Saowanee BodyWorks
Founded by Saowanee Panthong, a certified Thai massage therapist with over 17 years of experience, our service is built on expertise, passion, and trust.
👮♀️ Judges Massage Championship 2026
🎓 Industrial Trainer (since 2022)
Achievements 💪
🏆 Champion of the Champion
🥇 Asian Massage – 1st
🥇 Freestyle – 1st
🥇 Sports – 1st & 3rd
🎖 Wellness – Top 10 Welness
Reg Business: 202303009412 (KT0537860-V) What started as a humble vision has grown into a nationally recognised Thai mobile massage brand in Malaysia, serving clients across Kelantan and beyond.
04/05/2026
📖 DIARI THERAPIST #8
Bukan semua yang pandai cakap… betul-betul pernah buat.
Ada orang kenal dia sebagai guru.
Ada orang nampak dia sebagai top performer.
Tapi hakikatnya…
Apa yang orang nampak hari ini,
baru sebahagian kecil daripada perjalanan sebenar.
Dia bermula sejak 2008.
Lebih 15 tahun dalam industri urutan.
Lebih satu dekad pegang badan manusia,
dengar masalah, faham punca, baiki satu demi satu.
Bukan satu jenis badan.
Bukan satu jenis kes.
Tapi pelbagai:
postur salah, urat tegang, muscle imbalance,
kes ringan sampai kes kronik yang dah bertahun.
Sebelum semua ini stabil seperti hari ini…
Kami pernah berada dalam real industri urutan sebenar — di Bangkok.
Tempat di mana standard bukan sekadar “pandai urut”,
tapi kena deliver result setiap hari.
Di sana:
• customer datang dari pelbagai negara
• pelbagai saiz badan, bentuk, struktur
• pelbagai tahap kesakitan & expectation
Dan dalam sehari…
8 hingga 14 slot adalah biasa.
Hari-hari ulang benda yang sama —
tapi setiap badan beri pengalaman baru.
Kalau nak dibandingkan dengan hari ini…
4 slot sehari
sebenarnya terasa sangat sedikit.
Sebab bagi kami…
Setiap hari dulu adalah latihan.
Setiap sesi adalah pembetulan.
Setiap client adalah “data sebenar” — bukan teori.
Kalau dikira secara kasar…
Berapa ribu client dah disentuh?
Berapa banyak masalah badan dah diselesaikan?
Puluhan ribu?
Atau mungkin… lebih dari itu.
📊
Apa yang kami paparkan hari ini —
baru rekod 4 tahun terakhir sahaja:
• ~1100 booking setahun
• Repeat customer maintain 70% – 90%
• KPI sentiasa capai & stabil
Itu bukan “momentum sementara”.
Itu consistency yang dibina dari pengalaman panjang.
Dan yang membezakan dia bukan sekadar performance sendiri.
Tapi apa yang dia tinggalkan pada orang lain.
Di bawah bimbingan beliau:
🏆 Lahir Champion of The Champ
🥇 Gold Medal & pelbagai kemenangan championship
📈 Therapist capai 50% – 60% repeat dalam sebulan
💆♀️ Ramai anak buah masih kekal dalam industri — bukan quit separuh jalan
Ini bukan kebetulan.
Ini adalah hasil dari:
pengalaman → diuji → diperbaiki → distandardkan → diajar semula
Sampai jadi satu sistem yang boleh diulang,
bukan bergantung pada “feeling” semata.
Real talk.
Dalam industri ni, ramai nak jadi “sifu”.
Ramai pandai bercakap.
Ramai nampak yakin.
Tapi tak semua ada jam terbang sebenar.
Tak semua pernah lalui:
• hari penat tanpa henti
• tangan sakit sebab terlalu banyak client
• pressure untuk bagi result setiap kali sesi
• ulang teknik sampai jadi tepat, bukan sekadar agak-agak
• hadap pelbagai jenis badan setiap hari, bukan satu pattern sahaja
Dia tak pilih jalan mudah.
