Bdarlife - Muar Batu Pahat
Produk berasaskan daun bidara.
28/03/2024
Salam Nuzul Quran buat Semua 🤩
Semoga cahaya dan keberkatan Al-Quran menyinari setiap langkah hidup kita. Mari kita merenung, menghayati, dan mengamalkan ajaran suci yang terkandung dalam Al-Quran.
Selamat menyambut Nuzul Quran yang penuh berkat! 📖✨
12/03/2024
MARHABAN YA RAMADHAN 🤲💚
Kesyukuran kita panjatkan hanya padaNya,
Atas peluang memasuki bulan yang mulia,
Padanya ada pengampunan, lagi berganda ganjaran pahala,
Buat kita, hamba Yang Maha Esa.
Teruslah semangat meraih barakah,
Kerana kita adalah khalifah,
Membawa amanah, melaksana ibadah
Demi ummah, hingga ke Jannah.
Inilah janji setia dari Sang Pencipta,
Takkan sia sia yang mengejar ibadahnya,
Kerana manisnya meraih syurga,
Hanya yang terpilih, dapat merasa.
Salam Ramadhan Kareem buat semua. 🫶
16/05/2023
السلام عليكم
Guru dan Pahala Yang Berterusan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.
2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:
a. Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanfaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.
b. Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.
c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.
3. Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.
SELAMAT HARI GURU
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
31/08/2022
Assalamualaikum. PAGI SEMUA❗
Salam Kemerdekaan 65 tahun semua.
Moga kita MERDEKA IMAN, MERDEKA AKAL, MERDEKA TINDAKAN & MERDEKA BEBAS dalam hal-hal kebaikan kearah KEJAYAAN HIDUP diri dan keluarga tersayang. 💪😊
19/08/2022
Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk Allah dalam setiap niat dan tindakan serta dipelihara dari perkara2 yang haram dan diberikan kekayaan yang diredhai Allah swt. 🤲. Amin
08/07/2022
Salam 8hb Zulhijjah
Esok 9hb Zulhijjah disunatkan berpuasa sebagaimana disebutkan di dalam Riwayat Muslim. InsyaAllah..
20/12/2021
27/11/2021
3 hari sahaja lagi.. Jangan lepaskan Peluang memenangi cabutan bertuah.. 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Parit No 3 Jalan Yusuf
Muar
83600
