos perjalanan
• Slot rawatan ikut keselesaan anda
Whatsapp kami sekarang untuk tempahan: [011-2865 3862]
Qaseh Physio – Rawatan Dengan Sentuhan Kasih
SHOCKWAVE THERAPY 🔫
Terapi gelombang kejut atau shockwave therapy adalah pengobatan cedera otot dan tendon menggunakan perangkat ultrasound yang memancarkan gelombang kejut.
Ia juga kerap digunakan sebagai salah satu terapi pemulihan cedera olahraga. Terapi ini juga bisa digunakan untuk mengurangi rasa sakit dengan cara merangsang saraf di sekitar lokasi cedera.
Manfaat shockwave therapy:
• Melancarkan aliran darah di sekitar bagian tubuh yang cedera
• Merangsang sel untuk mengganti sel tulang yang lama dengan sel tulang yang baru
• Meredakan sakit pada bahagian sekitar saraf atau otot
Hubungi 011-2865 3862 untuk sebarang pertanyaan atau temujanji fisioterapi ke rumah anda 🚙
01/04/2024
Jom book appointment untuk rawatan fisioterapi ke rumah anda 🚑🏡
Hubungi 011-2865 3862 untuk sebarang pertanyaan atau temujanji 😊
28/03/2024
Slot untuk rawatan fisioterapi sempena hari raya masih available ya ! Tinggal beberapa slot sahaja lagi.
Untuk sesiapa yang mengalami sakit belakang, sendi sendi, masalah otot dan lain lain, boleh terus cepat cepat call/whatsapp 011-2865 3862 untuk booking slot ! 😉
Rawatan terus ke rumah anda ! 🏠
31/01/2024
Bekam angin antara rawatan terbaru untuk pesakit kami !
Antara manfaat bekam kering atau bekam angin ialah:
✅ mengeluarkan angin dalam badan
✅ dapat mengurangkan lenguh lenguh badan
✅ mengeluarkan haba dalam badan
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji, hubungi kami di talian 011-2865 3862 (Cik Ezzati)
17/10/2023
Ankle sprained atau buku lali terseliuh.
Haa pernah dengar tak atau kenal siapa siapa yang mengalami ankle sprained ni?
Meh nak cerita sikit berkenaan ankle sprained atau buku lali terseliuh.
Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera.
Tanda-tanda dan Gejala:
✅ Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki terpintal, selalu berlaku semasa bersukan.
✅ Pesakit akan mengadu sakit di bahagian luar pergelangan kaki mereka serta tahap bengkak dan pendarahan di bawah kulit (lebam) yang berbeza.
✅ Samada seseorang dapat pijak dengan kaki yang tercedera akan bergantung kepada keterukkan kecederaan yang di alami.
Bagaimana fisioterapi boleh membantu?
👉🏻Fasa I – rehat, mengurangkan bengkak dan melindung buku lali anda yang tercedera.
👉🏻Fasa II – memulihkan fleksibiliti, julat pergerakan sendi dan kekuatan otot kaki.
👉🏻Fasa III – beransur kembali ke aktiviti asal dan bersenam selalu.
Ingin mendapatkan konsultasi pakar fisioterapi kami secara PERCUMA?
Call/whatsapp 011-28653862 (Ezzati)
📞www.wasap.my/601128653862
Sakit belakang mengganggu aktiviti seharian anda?
Jom dapatkan konsultasi dari pakar fisioterapi kami.
Whatsapp/call 01128653862 untuk sebarang pertanyaan.
09/10/2023
Mr Gundo ialah seorang pemain golf.
Terseliuh di bahagian pergelangan tangan kerana hentakan yang kuat di permukaan yang keras.
Mr Gundo mendapatkan rawatan fisioterapi untuk menyediakan diri bagi perlawanan seterusnya.
Setelah beberapa sesi, Mr Gundo boleh kembali menjalani sesi latihan sepenuhnya ! 🥳
28/09/2023
Anda risau sakit di bahagian bahu menyebabkan terganggunya aktiviti harian? Jom kita selami punca dan cara mengatasi sakit bahu.
Antara punca atau sebab sebab sakit bahu berlaku:
✅ Mengangkat barang melebihi kemampuan daya tahan otot
✅ Tekanan akibat gerakan berulang (misalnya melempar atau memukul bola)
✅ Tidak melakukan pemanasan badan dengan mencukupi ketika bersukan
✅ Kurangnya fleksibilitas otot
✅ Meregangkan otot berlebihan
Cara mengatasi:
✅ Teknik R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation) - 48 jam pertama
✅ Fisioterapi di mana fisioterapi membantu mengurangkan rasa sakit, meningkatkan julat pergerakan, menguatkan otot otot yang lemah dan memberi latihan untuk memaksimakan aktiviti harian.
Anda memerlukan rawatan fisioterapi?
Boleh terus hubungi 011-2865 3862 ( Cik Ezzati) untuk sebarang pertanyaan atau temu janji 🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Taman Tuah Perdana
Malacca City
75450
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 19:00 |
| Tuesday | 10:00 - 19:00 |
| Wednesday | 10:00 - 19:00 |
| Thursday | 10:00 - 19:00 |
| Friday | 10:00 - 19:00 |
| Saturday | 10:00 - 19:00 |