Dia pilih untuk terus buat.
Masih turun padang.
Masih pegang client sendiri.
Masih refine teknik sampai hari ini.
Sebab dia tahu satu benda:
Ilmu tanpa amalan… kosong.
Skill tanpa consistency… tak ke mana.
Dan sebab itu kami pegang satu prinsip:
Guru yang betul bukan yang paling kuat bercakap,
tapi yang paling lama bertahan buat kerja —
dan hasilkan orang lain jadi berjaya.
Kami tak kejar nampak hebat.
Kami kejar jadi betul-betul hebat.
Senyap, tapi konsisten.
Tak banyak cakap, tapi ada hasil.
Ini bukan sekadar cerita.
Ini adalah standard sebenar yang kami bina di
Saowanee BodyWorks. 🌿
02/05/2026
Sakit pinggang yang turun sampai ke kaki,
rasa kebas, mencucuk, atau berat sebelah?
Itu kemungkinan besar berkait dengan
SCIATIC NERVE.
Saraf ni bermula dari lower back,
turun ke punggung, paha, sampai ke kaki.
Bila ada tekanan pada saraf ni,
akan jadi:
• Sakit mencucuk
• Kebas
• Lemah kaki
• Rasa “tarik” sepanjang kaki
Masalahnya,
ramai treat macam sakit biasa.
Padahal teknik urutan pun kena betul.
Salah tekan → lagi teruk.
Di Saowanee BodyWorks,
kami fokus pada:
✔️ Release tekanan saraf
✔️ Betulkan flow otot sekeliling
✔️ Kurangkan compression
Bukan sekadar tekan kuat,
tapi teknik yang tepat.
Kalau kau pernah rasa simptom ni,
jangan ignore.
29/04/2026
9 REGANGAN THAI YOGA TERAPI
Gerakan ini adalah asas kepada teknik regangan yang digunakan dalam rawatan Thai Yoga Therapy kami.
✔ Boleh diamalkan sendiri untuk kurangkan ketegangan harian
✔ Dalam sesi terapi, regangan ini dilakukan secara lebih tepat, dalam dan terkawal oleh therapist profesional
29/04/2026
🔥 Private Training Fee Updated
Sebelum: RM6,900
Kini: RM8,960
Bermula intake terbaru, yuran Private Bodywork Coaching telah disemak semula bagi mencerminkan upgrade modul, intensif coaching 1-to-1 dan nilai latihan yang dipertingkat.
12 Hari • 60 Jam • Private Coach Mentorship
Investment Update
Previous Fee: RM6,900
New Intake: RM8,960
More than a course — a private coaching transformation.
25/04/2026
Alhamdulillah Terengganu Open Slot selesai 🌿
Dungun ✔️
Kuala Terengganu ✔️
Setiu ✔️
24 slots penuh, hampir seminggu atas jalan.
Yang paling touching, ada beberapa customer dah tunggu kami hampir setahun… pernah WhatsApp dulu dan masih sanggup tunggu sampai kami turun Terengganu 🥹
Dan honestly kami datang bukan sekadar nak penuhkan slot urutan biasa.
Kami datang dengan niat bantu selesaikan masalah yang mereka hadapi — badan keras, sakit lama, ketegangan, pergerakan yang terbatas.
Bila lepas sesi customer cakap rasa lega, badan ringan, dan masalah yang mengganggu tu banyak berkurang… masa tu terus hilang penat kami 🤍
Itulah moment yang buat kerja ni sangat bermakna.
Ada yang sempat bergambar, ada yang shy camera 😄
Tapi setiap rumah yang kami singgah tinggalkan cerita.
Terima kasih Terengganu atas trust yang besar ni.
Bukan sekadar 24 slot selesai, tapi 24 cerita yang kami bawa pulang. 🌿
Jumpa lagi next trip insya-Allah.
