Rawatan Tradisional Dan Alternatif

Rawatan Tradisional Dan Alternatif

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Tradisional Dan Alternatif, Health/Beauty, Pasir Mas.

MY SEJAHTERA DAN KELEBIHANNYA ( RM 50 E - DOMBET ) 20/06/2020

MAKLUMAN KEPADA AHLI GROUP INI..
SILA KLIK LINK DI BAWAH
UNTUK MAKLUMAN POSTING AHLI GROUP INI AKAN DI MASUKKAN KE DALAM CHANNEL YOUTUBE TERSEBUT UNTUK RUJUKAN DI MASA HADAPAN DAN MUDAH UNTUK PROSES PENCARIAN ..

SESIAPA YANG BERMINAT ..SILA LAH KLIK SUBSCRIBE , LIKE DAN TEKAN LOCENG ..PADA LINK DI BAWAH INI .

MY SEJAHTERA DAN KELEBIHANNYA ( RM 50 E - DOMBET ) RAKYAT MALAYSIA JOM PAKAT2 GUNA MY SEJAHTRERA BAGI KESEJAHTERAAN BERSAMA.

19/04/2020

Kredit : https://www.facebook.com/sazli.zariah

KHASIAT BUAH CERMAI
Jom kita kongsi lagi khasiat tumbuh-tumbuhan. Kali ini kita tengok p**ak khasiat cermai.

Pokok cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus ialah sejenis pokok yang mengeluarkan buah kecil (beri) dari keluarga phylantaceae.Satu spisies dengan pokok dukung anak, pokok amla atau buah melaka.

Buahnya yang masam sering dijadikan jeruk atau dicicah dengan garam lada. Ia juga dicampur dalam masakan seperti gulai ikan sungai menggantikan asam keping.

Kandungan nutrien yang tinggi dalam cermai sangat bagus untuk kesihatan. Dalam perubatan tradisional cermai digunakan untuk:

1. Menstabilkan darah tinggi.
Daun dan akarnya dikeringkan dan direbus. Air rebusannya diminum.

2. Merawat kencing manis.
Akarnya dikeringkan, direbus dan diminum airnya. Boleh juga makan buahnya yang segar sama ada dibuat ulam dan sebagainya.

3. Merawat batu karang.
Ambil 7 kerat akar cermai, dan 3 keping petai belalang direbus bersama-sama dan minum airnya.

4. Merawat kanser.
Ambil 1/4 genggam pucuknya, sehelai pucuk betik, 1/3 genggam bayam merah dan 1 biji lobak merah saiz sederhana dkisar menjadi jus. Tapis dan campur dengan 3 sudu madu. Diminum 3 kali sehari.

5. Merawat batuk dan asthma
Mengunyah akar cermai juga dapat mengubati batuk dan lelah (Asthma). Cermai mengandungi antioksidan yang tinggi berkesan untuk melindungi sel-sel dalam badan.

6. Merawat kulit dan jerawat
Cermai mempunyai vitamin A yang membekalkan kolagen untuk kulit muka dan melambatkan penuaan.Tumbuk daun cermai sehingga lumat dan lumurkan di muka atau jerawat.

7. Mengurangkan kadar kolesterol
Amalkan minum air rebusan cermai secara konsisten.

8. Menurunkan panas dalam badan.
Minumlah rebusan daun cermai yang dicampurkan dengan sedikit gula batu. Daun cermai juga boleh mengubati demam campak. Caranya, kisar daun cermai dengan kunyit hidup. Gaulkan dengan daun semambu, sapukan pada badan pesakit.

Jika ingin menghilangkan parut demam campak atau parut luka. Sapukan cermai yang telah ditumbuk lumat dengan sedikit beras dan kapur sirih. Sapukan pada kesan parut. Lakukan sehingga parut hilang.

9. Menurunkan berat badan.
Rebus segenggam daun cermai dengan 3 gelas air. Rebus sehingga menjadi 2 gelas. Tapis airnya dan minum air rebusan 2 kali sehari pagi dan malam. Amalkan minum sekali sekala sahaja.

10. Biji cermai berkhasiat untuk merawat sembelit dan mual perut.

Cara 1
Giling 3/4 sudu teh biji cermai sampai halus. Tambahkan secawan air panas dan tapis. Bila suam tambahkan 1 sudu makan madu dan minum. Amalkan 2 kali sehari.

Cara 2
Ambil segenggam daun cermai dan tumbuk jalus. Tambah 1/2 gelas air panas dan tapis. Minum bila suam.

Ini hanyalah amalan tradisional sahaja sebagai ikhtiar untuk kesihatan. Tak salah kita kongsikan manfaatnya untuk kebaikan.

Credit untuk :https://www.facebook.com/sazli.zariah

19/04/2020

11 Kelebihan Bawang Putih Dalam Kesihatan Dan Kehidupan Seharian
http://allremedies.com/


Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran. Namun, bukan itu sahaja tau kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit! Sangat mengagumkan!

PERKONGSIAN KELEBIHAN BAWANG PUTIH
Pagi ini saya nak share kebaikan bawang putih dalam kehidupan kita nie. Tanpa sedar, bawang putih banyak kebaikannya.

1. HIV

www.voanews.com

Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait rapat dengan AIDS. “Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh.” Itu apa yang diperkatakan oleh Duke, iaitu Pengarah Immune Enhancement Project of Porland, Oregon, Amerika Syarikat. Saranan kepada pesakit HIV positif, perlu memakan tiga hingga lima ulas bawang putih pada setiap hari.

