Pelukan Hati Si Kecil

Pelukan Hati Si Kecil

Share

Impian Setiap Wanita Yang Bergelar Isteri Whatsapp "OPK / UPT MURAH" ke 017 309 3062

29/05/2026

"Jonker Walk ni hari2 ramai orang singgah.
Kedai kita ada di sebelah gerbang pintu masuk.
Senang jumpa .. Kalau teringin nak makan durian atau cendol , mari singgah..
Dking Jonker Melaka
"

29/05/2026

Saya baru baca luahan seorang isteri…
Tentang macam mana rasanya bila duduk serumah dengan mertua. Dia cakap, “Aku tak kurang apa pun. Makan cukup, tidur selesa, mertua pun baik.”
Tapi tiap malam sebelum tidur, ada satu perasaan yang selalu muncul. Perasaan macam… dia cuma tetamu yang tak balik-balik lagi.
Suami dia tak tahu.
Sebab dia tak pernah cerita.
Yang tulis benda tu bukan orang asing.
Itu cerita isteri kawan aku sendiri.
Diorang duduk rumah mertua dari awal kahwin. Dah dua tahun.
Mertua baik.
Rumah besar.
Suami pun jenis ambik berat.
Atas kertas, semua nampak okay.
Tapi kawan aku cakap,
setiap kali bini dia balik rumah mak ayah dia sendiri… muka dia lain macam.
Lebih lega. Lebih hidup.
Masalahnya bukan sebab mtua jahat.
Bukan sebab rumah tu tak selesa.
Bukan jugak sebab suami tak sayang.
Tapi sebab si isteri tu… tiap hari bangun dekat rumah yang bukan rumah dia.
Dekat dapur yang bukan cara dia.
Dekat ruang tamu yang dia segan nak ubah apa-apa.
Dekat rumah yang semua rutin dan kebiasaan dah terbentuk lama sebelum dia datang.
Dan dia menyesuaikan diri.
Hari-hari.
Tanpa pernah cakap penat.
Bayangkan macam ni je la ye..
Isteri nak masak,
tapi semua barang dapur susun lain daripada yang dia biasa.
Nak kemas ruang tamu,
tapi segan nak ubah susunan barang.
Nak baring santai dekat sofa pun rasa kena jaga perangai.
Nak menangis…
tapi bilik sebelah bilik mertua.
Tak ada siapa larang.
Tapi tak ada jugak rasa betul-betul bebas.
Dulu sebelum kahwin, rumah mak ayah dia tempat dia “balik”.
Tempat dia boleh masak ikut s**a.
Tidur terbongkang dekat sofa.
Menangis tanpa kena soal.
Diam pun orang tak fikir bukan-bukan.
Sekarang tempat tu dah bukan milik dia sepenuhnya.
Dan rumah baru ni… belum terasa macam rumah dia jugak.
Dia tengah hidup antara dua tempat.
Tapi tak ada satu pun yang betul-betul rasa macam “rumah”.
Aku tanya dekat kawan aku tu.
“Bini kau pernah cakap dia tak selesa?”
Dia jawab,
“Takde pun. Dia okay je.”
Aku tanya lagi,
“Kau pernah tanya dia betul-betul?”
Dia diam kejap.
Lepas tu jawab,
“Tak jugak… sebab nampak dia okay.”
Aku cakap,
“Atau dia dah belajar macam mana nak nampak okay?”
Terus dia senyap lama.
Bukan maksudnya kena terus beli rumah atau pindah esok pagi.