23/04/2026
✨ Last day in Kuala Terengganu
Alhamdulillah fully booked, tinggal slot terakhir untuk hari ini 💆♀️🌿
Terima kasih untuk semua yang repeat, yang recommend pada kawan-kawan, dan yang sentiasa support perjalanan kecil kami.
Next stop: Setiu (last trip) 🥰
Kalau dah lama tunggu kami masuk area Setiu, ini peluang terakhir untuk trip kali ini.
Kadang penat travel dari tempat ke tempat, tapi bila tengok customer pulang lega dan senyum… berbaloi sangat 🤍
📍Dungun
📍Kuala Terengganu
📍Next: Setiu (last trip)
23/04/2026
📢 Makluman Penting Buat Customer
Untuk makluman, therapist kami Bieha (Siti Narbiha) sedang bercuti kecemasan bagi menjaga abang beliau yang terlibat dalam kemalangan.
Sehubungan itu, beberapa tempahan melibatkan slot Bieha untuk 2–3 hari ini perlu dijadual semula. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kefahaman semua 🙏
Bagi customer yang terlibat, admin sedang menghubungi seorang demi seorang untuk penyusunan semula sesi.
Bagi yang ingin membuat tempahan, booking masih dibuka seperti biasa bersama therapist kami yang lain, dan dialu-alukan untuk mengisi slot-slot kosong yang tersedia 💆♀️🌿
Mohon doa agar abang beliau diberi kesembuhan dan segala urusan dipermudahkan 🤍
Terima kasih atas sokongan berterusan terhadap team kecil kami.
20/04/2026
Dungun ✔️ Paka ✔️
Sempat snap sikit je 📸
Next stop: Kuala Terengganu 🌿
4 hari 3 malam
See you soon 💆♀️
15/04/2026
Ada satu moment dalam perjalanan seorang therapist…
yang kita sendiri tahu — dia dah ready 🤍
Hari ni, moment tu milik Siti Zubaidah.
Hampir 2 bulan bersama kami,
bukan sekadar belajar… tapi lalui proses.
Dari pegang teknik asas,
sampai faham setiap tekanan, setiap pergerakan —
yang bukan sekadar urutan, tapi rawatan sebenar.
Di Saowanee,
kami tak ajar ikut gaya sendiri-sendiri.
Kami latih semua therapist dengan teknik yang sama
— Teknik Saowanee
— Standard yang sama
— Kualiti yang sama
Sebab bagi kami,
setiap customer berhak dapat experience yang konsisten,
tak kira siapa therapist.
Zubaidah dah lalui banyak sesi ujian,
ulang teknik, perbetulkan detail kecil,
sampai tangan dia sendiri “hidup”.
Dan hari ni,
dia dah bersedia untuk turun ke sesi sebenar 💆♀️
Yang kami banggakan bukan sekadar dia lulus,
tapi dia faham satu benda penting:
Urutan bukan sekadar tekan badan,
tapi bantu orang rasa lega, ringan, dan pulih.
Ramai therapist kami hari ni
datang dari titik yang sama…
dan hari ini mereka proven
dengan kepercayaan dan repeat customer yang tak putus 🤍
Selamat melangkah ke journey sebenar,
Siti Zubaidah 🌿
(Setiap therapist kami dilatih dengan teknik yang sama — supaya setiap sesi yang anda terima, tetap berkualiti.)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Lot 1474, Rumah Kedai 2 Tingkat, Kampung Jias
Pasir Mas
17000
Opening Hours
| Monday | 09:15 - 23:00 |
| Tuesday | 09:00 - 23:00 |
| Wednesday | 09:00 - 23:00 |
| Thursday | 09:00 - 23:00 |
| Friday | 09:00 - 23:00 |
| Saturday | 09:00 - 23:00 |
| Sunday | 09:00 - 23:00 |