2. KERACUNAN DARAH

www.nortoncountyhealthdept.org

Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih.

3. IBU MENYUSUKAN BAYI

www.frasercoastchronicle.com.au

Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih lama!

4. BRONKITIS

www.mnn.com

Seorang kanak kanak yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ni dilakukan setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak kanak itu yang berusia empat tahun, sembuh seperti sedia kala. Subhanallah.

5. KANSER

www.massagemag.com

Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapag masuk ke sel-sel tubuh. Hasil penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.

6. KOLESTROL

www.medicalnewstoday.com

Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.

7. BATUK, SELESEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT

fivestaruc.com

Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih maampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

* Resepi
Sediakan sup bawang merah madu dengan cara mendidihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah jam. Selepas itu, tutup api, dan sejukkan sup selama 10minit. Pada masa itu,masukkan bawang putih kerana khasiat perubatan bawang putih akan hilang sekiranya dipanaskan dalam suhu tinggi. Tambahkan enam hingva lapan ulas bawang putih cincang. Tutup periuk, dan biarkan sekitar 1 jam hingga mencapai suhu bilik. Ramuan ni kemudian diminum dengan sudu ubat bagi menyembuhkan batuk, iaitu sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Gunakan dos yang lebih kecil untuk kanak kanak, bergantung pada berat. Gunakan dos seperti kanak kanak untuk orang dewasa yang berat 150paun atau satu per tiga berat manusia dewasa. Ni adalah peraturan berdasarkan pengalaman bagi menyesuaikan dos orang dewasa kepada kanak kanak sebagai ramuan yang baik untuk mereka.

8. DIABETES

http://www.e-sante.fr/

Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes. Anda boleh juga rujuk di sini.

9. TEKANAN DARAH TINGGI, KOLESTROL TINGGI, JANTUNG DAN SELESEMA
http://www.healthline.com/

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.

* Resepi
Cincang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air sejuk secukupnya. Ramuan ni baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dab menurunkan darah tinggi dengan cepat. Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ni bagi membersihkan darah mereka.

10. MIGRAIN
http://migrainetreatmentgroup.com/migraine-treatment/top-10-herbs-supplements-for-preventing-migraines

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.

11. KEHAMILAN
http://www.crosswalk.com/

Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

*Semoga segala perkongsian ini dapat dijadikan panduan kesihatan untuk semua. Tapi, perlu diingatkan bahawa tindakbalas segala amalan pemakanan kesihatan ini mungkin agak berbeza badi sesetengah individu. Selamat mencuba!

A 3D model of a person coughing in an indoor environment – how an aerosol cloud travels in the air 12/04/2020

Bagaimana virus corona berjangkit di tempat tertutup..

A 3D model of a person coughing in an indoor environment – how an aerosol cloud travels in the air A new, rapidly put together study on coronavirus and air-borne particles has released first results. The study included researchers from Aalto University, th...

11/04/2020

Ada masalah frust ?.kecewa? Atau susah nk lupakan seseorang ?..
Silalah amalkan amalan ni..!!

Plasma pesakit yang sembuh diuji untuk rawat pesakit lain 10/04/2020

SUBHANALLAH TABLIQ JADI FRONTLINER DALAM MENCARI VAKSIN COVID 19

DARAH daripada pesakit Covid-19 yang telah sembuh kini diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit lain!

Saya memetik artikel daripada Public Health Malaysia seperti di bawah:

Ini satu pertalian yang cukup istimewa.

Covid-19 Survivor ( Pesakit Covid-19 yang telah sembuh) kini merupakan antara harapan bagi sesetengah pesakit Covid-19 yang masih berjuang.

Memandangkan vaksin dan rawatan khusus bagi virus ini masih belum sedia untuk digunakan, penggunaan Plasma darah pesakit Covid-19 yang telah sembuh telah digunakan. Plasma adalah salah satu komponan darah yang terdapat dalam darah manusia.

Plasma ini mengandungi antibodi yang mampu membunuh virus covid 19. Penggunaan plasma ini akan mewujudkan imuniti pasif kepada pesakit Covid- 19 yang sedang bertarung.

Sehingga kini, terdapat 915 pesakit Covid-19 yang telah sembuh. Pesakit yang bersesuaian untuk mendermakan plasma darah untuk tujuan ini akan dilakukan oleh pihak hospital mengikut kriteria yang bersesuaian.

Majoriti daripada pesakit Covid-19 adalah daripada kluster Tabligh. Kini, darah mereka diperlukan untuk menyelamatkan orang lain.

Tidakkah anda melihat bagaimana Allah memuliakan hamba-Nya?

Kebanyakan yg pulih dlm angka 1,000 tu majoriti adalah dlm kalangan jemaah Tabligh.

Kini jemaah Tabligh p**a bakal jadi frontliner, Subhaanallah ☝🏻

Sumber:

Plasma pesakit yang sembuh diuji untuk rawat pesakit lain Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima beberapa darah dari pesakit yang sudah pulih untuk diuji tahap antibodi plasmanya sebelum membuat keputusan samada...

09/04/2020

Covid 19_ lates 10 april 2020

[VIDEO] Covid-19: PGA tutup laluan ke pekan Mundok 09/04/2020

https://www.sinarharian.com.my/article/70998/EDISI/Kelantan/Covid-19-PGA-tutup-laluan-ke-pekan-Mundok

[VIDEO] Covid-19: PGA tutup laluan ke pekan Mundok RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menutup laluan masuk dari negeri ini ke pekan Mundok (Thailand) bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pasir Mas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Website

Address


Pasir Mas
17000