Tapi mungkin benda yang boleh kau mula sekarang..
Tanya terus.
Bukan “kenapa awak diam?”
Tapi “awak selesa tak duduk sini? Cakap betul-betul.”
Bagi dia satu sudut dalam rumah tu yang memang milik dia.
Dia bebas susun, hias, buat ikut cara dia tanpa kena minta izin sesiapa.
Kalau ada keputusan pasal rumah, libatkan dia.
Jangan setakat bagitahu lepas semua orang dah decide.
Sekali-sekala, cakap dekat dia,
“Aku tahu benda ni bukan mudah untuk awak.”
Ayat macam tu nampak kecil.
Tapi besar kesannya.
Sebab isteri yang tak pernah merungut…
tak semestinya isteri yang bahagia.
Kadang dia diam bukan sebab tak rasa apa-apa.
Tapi sebab dia dah terlalu penat nak terangkan perasaan yang dia sendiri susah nak luah dengan kata-kata.
Dan suami yang tunggu isteri mengadu dulu baru nak bertindak…
kadang-kadang sebenarnya dah tunggu terlalu lama.
Pasal benda ni memang selalu ada dua pihak.
Ada yang cakap,
“Duduk rumah mertua ni untunglah. Ramai pasangan baru kahwin nak tapi tak mampu.”
Betul.
Tapi ada jugak yang cakap,
“Selesa macam mana pun rumah orang… tetap lain rasa dengan rumah sendiri.”
Pun betul jugak.
Sebab selesa dari segi duit dan selesa dari segi hati… dua benda yang berbeza.
Dan yang kedua tu tak boleh diganti dengan rumah besar atau layanan baik semata-mata.
Yang kurang bukan kemudahan.
Yang kurang bukan kebaikan mertua.
Yang kurang… rasa dia ada tempat dalam dunia ni yang betul-betul milik dia.
Tempat yang dia tak perlu jadi menantu sempurna setiap masa.
Tak perlu sentiasa jaga percakapan.
Tak perlu nampak kemas dan okay sepanjang hari.
Tempat yang dia boleh jadi diri dia sendiri.
Tiga benda kecil yang mungkin besar maknanya..
Tanya isteri malam ni.
Bukan pasal anak, bukan pasal kerja. Pasal hati dia.
Akui yang situasi ni memang tak mudah.
Walaupun tak ada siapa yang jahat.
Bagi dia tahu yang kau tengah berusaha bina masa depan sama-sama.
Bukan sekadar diam dan berharap dia faham sendiri.
Rumah bukan semata-mata pasal bila kita mampu beli.
Rumah adalah bila seseorang tu mula rasa selamat.
Isteri kau mungkin tak pernah cakap dia tak bahagia.
Mungkin memang dia tak cakap.
Tapi kalau kau perhati betul-betul… ada benda kecil yang sebenarnya lebih kuat daripada kata-kata.
Muka dia bila balik rumah mak ayah dia.
Cara dia tarik nafas lebih lega dekat sana.
Cara dia gelak lebih lepas dekat tempat yang pernah jadi rumah dia dulu.
Itu bukan bermaksud dia tak cintakan kau.
Itu cuma bermaksud…
dia rindu nak ada rumah sendiri..
Sama-sama kita usaha jadikan rumah yang kita duduk hari ni… tempat paling tenang untuk balik, hari ni, esok, dan sampai bila-bila buat isteri tercinta.

