Neura HQ
New Era Of Beauty
18/01/2023
LIMAU KASTURI Sebagai 'Tonik’ JANTUNG
Bahan berkhasiat utama dalam limau kasturi dikenal pasti sebagai phloretin.
Bahan phloretin ini mempunyai aktiviti antioksidan hampir sama dengan bahan ECGC – sejenis bahan antioksidan yang hadir dalam teh hijau.
Hasil kajian mendapati bahan phloretin turut ditemui dalam limau kasturi dalam kuantiti yang tinggi. Khasiat phloretin dalam tiga biji limau kasturi dikatakan hampir sama dengan 10 biji epal.
Bahan berkhasiat lain dalam limau kasturi adalah vitexin.
Bahan berkhasiat ini biasa didapati dalam ‘hawthorn berry’. Produk berasaskan ‘hawthorn berry’ banyak dijual di farmasi di USA sebagai tonik jantung dan digunakan sebagai antidiabetes.
Kajian awal menunjukkan buah limau kasturi mempunyai aktiviti antityrosinase (pemutih kulit semula jadi).
Limau kasturi juga boleh menstabilkan paras hemoglobin darah - boleh menyegarkan badan dan boleh menurunkan tahap kreatinin dalam darah.
Ph.D KMN
Principal Scientist
18/01/2023
PEWARNA ASLI Untuk Atasi Masalah DARAH TINGGI, DIABETIS & KANSER !
Masyarakat kita sangat kurang amalkan pengambilan pewarna asli dalam makanan atau minuman berbanding masyarakat luar negara.
Kebanyakan jenis pewarna yang digunakan dalam makanan dan minuman adalah pewarna tiruan.
Pewarna tiruan dihasilkan melalui tindakbalas kimia.
Pewarna asli sebenarnya banyak sangat kebaikannya. Contohnya..
Kajian ke atas lebih 150,000 yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati mereka yang mengambil makanan tinggi pewarna asli (antosianin) boleh kurangkan sehingga 8 % risiko tekanan darah tinggi berbanding mereka yang mengambil kurang pewarna asli.
Menurut laporan dalam Journal of Pharmacological Research dan Journal of Phytotherapy Research, pewarna asli yang diekstrak daripada blueberry boleh menghalang pertumbuhan sel kanser payudara, sel kanser kerongkong dan sel kanser prostat.
Satu kajian jangka panjang yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition ke atas seramai 200,000 lelaki dan wanita. Kajian mendapati mereka yang ambil makanan dengan sumber kaya pewarna asli boleh kurangkan risiko diabetes sehingga 23%.
Antara sumber tempatan yang kaya pewarna asli adalah rozel, mulberry, bunga telang dan buah naga.
Untuk menentukan sama ada sesuatu jenis pewarna itu benar-benar asli atau tidak, caranya adalah dengan mengubah larutan pewarna menjadi asid atau alkali. Warna pewarna yg asli akan berubah mengikut kemasaman.
Kredit by :
Ph.D Principal Scientist
4 Doa Pendek Pahalanya Dasyat..
Allahumma Aamiin🤲
29/09/2022
Assalamualaikum
12/08/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pasir Gudang
81700

19/07/2023