Ruqyah Resque Muar

Ruqyah Resque Muar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ruqyah Resque Muar, Health/Beauty, PARIT AMAL, Jalan DATO HAJI KOSAI, Muar.

14/12/2024

APA ITU BOMOH ATAU DUKUN?

Dengan kata lain bomoh atau dukun juga dikenali di dalam istilah arabnya iaitu
(Al-Kahhanah) dan (Al-Arrafah) :

AL-KAHIN : (tukang tenung) ialah orang yang memberi tahu perkara-perkara ghaib yang berlaku pada masa akan datang atau masa hadapan atau memberi tahu apa yang ada di dalam hati.

AL-ARRAF : (juru ramal) orang yang membahaskan sesuatu yang masih tidak diketahui (mendakwa mereka tahu perkara ghaib) sebagai contohnya orang yang mendakwa mengetahui barang yang dicuri, tempat beradanya barang hilang atau tercicir atau seumpamanya dengannya.

Di masa kini terdapat golongan Kahin atau Arraf ataupun uskun (ustaz berwatak dukun), yang mereka itu menggunakan nama ataupun gambar untuk menilik sakit, sebab atau punca gangguan makhluk jin kepada manusia, siapa yang menyihir dan sebagainya. Cara mereka itu ialah dengan menilik atau meramal daripada jauh tanpa ada pesakit dihadapan (atau dengan bahasa kini boleh tengok daripada jauh). Perbuatan ini telah mendatangkan banyak fitnah kepada masyarakat sehingga ada diantaranya difitnah oleh golongan ini sehingga memcerai beraikan suami isteri, memutuskan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga, memutuskan ukhwah antara ahli masyarakat.

Cara ataupun kaedah mereka ini adalah dengan menggunakan jin ataupun tilikan ataupun meramal ataupun mereka berbohong (dusta).

KESAN BERJUMPA DAN MEMPERCAYAI MEREKA

Menurut Imam Muslim di dalam sahihnya :

مَنْ أَتَى عَرَّاقًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Ertinya Barangsiapa datang menemui juru ramal kemudian bertanya sesuatu dan
membenarkannya apa yang dikatakannya, maka SEMBAHYANGNYA TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI.

Didalam Riwayat Abu Daud meriwayatkan :

مَنَ أَتَى كَاهِنَا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: Barangsiapa menemui tukang tenung kemudian membenarkan apa yang
dikatakan maka sesungguhnya dia telah KUFUR TERHADAP WAHYU yang diturunkan kepada Nabi SAW ( iaitu Al-Quran).

Oleh itu, segala yang mereka lakukan dan amalkan, yang pada sangkaan mereka itu boleh mengetahui perkara yang ghaib adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan wahyu Allah SWT.

___________
حقيقة التوحيد، الدكتور/ يوسف القرضاوي

الكهانة والعرافة : (٥٨-٥٩)

ومثل المنجم : الكاهن والعراف
والكاهن هو الذي يخبر عن المغيبات في المستقبل أو هو الذي يخبر عما في الضمير.
والعراف اسم للكاهن والمنجم والرمال ومن شابه هؤلاء من كل من يدعي معرفة المغيبات ، سواء ما يكنه المستقبل أو ما يكنه الضمير . وسواء أكان ذلك عن طريق الاتصال بالجن أم النظر أو الخط في الرمل أو قراءة الفنجان أو خلاف ذلك.
روى مسلم في صحيحه أن النبي ﷺ قال : من أتى
عرافا ، فسأله عن شيء فصدقه ، لم تقبـل لـه صـلاة أربعين يوما .
وروى أبو داود عنه ﷺ : من أتى كاهنا فصدقه بما يقول
فقد كفر بما أنزل على محمد

Tuan Guru Ustaz Aidilbakar Ar-roqy

02/12/2024

📘 Berminat Nak Belajar "Ruqyah Syar'iyyah"?
Kini lebih mudah difahami dengan Ebook Nota Asas Ruqyah! ✨
🔥 KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN? 🔥
✅ Mudah Difahami: Lengkap dengan panduan praktikal untuk semua peringkat.
✅ Belajar Bersama Penulis: Dapatkan bimbingan terus daripada penulis dalam group Telegram eksklusif.
✅ Hanya RM30: Ilmu bermanfaat dengan harga mampu milik
💡 APA YANG ANDA DAPAT?
📖 Panduan lengkap dalam memahami konsep ruqyah syar'iyyah.
🤝 Sokongan komuniti melalui group Telegram rawatan Islam.
💬 Feedback positif dari pembaca ramai yang telah mendapat manfaatnya
🛒 Tempah Ebook Anda Hari Ini!
👉 Hanya RM30 untuk ilmu yang tiada tandingan.
📲 Hubungi sekarang untuk tempahan atau info lanjut!
www.wasap.my/601114718370/NakEbook
"Martabatkan Ilmu Ruqyah Syar'iyyah Jauhi Ilmu Perdukunan. 1 Keluarga, 1 Peruqyah." 🌟

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


PARIT AMAL, Jalan DATO HAJI KOSAI
Muar
84000