Photos from Pelukan Hati Si Kecil's post 28/05/2026

Pakai yang ni je nak vaccum dah cukup power👍👍
Standby 2 dkt rumah senang tumpah sikit2 pakai jenis ni je senang.. Ada mood turbo lagi tau harga murah berbaloiiii beli https://s.shopee.com.my/30lB0CTl96

Photos from Cendol DKing Melaka's post 28/05/2026

🌴 CENDOL DURIAN VIRAL DI JONKER! 🌴
Kalau datang Melaka tapi belum try cendol durian ni… memang rugi 😍
✨ Potion BESAR puas makan
✨ Isi durian BESAR & gebu kaw kaw
✨ Cendol homemade lembut dan wangi
✨ Santan pekat creamy
✨ Gula Melaka 100% asli & pekat likat 🤤
🔥 Boleh pilih pelbagai jenis durian premium:
🍨Raja Cendol
🍨Musang King
🍨Blackthorn
🍨XO
Setiap mangkuk memang penuh isi durian, bukan letak sikit-sikit 😍
Makan sejuk-sejuk memang terus hilang dahaga cuaca panas Melaka ☀️
Tag kawan kaki durian yang wajib cuba ‼️
🚩 Dking Jonker Walk Melaka 🚩

28/05/2026

Hari ini dipermalukan sama ayah sendiri didepan mertua dan ipar2.
Aku masih tinggal di rumah mertua krn mertuaku tinggal sendiri dan suamiku anak bungsu.
Asal ayah main kemari dan liat aku keluar dari kamar, aku selalu diejek "asik tiduuurr aja". Padahal satu2nya privasi aku ya di kamar, krn aku bebas mau ngapain aja dan bisa buka hijab. Karna kalo aku keluar kamar aku harus pake hijab soalnya abang2 ipar aku sering ke rumah dan s**a masuk rumah tiba2.
Aku jg pemalu jd aku lebih s**a di kamar..
Jd aku lebih s**a di kamar daripada cuma duduk diam di ruang tamu sama abang2 itu.
Hari ini ayahku ke rumah krn besok mertuaku mau berangkat haji. Posisinya aku lg demam batuk pilek sakit kepala krn kecapean soalnya mertuaku nonstop buat acara di rumah syukuran pergi haji.
Jd pas ayahku datang, aku keluar kamar dgn mata sembab soalnya baru bangun abis minum obat dan lg sakit kepala.
Seperti biasa, didepan ipar2 dan mertuaku ayah langsung ngomong "asik tiduuuurr aja" sambil ketawa cengengesan.
Aku jawab, "namanya orang lg sakit ya tidur". Tp seolah aku bohong, ayah ngomong lg "heleeh mana ada, alasan aja sakit itu".
Padahal suaraku bindeng, bau freshcare semerbak, pake masker. Tp tetap aja gk bisa menilai anaknya
Trus doi ngomong lg
👨🏻 : ini nanti mamak pigi gaada yg masak, enaklah tinggal beli lauk aja. Atau mkn nasi sama mie instan aja. Udh bisa tu stok mie banyak2 (ttp sambil cengengesan)
Krn biasanya mmg mertua yg masak krn mertuaku hobi masak. Aku cuma bantu2 aja
Ayah menunjukkan seolah2 aku gk bisa masak dan cuma berharap sama mertua. Padahal mertua pergi ini jd kesempatan aku buat masak semua makanan yg aku pengen.
Trs kakak iparku nanya
🧕🏻 : jd di rumah siapa yah yg masak ?
👨🏻 : ada yg paling kecil yg masak.
🧕🏻 : berarti pinter masak lah dia
👨🏻 : iya bisa masak dia, gk cuma makan aja kayak si kakak (alias aku)
Wkwkwk. Doi lupa pas aku blm nikah siapa yg masak buat kenyangin perutnya, dan doi jg lupa siapa yg ngajarin si kecil itu masak 😊
Trs ayah nanya lg sama aku
👨🏻 : nasi udah masak ?
🧚🏻‍♀️ : ya udah lah yah
👨🏻 : ooh kirain belum karna taunya cuma makan aja (sambil cengengesan)
Ya Allah pengen nangis. Masalahnya abang2 ipar aku yg ngerantau lg pulang ke rumah mertua, trs ipar2 lain jg lg kumpul.
Kenapa harus malu2in anaknya, buat jelek nama anaknya. Seolah2 anaknya gk bisa apa2, cuma ngerepotin aja
Yg ngebela malah mertuaku.
Mertuaku bilang :
"Lg demam dia"
"Apa pikir kali mau masak apa orang cuma berdua aja di rumah"
Rasanya kayak pengen tinggal berdua aja yg agak jauh sama suami biar tenang, biar gak sering2 dijenguk dan privasi lebih terjaga. Mau jungkir balik di rumah sendiri pun terserah

26/05/2026

Wanita yg clingy, mengada ngada, manja, childish. Dia bersama pasangan yg tepat. Perangai comel2 ni auto kalau bersama pasangan yg betul.
Wanita singa, garang, selalu emotional, dia bkn bersama pasangan yg betul, sbb dia pegang b*k tanggungjawab, dia pegang b*k beban, dia provider, dia juga yg urus, dia juga yg protective. Dia juga yg pimpin. Wanita mcm ni kita nk dia manja? Beban terlalu b*k hnya dia yg pegang smpai hilang sifat feminine dia. Kenapa, sbb dia bersama A boy bkn A man.

25/05/2026

Pernah terlihat di kedai makan,
Si suami makan dulu, isteri sibuk pujuk baby di dalam kendongan, anak 4 orang kesemuanya. Anak anak yang lain bersuap sendiri…
Si isteri belum dapat turn makan, bangun duduk, bangun duduk pujuk si anak bongsu…kesana kemari.
Si suami dah habis makan, cucuh rokok , hisap rokok dulu…
Si kakak sulung (11 tahun) sudah habis makan, si ibu beri pada kakak sulung.
Pesanan pada adik adik gen z yg nak cari bakal suami….. biar lambat kahwin , jangan tersalah pilih.

