Sihat Selalu

Sihat Selalu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sihat Selalu, Health/Beauty, Pasir Mas.

11/03/2023

Kepada peniaga bazar ramadhan, anda menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa seharian.

Bayangkan selepas berpuasa, mereka alami keracunan dengan gejala sakit perut, muntah & cirit. Memang sengsara! Lembik longlai ada risiko dehidrasi.

Paling penting adalah jaga kebersihan semasa menyediakan makanan, dapatkan suntikan tifoid dan hadiri kursus penyediaan makanan.

Pekerja pekerja sementara perlu tahu tatacara penyediaan makanan.

09/02/2023

Doa menyambut Ramadan

Doa Menjelang Ramadhan & 3 Permohonan.

Lihat Penjelasan:
*AAM 2020; Doa Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Link: https://youtu.be/VxLCr-d0Ymc

**AAM 2021 [Ithaf Al-Khillan]; 6 Cara Persiapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Lihat: https://youtu.be/fwm5RJoGJko

***AAM 2021; 10 Wasiat Menyambut & Pengisian Ibadat Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Link: https://youtu.be/99rxAliym78

Semoga Bermanfaat!

07/11/2022

Tahukah anda, Kanser Payudara adalah kanser tertinggi di Malaysia?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3 Langkah Mudah;
Langkah – Lihat
Langkah – Rasa
Langkah – Respon

Lakukan setiap bulan, hari ke-7 hingga ke-10 dari haid bermula.
Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik.

Photos from Sihat Selalu's post 20/07/2022

Pantang Darah Tinggi..

20/07/2022

Bila gula dah “banjir” dalam badan… ia akan menyebabkan radang pada saluran darah dan juga organ.

Situasi ini yang akan menyebabkan kerosakan pada organ seperti masalah buah pinggang, sakit jantung, strok, mata buta dan masalah saraf yang menyebabkan kebas kebas dan hujung jari tidak berasa.

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sebelum komplikasi

Photos from Sihat Selalu's post 04/04/2022

Semasa anda bersahur, elakkan mengambil makanan tinggi garam seperti

- Ikan masin
- telur masin
- kicap & sos
- mee segera

kerana ia akan menyebabkan anda kehilangan air lebih cepat dan mengakibatkan anda rasa haus dengan cepat.

28/03/2022

Dikongsikan tanda dan gejala kanser kolorektal.

Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami tanda dan gejala ini. Jangan biarkan tanda dan gejala yang dialami berlarutan

Bertindak segera!

15/02/2022

👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

😷 Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Photos from Sihat Selalu's post 22/01/2022

✨Jom, ketahui khasiat yang terkandung dalam kacang botor, ulam yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Sudah tahu? Jom makan ulam-ulaman. 🥗

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

19/01/2022

Asma adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan. 😮‍💨

Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam.

Amatlah penting untuk pesakit mengenali pencetus serangan asma masing-masing dan gejala serangan asma kerana ia boleh memudaratkan dan membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

‼️INGAT‼️ SEGERA dapatkan rawatan kecemasan jika anda atau orang di sekeliling anda mengalami serangan asma.

13/01/2022

Seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas di rumah mereka. Ibunya sudah hampir pitam akibat sesak nafas manakala anak terbatuk tanpa henti.

Puncanya adalah akibat ibu telah mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan Bahan pencuci lain (stain remover) lalu menghasilan gas beracun. Wanita tersebut diberikan rawatan segera dan berjaya diselamatkan.

Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

🚫 Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin

Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin

Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.

🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform

Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.

Oleh itu sangat penting, jangan mencampurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pasir Mas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Pasir Mas