Minuman Sihat Tradisional

Minuman Sihat Tradisional

Share

Hai, jom follow dan like Minuman Sihat Tradisional untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan

09/09/2021

Ruam gatal atau Urticaria boleh berlaku ketika anda sedang stress. Apabila ia mula timbul, mulalah anda menggaru “krukkk.. krukkk” dan rasa lega hanya terasa untuk seketika.

Selepas beberapa minit, semakin banyak ruam akan timbul menyebabkan anda semakin rimas. Keadaan bertambah buruk jika anda panas atau berpeluh. Kesan garuan menyebabkan kulit terasa pedih dan sakit.

Selain dari stress, ruam urticaria juga boleh berpunca dari persekitaran sejuk/ panas, alahan persekitaran atau makanan.

Jika sedang alami masalah ini, ubat alahan jenis antihistamine seperti Piriton, loratidine mungkin membantu. Disamping krim penyejuk seperti Calamine Lotion

07/09/2021

Ia mungkin telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat setempat. Tidak sah kunjungan jika makcik- makcik tidak memberi ulasan dan kritikan mengenai penampilan fizikal kanak kanak.

Apa yang menyedihkan, ada kanak kanak yang dibandingkan penampilan dikalangan sepupu dan adik beradik sendiri. Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.

Kini, anak lelaki dan perempuan tidak terkecuali. Kedua duanya menjadi perhatian. Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan, namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.

Ia menyebabkan kanak kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih rendah diri berbanding rakan sebaya.

Hentikan tabiat ini. Hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.

07/09/2021

Gejala gejala ini selalu berlaku pada wanita dan warga tua. Kita sangka akibat faktor usia, tapi sebenarnya adalah akibat kekurangan vitamin D.

Vitamin D ini sangat mudah diperolehi dari cahaya matahari pagi dan dari sumber makanan tenusu.

Pagi pagi, lakukanlah aktiviti di luar rumah seperti menjemur kain, berkebun di luar rumah, menyapu di halaman, menjirus pokok. Anda akan rasa lebih sihat selepas terkena cahaya matahari pagi = dapat vitamin D percuma.

06/09/2021

Hai Abang Akak, hari ini dah ambil Jus Javatis?😉
Mudah sangat nak amalkan Jus Javatis ini 2 kali sehari je, 1 Sudu pagi dan 1 Sudu malam ya 🥰
Bagi yang belum cuba, Jom cuba..! SANGAT BERBALOI TAU😍🤭
Tekan je link website dibawah untuk order ya 👇
https://orderjavatis.com/

05/09/2021

Yang Mana Satu Pilihan Anda? 😌

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Secara amnya, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan adalah kurang aktif dan lebih berisiko untuk mendapat penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, kita perlu mengekalkan berat badan yang sihat dalam julat yang disarankan. Amalkan 3 prinsip utama dalam pemilihan makan secara sihat iaitu SEIMBANG, SEDERHANA & PELBAGAI

Ayuh! jangan tunggu lagi. Cepat betindak!!

Nutritionist Perak

03/09/2021

Pemilihan makanan yang tidak bersih dan selamat boleh menjejaskan kesihatan pengguna serta boleh menyebabkan cirit- birit dan keracunan makanan.

Ikuti tip ini bagi menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat.

Nutritionist Penang

26/08/2021

Berita baik untuk ibu ibu dan bakal ibu yang telah menerima Imunisasi C-19. Kajian terkini menunjukkan susu ibu yang telah divaksin mengandungi antibodi yang boleh melindungi jangkitan kepada bayi.

Terbaik dan tahniah, anda lindungi diri anda dan juga bayi.

26/08/2021

Kalau anda bekerja dalam ruang pejabat, perkara ini sangat penting untuk elak satu pejabat dijangkiti. Selain dari memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal, pengudaraan dalam pejabat juga sangat penting.

Elakkan penggunaan kipas angin peribadi (angin di tiup dari individu ke individu) , jika kipas angin menghala kepada seorang yang membawa virus maka berterbanganlah partikel partikel halus ke seluruh ruang pejabat.

Ruang bilik jangan sampai KEPAM dengan udara basi. Buka tingkap, bagi cahaya matahari masuk sekali sekala. Jika ada kipas penyedut udara ke luar lebih baik.

Ini PENTING, garis panduan CDC sangat menggalakkan penggunaan mesin penapis udara dengan fungsi HEPA. Tak perlu beli mahal mahal, min baru sahaja beli di Lazada, ambil 2 biji terus. Gunakan mesin HEPA mengikut kesesuaian ruang pejabat

25/08/2021

𝑷𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝑴𝑬𝑹𝑫𝑬𝑲𝑨 𝑱𝑼𝑺 𝑱𝑨𝑽𝑨𝑻𝑰𝑺😍
𝚂𝚢𝚞𝚔𝚞𝚛..! 𝚂𝚊𝚖𝚋𝚞𝚝𝚊𝚗 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚊𝚝 𝙻𝚄𝙰𝚁 𝙱𝙸𝙰𝚂𝙰 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝚛𝚊𝚖𝚊𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚒𝚍𝚊𝚔 𝚖𝚊𝚑𝚞 𝚕𝚎𝚙𝚊𝚜𝚔𝚊𝚗 𝙿𝚛𝚘𝚖𝚘𝚜𝚒 𝙺𝚎𝚖𝚎𝚛𝚍𝚎𝚔𝚊𝚊𝚗 𝚒𝚗𝚒 🥰
📌 𝙽𝚊𝚔 𝚑𝚊𝚛𝚐𝚊 𝚍𝚒𝚜𝚔𝚊𝚞𝚗 𝟻0%, 🎁 𝙵𝚁𝙴𝙴 𝙵𝚁𝙴𝙴𝙶𝙸𝙵𝚃 𝚖𝚎𝚗𝚊𝚛𝚒𝚔 𝚍𝚊𝚗 𝙵𝚁𝙴𝙴 𝚙𝚘𝚜𝚝𝚊𝚐𝚎 🎉?
𝙱𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚔𝚎 𝚠𝚎𝚋𝚜𝚒𝚝𝚎 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚒𝚗𝚏𝚘, 𝚑𝚊𝚛𝚐𝚊 𝚍𝚊𝚗 𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚙𝚎𝚖𝚋𝚎𝚕𝚒𝚊𝚗 👇
▶️ https://orderjavatis.com/

23/08/2021

Hanya kerana seseorang individu itu masih mampu bekerja, boleh buat lawak masih tersenyum... BUKAN bermakna mereka tidak menderita.

Hakikatnya.. ia lebih menyesakkan kerana mereka dari segi luaran nampak stabil dan tidak seperti orang murung..

Jika anda alami situasi seperti ini, berbual dan dapatkan bantuan.

Jika anda kenali individu yang alami High Function Depression, cuba dekati dan ajak mereka berbual.

21/08/2021

Survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.

Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.

Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi 😆

20/08/2021

𝑱𝑶𝑴 𝑺𝑬𝑳𝑰𝑻 𝑶𝑹𝑫𝑬𝑹 𝑱𝑼𝑺 𝑱𝑨𝑽𝑨𝑻𝑰𝑺 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑰𝑵𝑰 😍
Hanya tekan link di bawah sahaja untuk menempah 👇
▶️ https://orderjavatis.com/
Barang sampai baru bayar ye abangakak 🥰

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Melaka Pindah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Melaka Pindah
75450