25/05/2026

Cuti ni jom singgah Dking Jonker
Kita ada Raja Cendol , Cendol Musang King , Cendol Blackthorn dan Cendol XO

23/05/2026

-PODCAST SERAM-
Siapa kat sini minat tengok podcast seram? Aku pon s**a jugak tapi tapi story ni bukan pasal aku, ni tentang sepupu aku. Dia perempuan and dulu dia Sekolah Menengah Agama (asrama). Nak dijadikan cerita oneday dia tgk podcast seram tengah malam pulak tu, lepastu semua okay takde apa2 jadi. Tak lama tu dia terpaksa berhenti asrama dan masuk sklh harian atas sbb tertentu.
Okay one day opah aku datang kl nak pergi berubat, makcik pakcik aku semua ikut termasuk sepupu aku tu dgn siblings dia. Mulanya nk berubat opah aku jer tapi tiba2 orang berubat tu tenung sepupu aku
Sambil dia tenung dia kata ada something kat sepupu aku. Semua org pon pelik la termasuk sepupu aku tu. Tok tu tanya ada perasan apa2 yang pelik tak sejak akhir2 ni? Mula2 dia kata takde tapi dia kata dia selalu berjaga malam. Haaa dengar mcm biasa jer kan sape selalu berjaga malam tu habisla koranggg HAHAHAHAH
Bila tok tu check dia rupanya kat dia ada langsuir wehhh. Kenapa dia selalu berjaga malam? Sbb mata sepupu aku tu mata langsuir. Dia kata time malam mesti mata dia akan segar so dia akan berjaga sepanjang malam, time pagi tu dia ngantuk laa so dia akan tido seharian time pagi tu
Mak dia pon sampai bising kenapa dia ni asyik tido jer keje rupanya bila time malam mata dia bertukar jadi mata langsuir. Tok tu tanya selama ni ada rasa mcm benda memerhati tak, dia kata ada kat tepi pintu bilik dia tapi dia tak endahkan benda tu
So bermula la sesi berubat, macam biasa la kena rasuk dulu. Lepastu langsuir tu keluarkan diri melalui sepupu aku. Tok tu tanya dah berapa lama dengan dia. Langsuir tu kata dari asrama. So bila kira2 dah 2tahun rupanya langsuir tu duduk dengan dia
Tok: kau tahu kan kau tak boleh duduk dengan dia
Langsuir: aku nak kawan dengan dia
Tok: tu mak dia ada kat sebelah tu kau ada minta izin ke dgn mak dia? Kau kena minta izin kalau kau nak kawan dengan anak dia.
Makcik aku kat sebelah tu dah peluk2 laki dia sbb takut bila tgk anak dia jadi mcm tu, biasa la takut kan😭
Lepastu sepupu aku pandang tepi mcm ni sambil tgk mak dia
Lepastu langsuir tu cakap..
Langsuir: oi aku nak kawan dengan anak kau boleh tak
Mak dia: ish tak boleh laa pergi la pergi (dalam keadaan takut sambil peluk laki dia)
Lepastu tiba2 langsuir tu menangis, kiranya sepupu aku tu la menangis sbb setan tu dlm badan dia
Kejap eh nak sarapan satgi aku sambung
Sorry korang mak aku paksa kopek ikan bilis pulak tadi okayy sambung
Lepas dah berubat tu benda tu dah keluar semua kan, dia cerita la pasal dia dengar podcast tgh malam tu kan, tok tu kata benda tu nampak sepupu aku tengah tgk podcast tu. langsuir tu ikut sepupu aku sbb dia rasa ada orang s**a dengar pasal dia so dia jadi seronok. Bila tanya pasal solat semua dia kata okay jer, mengaji pon okay cuma badan lemah and tak boleh tido sbb langsuir tu nak main dengan dia
Tok tu pesan, jangan tengok podcast atau cerita hantu atas pukul 10malam. Sbb kalau atas pukul 10 tu dikira mcm kita memanggil dia, benda mcm ni bila dia tahu orang s**a dia nnt dia datang
Dengan aku sekali kena bebel dgn mak aku so start dari situ aku akan tgk podcast seram tengah hari jer. Btw masa benda ni berlaku, aku takde kat tempat tu sbb aku kt campus masatu tgh kelas. Lepas habis kelas dh balik rumah baru mak aku cerita. Adik aku ada kt tempat kejadian, dia kata seram kalau tgk kejadian tu, sepupu aku punya muka suara semua berubah, dengan menangis takde air matanya💀okayy habis

