Suzy Honey Sepang/Nilai

Suzy Honey Sepang/Nilai

Share

Pengamal perawatan tradisional Melayu
100% dari bahan organik dan semulajadi
produk muslim dan halal

12/08/2022

Perut nampak buncit salah satu penyebabnya bila masalah pembuangan tidak normal. Proses penghadaman yang tak teratur kekadang mengambil masa 3 hari sekali. Yang lebih memeritkan lagi bila terpaksa mengambil masa lama masa membuang. Tertekan juga macam ni kan.

Syukur, mulai sekarang masalah sembelit ni dapat selesai selepas minum Kopi D'tox SuzyHoney ni. Secawan sehari sudah rasa kesannya.

10/07/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
10 Zulhijjah 1443 / 10 Julai 2022

"Indahnya Aidilfitri kerana KEMAAFAN, indahnya Aidiladha kerana PENGORBANAN"

Semoga segala amalan yang dilakukan, diterima oleh Allah S.W.T. Aamin🤲🏼

18/05/2022

Korang.. harini GLOBAL SHOPPING DAY.
Boleh la check out item dalam cart shopee tu untuk dapatkan FREE SHIPPING!!

Tambah lagi 10% coins cashback.
Berbaloi² sangat ni.

Cepat² sebelum voucher FREE SHIPPING HABIS !!

https://shp.ee/57gjzdt
Atau boleh terus ke kedai Schaleyha

05/05/2022

Berurut semasa tempoh berpantang sudah jadi tradisi masyarakat terdahulu. Salah satu kaedah mudah untuk merapikan dan merehatkan diri selepas melahirkan.

Antara aktiviti lain boleh dilakukan semasa tempoh berpantang adalah:

✅ Mandi herba/serom
✅ Bertungku
✅ Berdiang
✅ Berparam pilis
✅ Berbengkung bersama tapel

Penutup pantang
✅ Berlulur
✅ Bersauna
✅ Bertangas
✅ Mandi bunga

02/05/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H/2022. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum..

Semoga kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan dan Aidilfitri tahun depan. InsyaAllah

30/04/2022

Kenal tak daun semambu @ neem ni?

Macam-macam khasiat yang dapat dimanfaatkan dari daun ni. Jika terkena demam campak, daun ni digunakan untuk kurangkan gatal miang di badan. Selain tu dapat mengecutkan jerawat. Yang bermasalah gatal kulit atau kurap, tumbuk daunnya, sapu di tempat kurap atau gatal. Ulang sapu sampai penyakit tu pulih.

Boleh cuba amalkan nanti tau. Bermanfaat? Boleh kongsi info ni bersama keluarga dan kawan-kawan.

02/02/2022

Salam 1 Rejab.

25/01/2022

Selain daripada menjaga waktu tidur, masalah perut buncit juga dapat diatasi dengan mengawal pemakanan disamping menggunakan produk yang membantu membakar lemak.

Di Suzyhoney, kami mempunyai LOSYEN BARRUT EMAS. Losyen ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan masalah perut buncit dan bagi wanita berpantang.

Losyen ini berfungsi:

Menguatkan dan menegangkan otot perut
Mengurangkan air berlebihan dalam badan
Menegangkan kulit perut yang kendur
Merangsangkan pengaliran darah ke bahagian perut
Mengurangkan cela dan tompok gelap pada perut.

25/01/2022

Kurang tidur punca perut buncit.

Waktu tidur yang cukup adalah salah satu hal penting yang dapat mempengaruhi kesihatan.

Kajian mendapati bahawa kurang tidur mampu meningkatkan risiko kenaikan berat badan. Hal ini menyebabkan pengumpulan lemak visceral.

Selain itu, kurang tidur meningkatkan hormon ghrelin dan menurunkan hormon leptin yang menyebabkan cepat lapar dan sentiasa mahukan makanan.

25/01/2022

" Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Engkau (Ya Allah), Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat zalim "

Assalamualaikum dan selamat pagi🥰

23/01/2022

MEROYAN

Biasa berlaku pada wanita yang baru bersalin. Jika di negara barat ia lebih dikenali sebagai 'baby blues'.

Ada beberapa punca yang menyebakan meroyan, antaranya adalah perubahan hormon yang mendadak selepas bersalin, trauma/ kesakitan semasa proses selepas dan sewaktu bersalin, dan keletihan.

Antara tandanya adalah seperti ingin menangis tiba tiba, kemurungan, jantung berdebar dan rasa ingin marah tanpa sebab.

Jika terdapat tanda ini perlu cepat rujuk kepada pakar agar tidak menjadi mudarat kepada mental dan fizikal ibu sedang berpantang.

01/01/2022

Selamat menyambut tahun baru 2022.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Desa Cempaka 2
Nilai
71800