ATOMY AZR Melaka
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ATOMY AZR Melaka, Health/Beauty, Melaka Pindah.
💙💚
BAHAGIA CARA KITA
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak s**a, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi
12. Penting sebenarnya jaga kesihatan mental sendiri zaman serba mencabar ni! Sebenarnya kalau kita dah tersinggung dengan kata-kata orang, tengok muka pun tak tegur, malas rasanya.
Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati. Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka..... Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.
Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri. Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terp**ang kepada mereka. Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri ".
Sama ada mereka memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan. Memaksa diri kita untuk dis**ai oleh semua orang sangat memenatkan. Oleh itu, jadilah diri sendiri walaupun anda tidak dis**ai ramai, Jauhi orang yang mengecewakan kita. Berhenti cuba untuk menggembirakan orang yang tidak pernah menghargai kita.
Semakin kita jauhi mereka yang meracuni jiwa, Kita akan hidup jauh lebih sihat. Ketenangan dengan hati Mengharungi hari demi hari Penuh dengan kebahagiaan Dengan cara kita sendiri Kebahagiaan adalah apa yang kita ciptakan. Jaga kesihatan mental kita!
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
Kredit: Cikgu Zahran
24/10/2022
ATOMY MALAYSIA RAIH PENSIJILAN BERGANDA ISO 9001:2015, MS 1900:2014
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, Atomy Malaysia kini telah berjaya melengkapkan salah satu milestone dalam perjalanan keusahawanan ini yakni beroleh Pensijilan ISO 9001:2015 serta MS 1900:2014.
Ianya amat besar buat kami penggiat industri online retail barangan berkualiti tinggi berpusat di Korea ini malah barangan kualiti terbaik dari seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sedikit perkongsian tentang apa sebenarnya nilai ISO 9001:2015 Quality Management System (Sistem Pengurusan Kualiti) & MS 1900:2014 Shariah-Based Quality Management System (Sistem Pengurusan Kualiti Patuh Shariah) ini buat kami dan nilainya yang diiktiraf dunia!
ISO 9001:2015 atau lazimnya disebut QMS, bermaksud Organisasi tersebut telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk menerapkan kualiti dengan memastikan produk dan servis nya memenuhi keperluan pelanggan.
Pendekatan ini tidak hanya bermakna produk itu telah mematuhi standard produk, tetapi organisasi tersebut secara keseluruhannya mempunyai satu sistem yang konsisten untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan.
Standard ini juga merupakan standard yang diiktiraf dunia (boleh rujuk https://www.iso.org/standards.html) , kerana ia sememangnya bermula ditahap internasional yakni di Geneva, Switzerland.
Manakala MS 1900:2014 p**a adalah extended daripada ISO 9001 (QMS series), yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (boleh rujuk : https://www.jsm.gov.my/ms/ms-iso-9001 #.Y1X2y3ZBy5c ). Pengurusan standard dan penerapan implementasi standard ini lagi ketat kerana ia berkait rapat tentang halal dan haram bagi implementasi seseorang muslim bukan setakat muslim di Malaysia malahan muslim di seluruh dunia!
Setiap inchi perkara di Atomy Malaysia dirungkai dan diaudit oleh Badan Pensijilan Bertauliah, bukan senang pihak syarikat Atomy Malaysia melepasi setiap tahap pengauditan tersebut.
Erti sebenar rasa kesyukuran kami ini tidak dapat digambarkan oleh tulisan di atas. Satu kurniaan dan nikmat yang besar bagi kami.
Kami akan terus mengimarahkan dunia online retail ini dan dalam masa yang sama membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia malahan di peringkat global untuk menjadi pengguna yang berhemah dan bijak – Smart Global Consumer!
Tambahan dalam keadaan ekonomi dan wang ringgit yang semakin parah. (hari ini rate menunjukkan 1 USD = RM4.7), Moga berita baik ini dapat memberi manfaat besar untuk semua.
Sekian dulu coretan kami di kesempatan waktu yang masih dikurniakan Ilahi ini.
Sharing is caring
Follow The Faith
Serve In Humality
Berminat nak join Atomy..
http://www.wasap.my/60123403843/atomymelaka
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Contact the business
Website
Address
Melaka Pindah
