Sabun Warisan Bumi

Sabun Warisan Bumi

Share

Pengeluar sabun organik bagi kulit sensitif

Anas Industries (MA0187498-H) Perusahaan kami menghasilkan sabun dengan kaedah tradisional.

Selain daripada menjual barisan produk utama, kami juga sedia menerima tempahan sabun cenderahati menurut rekabentuk yang anda ingini. Sesuai untuk dibuat hadiah untuk majlis perkahwinan, hari jadi, hantaran, mahupun untuk kegunaan sendiri. Anas Industries (MA0187498-H)

21/04/2023

Salam aidilfitri semua :)

Photos from Sabun Warisan Bumi's post 09/07/2021

Lagi tempahan sabun OEM di SabunWarisanBumi.com ;)
Terima kasih Pn Ima, usahawanita hebat pasaraya dari utara.

07/06/2021

Antara saat bangga kami selaku IKS adalah apabila berjaya menembusi pasaran online 9 tahun lepas menerusi website kami ini :)
~ langkah kecil kenangan kejayaan lalu
http://sabunwarisanbumi.com/

Kisah Usahawan Teknologi Anas Takiyudin - Sabun Warisan Bumi TM 06/06/2021

Ini antara idola saya dalam bidang keusahawanan. Bijak!

Kisah Usahawan Teknologi Anas Takiyudin - Sabun Warisan Bumi TM Dapatkan Sabun Castile buatan tempatan di one stop sale site kami Sabun Warisan Bumi TM!

Panduan 7 Langkah Step by Step Bina Bisnes Part Time Modal Rendah yang Realistik - Sabun Warisan Bumi TM 22/07/2020

Ini ilmu panduan untuk anda bina bisnes side income bagi menempuhi tamatnya moratorium nanti. Klik je link ni 👇🏻

Panduan 7 Langkah Step by Step Bina Bisnes Part Time Modal Rendah yang Realistik - Sabun Warisan Bumi TM Dapatkan Sabun Castile buatan tempatan di one stop sale site kami Sabun Warisan Bumi TM!

Photos from Sabun Warisan Bumi's post 26/06/2020

Hati-hati! Dalam Sabun Pun Ada Bahan Merbahaya 😣

Photos from Sabun Warisan Bumi's post 25/06/2020

[ HADIAH ] dari kami 😉. Klik di gambar untuk download ye. Dibenarkan share ye 😁👍🏻

Photos from Sabun Warisan Bumi's post 23/06/2020

Muka Ni Tak Selesa La... Boleh Tak Nak Basuh Muka Lagi?

Photos from Sabun Warisan Bumi's post 08/06/2020

Cara Bagaimana Download eBook PDF PERCUMA dari Google 😱

29/05/2020

Ilmu baru nak share ni. Ilmu mengenai bagaimana nak plan dan execute digital marketing bisnes kecik kita.

Bagi yang baru mengikuti page ini, kami sentiasa menghebahkan tips online marketing DIY bagi yang mempunyai bisnes kecil sendiri. Moga bermanfaat 😁.

Ini konsep baru yg saya belajar hari ni. Agak terkedu sebab tak pernah terfikir camni.

The Flywheel of Digital Marketing

Sepertimana gambar, ini adalah satu flywheel (dalam bahasa melayu, flywheel ni adalah sekeping piring yg sambungkan enjin dan gearbox kereta).

Sepertimana kereta, lagi laju flywheel ni berpusing, lagi laju kereta tu bergerak.

Sama juga macam sale bisnes kita. Jika di setiap proses flywheel ini berjalan lancar, maka sangat laju pusingan keseluruhan flywheel ni.

Flywheel ni pusing bermula dari sesorang tu masih lagi orang asing (stranger), pastu bertukar perlahan-lahan menjadi prospek, kemudian seorang pelanggan dan akhir sekali seorang penyokong kuat bisnes kita.

Bagi mendapat seorang penyokong kuat kita, maka perlulah bermula dari ramai orang asing yang kita approach. Sebagai contoh perlu 1,000 orang asing yang nampak iklan kita, 100 berminat (jadi prospek), selepas tu 10 orang beli yeah. Dan seorang jadi penyokong kuat kita.

Satu penyokong kuat ni akan tarik beberapa orang asing utk approach kita p**a. So flywheel ni akan terus berpusing.

Lagi terer kita, lagi hebat jumlah orang yang lalui 4 fasa ni.

Pening nak faham? Boleh pertimbangkan outsourcekan proses planning marketing ini. Kami pon ada satu pakej untuk ni, klik di bawah:
http://sabunwarisanbumi.com/dari-sifar-kepada-bisnes-produk-jenama-anda-sendiri/

Yakin nak buat sendiri? Bagus.

Tugas kita selaku usahawan / usahawanita adalah mantapkan 3 proses utama iaitu:

1. Tarik Perhatian (Attract)
2. Layan Prospek (Engage)
3. Wowkan Pelanggan (Delight)

Faham konsep basic ni? Jika anda faham, anda boleh aplikasikannya walaupun dengan kaedah 100% menggunakan Whatsapp sahaja pun.

