Cerita Cinta Halal

Cerita Cinta Halal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cerita Cinta Halal, Health/Beauty, Malacca City.

Photos from Cerita Cinta Halal's post 24/06/2026

Gula Melaka Wajib Ada Dalam Dapur!
Tak perlu susah-susah ketuk atau potong lagi, sekarang cuma cedok terus guna je. Memang lagi mudah untuk buat sambal, kuih-muih atau bubur manis
Rasa dia lemak manis dengan aroma Gula Melaka yang wangi, memang naikkan lagi sedap masakan. Sekali cuba, memang susah nak tukar lain >> https://s.shopee.com.my/2qSRp0CZ1u

24/06/2026

Aku pernah fikir cinta halal itu akan jadi cerita yang “indah-indah je”.

Tapi bila dah melaluinya sendiri, aku faham… ia bukan macam itu.

Kadang, kami sama-sama penat dengan hidup. Dia balik kerja dengan wajah letih, aku p**a sibuk dengan urusan sendiri. Tak ada pun bab romantik macam orang di media sosial—yang ada cuma realiti: bil, komitmen, dan masa yang selalu tak cukup.

Sekarang ni dunia lain macam. Orang berlumba tunjuk bahagia di media sosial, sampai kita yang hidup biasa ni kadang rasa “kurang”. Padahal sebenarnya, tak semua yang nampak bahagia itu betul-betul tenang.

Aku belajar satu benda… cinta halal bukan tentang siapa paling sweet, tapi siapa yang tetap bertahan walau hidup tak selalu mudah.

Ada hari kami diam lama sebab salah faham kecil. Ada hari hati rasa jauh walaupun duduk dekat. Tapi dalam semua tu, masih ada usaha untuk faham, untuk teruskan.

Dan di situ aku sedar…
yang sederhana itu kadang lebih jujur daripada yang nampak sempurna.

24/06/2026

Selamat Hari Bapa kepada semua ayah di luar sana! 👨‍👧‍👦

Sempena hari istimewa ini, DKing Jonker ada special promosi durian shake dengan tambahan isi durian.

Jom bawa hero-hero anda datang rasa! 🥳🥭

24/06/2026

Saya nak cerita , saya dah lama single dalam 28 tahun sebab tak pernah bercinta dan masatu memang parents sepupu sepapat semua dah jemu nak suruh saya cari calon suami , siap ada yang tolong carikan untuk saya tapi still tak de pape ..saya ada kawan laki dari zaman sekolah rendah lagi dan kebetulan dia belajar dekat mesir jadi kami lost contact hampir 7tahun macam tu dan kemudian saya dapat tahu dia dah habis belajar , oh btw masa tu saya lost contact dengan dia tapi still tahu keberadaan dia sebaab mak saya dengan mak dia kawan baik... so after dia balik tu kebetulan 3 hari kemudian dia datang menziahari fam saya la... and masa tu saya nak pergi keluar sebab ada hal kerjaa and saya cuma senyum sahaja la dekat dia and dia sangat nampak matang dan lain ... bertambah hensem... and nak di jadikan cerita balik dari kerja masa tu dah malam ... lps mandi semua saya duduk ruang tamu dgn fam ... tiba ii mak saya cakap ada org masuk minang saya , terkejut saya kan , saya tak terima tapi mak sayaa kata saya kenal dia siapa ... and nak dijadikan masa tunang tu yang sarungkan cincin mak kawan laki saya tu , saya terkejut sangat sebab yela dah lost contact 7 tahun tetiba meminang saya kn .. and after tu nikah and lps nikah saya tanya dia balik kenapa dlu minang saya pdhl dh lma takjumpa ... dia kata dia dah lama minat saya dari zaman sek rendh cuma dia xberani nk ckp sbb dia thu haram , and waktu dia dekt mesir bnyk kali dia doa agar saya tk kawin lg , so dia adlh punca sy single smpai nak dicop anak dara tua ye ,, saya rasa nak gigit je dia tapi saya bersyukur sebab wlaupun kawin lmbt tapi dpt suami yang baik, bertanggjwb ...