22/05/2026

Terbaca thread yang pasal mak mertua suruh ambil nasi sikit je sebab anak2 lain belum makan, teringat aku dekat peristiwa yang aku takkan lupakan. Masatu balik rumah mertua, anak kecik lagi. Aku nak masaklan untuk anak,alaa masak untuk budak cincai je bukan lama. Dalam 10-15 minit siap aku rasa..macam nak dadar telur ke sup kosong gitu laa..ke sekadar nak panaskan makanan aku pun dah x ingat. Masatu dalam pukul 10-11 pagi x silap aku, baru aku nak start masak, MIL cakap…..
“Awak baru nak masak ke untuk anak?” Kenapa tak masak pagi2?” Aku pun x expect dia masak awal sangat, then anak aku pun lambat bangun, xdelaa aku masak awal2..aku dh x ingt situasi pagi tu tp biasanya aku akan basuh bahu sidai baju dengan buat kerja kat laptop..aku jawablah aku masak kejap je..10 minit cmtu je…dia jawab “mak x s**a kalau mak masuk dapur org lain kacau”. Aku sedih gila sebab anak aku dah lapar. Aku bukannya nak berlama2 kacau dia..lepastu aku fikir nk tunggu dia habis masak tapi dia masak lama, macam gulai ke apa dh lupa tp lama nk tunggu siap. Hati aku dah hiba sangat.. x silap aku laki aku tidur masa tu. Kalau aku kejut dia nanti jadi drama panjang. Aku x fikir banyak aku ambik kunci kereta dan bawa anak aku utk cari makan kat luar..tp, negeri pantai timur ni, x jual makanan sebelum pukul 3 ke 4..aku menangis weh..sampai terfikir nak bagi anak makan megi..semua kedai tutup, fastfood x jual awal..last2 aku pergi 7e dan beli spaghetti yg precooked tu..Sian anak aku..dahlah spaghetti tu macam masin…yelaa makanan instant..nak expect rasa macam mana…menangis2 aku dalam kereta. Aku takleh lupa sampai sekarang..sanggup dia x kisah cucu lapar, aku bukannya nak merendang ke apa sampai ganggu sangat dia masak. Aku terima kalau korang nak cakap salah aku laa x masak awal2, tp benda ni dh lama aku pendam dan telan, hati aku mmg terluka sgt2 sebab melibatkan anak aku..walaupun dah bertahun berlalu, aku jadi trauma…
Kalau bab anak ni, saya sanggup kejutkan suami minta usahakan sesuatu. Gaduh pun gaduhlah. Sebab anak dia juga yang nak makan.

21/05/2026

Kesian kakak. Sebabkan kak ipar belum ada rezeki, kakak tak boleh announce dia pregnant. Tak boleh cakap pun pasal dia journey dia pregnant. Tak boleh nak cerita kenangan dia mabuk time pregnant. Semua sebab nak jaga hati kak ipar yang belum ada rezeki pregnant. Abang dengar happy je dgr adik dia preggy. sampai muka kak ipar, masam mencuka terus pening kepala nak masuk bilik. Kenapa eh? Just bcs korg ttc, korg memang ada tiket untuk jadi joykiller ke?
Dah cukup jaga hati bertahun dah. Tahu korang sedih, tahu korang berharap. Tapi jangan jadi joykiller. Tengah berkumpul 1 family, tiba2 muka masam, pergi dapur makan ubat. Nak tidur. Dah lah jarang jumpa dengan adik beradik. Kesian kakak terus kemas2 balik.
Disaat saya bebel. Saya doakan siapa yang ttc tu dipermudahkan urusan dan cepat dapat timang cahaya mata ya. Saya doakan korang diberikan kesabaran dan anggap sahaja apa jua bisikan yang menjadikan puan2 terluka, bertukar kepada berita gembira. Mungkin khilaf kami tak memahami kalian yang ttc, tapi ketahui lah, kami juga takut Allah tarik nikmat yang dah diberi. Jadi maafkan kami sebab tak sedar yang kalian terasa.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Malacca City
75250