Tak susah mana jika anda nampak tujuan setiap proses ni. Apa yang tinggal hanyalah susun ayat / gambar dan gunakan semua media anda.

Komen pendapat anda di bawah. Share jika anda rasa berguna bagi kawan-kawan anda 😉.

Nukilan: Anas
SabunWarusanBumi.com
Rujukan: eBook Digital Marketing for Small Businesses by MOO & Hubspot

25/05/2020

Salam Aidilfitri semua, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. Kami doakan anda semua sihat selalu dan terus berjaya. Amin 😁

16/05/2020

Makanan BSTIK yang sering mencetus ekzema.

B uah
S usu
T elur
I kan
K acang

Ini adalah singkatan makanan yang sering mencetus ekzema. Singkatan dipetik dari Babyologist.

Mengikut Panduan Protokol Redox-Histamin p**a.

1) Buah
Buah tempatan tinggi histamin. Buah epal dan pear jarang cetus keradangan kulit.

Elakkan buah kering seperti kurma, prune, kismis kerana tinggi histamin pengebab sensitif dan radang.

Solusi: Buah epal dan pear jarang cetus keradangan kulit. Buang kulit jika buah tak organik. Memasak sebagai puree juga mudahkan penghadaman.

2) Susu
Susu mengandungi protein susah cerna iaitu casein. Bila perut stres dan rosak, kulit mungkin jadi lebih sensitif. Majoriti susu di pasaran juga mengandungi casein A1 yang tinggi histamin.
Susu soya juga berisiko kerana mengandungi phytoestrogen yang mengganggu hormon menyebabkan lebih sensitif.

Solusi:
# Susu Ibu pilihan terbaik
# Susu badam/ beras pilihan kurang risiko jika unur lebih setahun.
# Susu kambing juga kurang trigger berbanding susu lembu.

3) Telur
Telur hanya elak jika true allergi. Telur boleh bantu penyembuhan.

Jika tidak toleran, mula dengan kuning telur dulu.
Putih yang cetuskan alahan sebab tinggi protein saja.
Kuning yang banyak zat seperti antioksidanzeaxanthin, choline yang membantu kuatkan dinding sel kulit, cystein yang bantu hasilkan glutation dll.

Solusi.
# Pilih kuning telur. Ambil kuantiti sikit saja dulu. Naikkan kuantiti pelan-pelan setiap hari.
# Telur tak masak lebih kuat trigger berbanding telur rebus.
# Jika memang alergi telur ayam. Pilih telur itik. Telur itik lebih kurang risiko alergi.

4) Ikan
Ikan Isi hitam tinggi histamin, berisiko cetuskan alergi.

Seafood kategori shellfish seperti kerang, ketam, udang secara fitrahnya protein dalamnya tinggi histamin.

Solusi
# Orang pantang bersalin pun pilih ikan isi putih. Sebab ikan isi putih lebih rendah kandungan histaminnya.

# Kalau kepingin sangat makan shellout ke, pilihlah seafood yang paling segar. Lagi tak fresh, lagi tinggi histamin dalamnya.

5) Kacang.

Kacang seperti gajus, kacang tanah dll mengandungi lektin yang tinggi. Lektin ni getah atau bahan pelindung tumbuhan tu.

Teringat ada dokumentari pasal gajus mentah sekilo mampu bunuh seekor gajah.

Lektin ni rosakkan lining usus..menempel padanya dan cegah penyembuhan usus.

Apa kaitan usus dengan kulit? Bila usus rosak, imun jadi reaktif dan badan jadi sensitif. Kulit lagi risiko radang dan merenyam.

Solusi.
# Kacang macadamia paling selamat.
# Walnut dan badam okay okay lah.
# Pistachio kena waspada sikit.
# Lain-lain kacang memang risky sikit ikut pemerhatian saya.

Ini sharing pengalaman klinikal saya tengok majoriti kes ekzema je lebih 6 tahun ni. Jika nak lebih tepat, GOLD STANDARD ialah DIARI PEMAKANAN. Kalau ada lebih duit, buat lah test darah atau skin prick..tapi itu ada kelemahan dan membantu saja. Tak boleh bergantung sepenuhnya lab test tu.

Molek test mana yang sesuai untuk kita personally. Panduan atas ni pun sekadar sharing saja..bukan nasihat perubatan.

Protokol Redoxamin ni jauh lagi panjang senarainya. Lebih detail. Sainsnya lebih holistik dan deep untuk ekzema insha Allah...walaupun bukan mainstream.

SHARE benda asas makanan cetuskan radang kulit ekzema ni. Ramai tak tahu detail bab ni.

SEE FIRST ya bila follow saya 😁 saya sokmo share mengenai penyakit berkait usus, leaky gut dan masalah angin histamin. Semoga sikit banyak membantu mereka yang menderita sakit kronik ni. Saya doakan kesembuhan dan kesihatan semua. Ameen.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Link asal:
https://www.facebook.com/100000504674719/posts/3735122313181221/

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


PD 2/130, Jalan Rompin Lama
Pekan
26600