23/06/2026

I pernah dengar ceramah tentang perkahwinan.
" Jika niat kita hanya kahwin untuk menghalalkan apa yang haram hanya itu yang kita dapat.Jika niat kita berkahwin kita nak bahagia di dunia di akhirat bersama orang kita sayang , kita akan dapat segala kebahagiaan dan kemanisan. Inshaallah"

23/06/2026

Ayah dengan mak aku dari muda2 dah tak boleh tinggal sebumbung. Kalau sekali sekali ayah aku balik, mesti gaduhhh teruk dengan mak aku. Sampai ke tua lah. Tak duduk sekali. Tiba2 minggu ni ayah aku start duduk dengan mak aku. Nak dekat dua minggu weh. Aku mcm aik, buang tebiat ke orang tua ni. Sekali kakak sulong aku citer, ada org kampung dengki kat ayah dengan mak aku dari dulu. Baru2 ni dia meninggal. Bapak aku terus jadi macam zaman dia awal2 kawen dengan mak aku dulu. Baik, tak marah2
Apa benda, ko nak dengki dari aku kecik aku tak dapat kasih syg ayah aku. Ni umur aku dah nak dekat 40tahun weh. Aku takkan maafkan dunia akhirat orang yang s**a pakai sihir ke dukun ke jin. Porak perandakan keluarga orang hmmm 😭😭😭😭😭. Aku jadi benci bapak aku. Rupanya tu bukan diri sebenar bapak aku… seumur hidup aku, aku benci bapak aku yg panas baran. Tiba2 sekarang mak aku ckp dapat balik suami dia yg dah lama hilang.
Patutla selama ni bila aku cakap aku benci ayah aku, kakak sulong aku tetap pertahankan ayah. Bila adik aku taknak salam ayah aku, kakak aku slow talk sampai last2 adik aku salam jgk dengan ayah aku. Rupanya kakak aku pernah rasa baiknya ayah aku sebelum didengki orang. Dia paling tua, saat kitorg tak faham apa2, dia masih ingat lagi ayah dia yg penyayang dan tak s**a marah dan tengking2… hmmm
Orang luar s**a sangat judge dan mengata mak aku. Tempat isteri disisi suami. Mak aku derhaka tinggalkan suami. Dari derhaka, baik bercerai. Kurang dosa derhaka kepada suami tu… padahal mak aku cuma taknak anak2 terkesan je hari2 tengok ayah aku mengamuk. Sebab tu dia bawak diri… tapi orang tak faham. Mak aku cakap buat apa nak explain kisah sedih dugaan kita kat orang luar. Mak ckp dia ngadu kat Allah terus senang…
Aku harap sangat undang2 syariah jatuhkan hukuman yg tegas ke atas kesalahan orang yang mengamalkan sihir supaya orang takut nak bua jahat pakai sihir. Aku taknak org lain yg bahagia alami benda2 mcm ni. Tapi tu ler, susah nak kumpul bukti. Mana ada bomoh keluarkan resit. Hmm. Takpe la, Allah Maha Adil. Lepas kat dunia, akhirat menanti

22/06/2026

Wife : Kenapa awak kahwin dengan saya?

Me :Sebab atuk awak ada kebun durian, sayang.

Wife : Hah?! Jadi selama ni awak cintakan saya atau durian?

Me : Mestilah durian.

Wife : *Muka terus berubah.*

Me : Gurau lah. Kalau sebab durian, musim durian habis, habislah cinta awak dekat saya?

Wife : Hmmm... nasib baik sambung.

Me : Sebenarnya, saya kahwin dengan awak bukan sebab keluarga awak, bukan sebab harta, dan bukan sebab kebun durian atuk awak. Saya kahwin dengan awak sebab awak adalah orang yang buat saya rasa tenang. Orang yang saya cari bila saya penat, orang yang saya rindu bila berjauhan, dan orang yang saya mahu ada di sisi saya untuk setiap perjalanan hidup ini.

Wife : Awww...

Me : Tapi kalau atuk awak nak bagi sikit durian tu, saya tak menolak.

Wife : Nah, keluar juga niat sebenar.

Me : Durian tu bonus. Awak tetap hadiah paling berharga yang Allah bagi dalam hidup saya. ❤️🥰**

Photos from Cerita Cinta Halal's post 22/06/2026

6 Aktiviti Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang 🌸

Tempoh berpantang bukan sekadar tradisi, tetapi waktu penting untuk tubuh ibu pulih selepas proses melahirkan cahaya mata 🤱

Rehat yang mencukupi, pemakanan yang baik dan sokongan daripada suami amat membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat bakal ibu dan juga para suami agar sama-sama menjaga kesihatan ibu dalam tempoh berpantang ❤️

22/06/2026

Sejak ada yang ni, memang kurang dah bersepah kat dapur. Satu periuk, macam-macam boleh guna >> https://s.shopee.com.my/6VLh3U1eFH

Photos from Cendol DKing Melaka's post 22/06/2026

Musim durian dah sampai! 😋🍈
Apa lagi, terus buat sesi makan durian ramai-ramai bersama team.

Gelak ketawa, sembang santai dan durian memang kombinasi terbaik untuk menceriakan hari kerja.

Terima kasih semua yang hadir dan menjayakan aktiviti hari ini! 💚

TQ dari group
Hong Leong MSIG Takaful Melaka.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Malacca City
76450