Aafiyat Olive House SelisekStore
Pohon Zaiton pohon yang diberkati Allah
COD/POS/TakeAway
0172247033/0103131970
20/12/2022
APAKAH CIRIT-BIRIT BERBAHAYA?
Cirit-birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair. Oleh itu definasi cirit-birit adalah apabila kita mengngeluarkan najis yang lembut atau berbentuk cecair melebihi tiga kali setiap hari.
Ia berlaku apabila usus kita tidak dapat menyerap cecair yang kita makan atau minum dengan sebaiknya atau usus kita mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga usus akibat keradangan atau jangkitan kuman. Najis yang dikeluarkan bukan saja kerap, tetapi dalam bentuk cecair tetapi juga mungkin terdapat sedikit darah.
Dalam kebanyakan kes, cirit-birit ini bersifat sementara dan tidak perlukan rawatan yang spesifik. Pesakit perlu pastikan minum air secukupnya, jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting terutamanya ginjal.
TANDA-TANDA CIRIT BIRIT YANG TERUK
Cirit-birit yang teruk akan menyebabkan gejala berikut :
1. Sakit perut yang kuat
2. Loya dan muntah
3. Demam
4. Kekembungan
5. Rasa lemah (akibat kekurangan air) adalah tanda bahaya.
Kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) juga menyebabkan :
1. Rasa haus
2. Tidak bertenaga
3. Kurang buang air kecil
4. Pening kepala
5. Kulit menjadi kering
Bagi kanak-kanak dan bayi, tenda dehidrasi ini apabila kelihatan :
1. Kering mulut
2. Kurang kencing
3. Mudah menangis tanpa air mata
4. Mata, abdomen dan ubun-ubun yang tenggelam
Beri perhatian yang lebih jika ia berlaku pada orang tua dan kanak-kanak, terutamanya bayi.
PUNCA-PUNCA CIRIT BIRIT
Banyak punca cirit-birit, antaranya :
1. Jangkitan kuman
2. Perubahan pemakanan (terutama bila melawat negara asing)
3. Masalah food intolerance terutama pada susu, produk tenusu dan sorbitol dan mannitol
4. Pengambilan alcohol
5. Masalah usus seperti penyakit keradangan usus (ulcerative colitis or Crohn’s disease), penyakit coeliac disease atau irritable bowel syndrome (IBS).
6. Masalah penghadaman
7. Pembedahan usus
8. Ubat-ubatan terutamanya antibiotic, antacid
9. Jangkitan virus rotavirus pada kanak-kanak
RAWATAN CIRIT BIRIT
Pesakit harus mendapatkan rawatan segera jika :
1. Kanak-kanak atau orang tua yang mengalami dehidrasi
2. Cirit-birit melebihi 5 hari
3. Terhadap darah dalam najis atau lendiran yang pekat
4. Ada tanda demam, bintik-bintik pada kulit, rasa sakit perut yang kuat
5. Ada muntah, rasa lemah badan
6. Berat badan berkurangan akibat cirit-birit
7. Sembelit dan cirit-birit bersilih ganti
8. Cirit-birit ketika melakukan lawatan ke negara asing
9. Cirit-birit akibat pengambilan ubat-ubatan atau suplemen
10. Ada masalah penyakit kronik seperti diabetes, kegagalan jantung dan kegagalam ginjal
11. Ada tanda-tanda dehidrasi
Selalunya orang dewasa tidak memerlukan rawatan untuk diarhoea, kecuali atas sebab-sebab di atas. Apa yang penting adalah kekal dalam keadaan hidrasi yang mencukupi. Jika mengalami cirit-birit teruk, pesakit tidak cukup diberikan air kosong. Mereka memerlukan Oral Rehydration Solution (boleh didapati dari farmasi) yang mengandungi mineral yang hilang ketika proses cirit-birit. Jika tidak dapat minum kerana kerap muntah atau mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan intravenous.
Ketika cirit-birit, cuba elakkan pengambilan kafein, alcohol atau makanan yang berminyak, terlalu manis atau susu dan prosuk tenusu.
Ubatan untuk meredakan cirit-birit boleh digunakan. Namun begitu ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit yang mengalami dehidrasi yang teruk, atau kanak-kanak (termasuk bayi) dan orang tua tanpa pemantauan dari doctor. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk jika cirit-birit disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara ubat-ubatan itu adalah loperamide (Imodium) atau Lomotil.
Antibiotik hanya diberikan jika disebabkan oleh jangkitan kuman. Jika mengalami cirit-birit yang kronik, contohnya pesakit IBS, boleh amalkan suplemen probiotik.
Cirit-birit juga mengganggu penyerapan ubat-ubatan sintetik yang diberikan kepada pesakit metabolic yang kronik seperti pesakit diabetes, hipertensi dan pesakit yang mempunyai tahap kolestrole yang tinggi.
Ini adalah panduan am bagi pesakit yang mengaami cirit-birit. Rujuk doctor yang merawat jika mengalami cirit-birit.
Semoga bermanfaat.
19/12/2022
*LESU BEKERJA?*
MULAKAN HARI ANDA DENGAN OLIVIE POWER UP.
Kekal bertenaga sepanjang hari!
Olivie PowerUP adalah makanan alami yang luar biasa.
Olivie PowerUP yang didatangkan secara ekslusif dari Morocco ini kaya dengan Vitamin E dan D serta mengandungi Omega 6 & 9 dimana satu sudu kecil padat dengan khasiat Antioksida Hydroxytyrosol bersamaan dengan 10 liter minyak zaitun biasa.
Rasa unik semulajadi Olivie Power Up membolehkan ia dimakan begitu sahaja atau bersama hidangan yang menyihatkan.
Dengan Olivie PowerUp akan memberikan impak yang besar kepada tubuh ANDA untuk mengelakkan badan daripada menjadi LESU.
Antioksida dalam 1 sudu teh Olivie Power Up bersamaan 10 liter minyak zaitun biasa.
Lindungi diri anda 100% secara semulajadi!
_Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat_
11/10/2022
VITAMIN C YANG SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS VITAMIN C YANG SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS 1. Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) yang tinggi di dalam darah akibat kekurangan atau kerintangan keberkesanan…
11/10/2022
Nak Info Lanjut Olivie Lebih Sihat & Bertenaga
11/10/2022
DOKTOR, APA ITU ECZEMA? DOKTOR, APA ITU ECZEMA? 1. ECZEMA juga dikenali sebagai atopic dermatitis, kerana ia melibatkan sistem daya tahan yang terlalu memberikan tindakbalas terhadap punca alahan. 2. Tindakbalas ini menye…
04/10/2021
Ada di Selisek Store Bandar Behrang 2020
Jauh di poskan
Aafiyat Olive House SelisekStore
Boleh shopping di rumah klik
Dapatkan Rangkaian Minyak Olive House secara online, klik link di bawah:
Berita baik!!!
Anda sekarang boleh membeli pr0duk Aafiyat Olive House kegemaran di hujung jari sahaja!!!
Shopping Online
https://aafiyat2u.com?ref=243879
Klik sahaja link di atas.
World Heart Day 2021 Combo NEW! MORE POWERFUL EXTRA VIRGIN OLIVE OIL : OLIVIE POWER UP
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Pasir Gudang
