Sukarelawan COMBI Taman Permata
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sukarelawan COMBI Taman Permata, Health/Beauty, Batu 2 Jalan Pekan Nenasi Pekan, Pekan.
AktivitiΒ² yang dijalankan komuniti COMBI Taman Permata seperti
*memastikan kawasan kejiranan setempat kami tiada kes atau wabak denggi.
*melakukan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat mengikut ketetapan yang diberikan.
01/10/2025
π¨β¨ PERTANDINGAN GUBAHAN KREATIF DARI BAHAN BUANGAN β¨π¨
Ada bakat seni dan kreativiti? Inilah peluang anda untuk menyerlah! π‘β»οΈ
Jom sertai pertandingan gubahan kreatif menggunakan bahan buangan seperti kertas, plastik dan aluminium.
π Hasil gubahan mestilah boleh digunakan untuk Kebun Komuniti 3R.
π Tarikh tutup penyertaan: 7 Oktober 2025 (5.00 petang)
π Hantar terus hasil gubahan anda ke Kebun Komuniti.
π Sertakan: Nama, nombor rumah, nombor telefon & kegunaan gubahan tersebut.
π Hadiah menarik menanti para pemenang!
Jom sama-sama kita jadikan βsampahβ sebagai sumber kreatif yang memberi manfaat kepada komuniti π±π
πΆββοΈπΏ Langkah Sihat, Komuniti Ceria πΏπΆββοΈ
Bagi menggalakkan gaya hidup sihat, komuniti Taman Permata kini menyediakan trek berjalan kaki di taman bersebelahan Kebun Komuniti 3R. π±β¨
Sepanjang trek ini, turut dipamerkan mesej-mesej kesihatan sebagai motivasi β agar setiap langkah bukan sekadar riadah, tetapi juga satu usaha menjaga kesihatan diri.
π― Sasaran kami: 10,000 langkah sehari untuk komuniti sihat & bertenaga! πͺ
30/09/2025
π±π Sentuhan kasih kaum ibu menjadikan kebun komuniti lebih hijau, ceria dan hidup. β¨
30/09/2025
π¬β¨ Kempen Unik di Kebun Komuniti 3R! β¨π¬
Kami bawakan kelainan dengan Kempen βJom Undi Drama Terpaling Emosi 2025β β sambil seronok pilih drama kegemaran, sambil kita amalkan kitar semula. β»οΈπ±
π Cara undian:
1οΈβ£ Pilih drama yang korang rasa paling best & penuh emosi tahun ini.
2οΈβ£ Masukkan bahan kitar semula mengikut kategori yang betul ke dalam tong kitar semula.
β
Undi drama
β
Jaga alam sekitar
β
Meriahkan kebun komuniti
Semuanya dalam satu kempen yang santai, kreatif dan bermanfaat! π
30/09/2025
Dari kecil sampai dewasa, semua sama-sama belajar jaga alam β kutip sampah, asing ikut kategori dan amalkan 3R. Seronok bila komuniti berganding bahu hijaukan Taman Permata! πβ¨
30/09/2025
πΏβ¨ Dari Terbiar ke Ceria: Hasil Naik Taraf Kebun Komuniti 3R β¨πΏ
Inilah wajah baharu kawasan yang dahulunya penuh semak samun β kini berubah menjadi kebun komuniti yang bersih, hijau dan ceria. π±π
Dengan kerjasama komuniti serta sokongan pelbagai agensi, tapak ini kini menjadi ruang yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga bermanfaat untuk penduduk setempat.
Daripada langkah kecil membersih kawasan, menanam pokok hingga menceriakan persekitaran β inilah bukti bahawa usaha bersama mampu mencipta perubahan besar. π€β¨
30/09/2025
Siapa sangka, botol terpakai yang biasanya dianggap sampah boleh diubah menjadi sesuatu yang berguna dan menarik? π± Dengan sedikit kreativiti, ia kini dijadikan bahan hiasan dan kegunaan di kebun komuniti kami.
Inilah semangat 3R β Reduce, Reuse, Recycle π. Bukan sekadar menjaga alam sekitar, malah menjadikan kawasan lebih ceria dan lestari.
30/09/2025
Sekitar kerja-kerja naik taraf tapak Kebun Komuniti 3R β daripada terbiar, kini semakin berubah wajah! πΏβ¨
Bermula dengan pemasangan pagar dawai terpakai yang diperoleh pada harga berpatutan β langkah bijak yang menjimatkan kos, namun tetap memastikan kawasan lebih tersusun dan terjaga.
Suasana gotong-royong p**a begitu meriah dengan kehadiran komuniti setempat, malah kanak-kanak turut bersama-sama membantu menjayakan kerja-kerja di tapak projek.
Tidak kurang juga, penduduk turut menyumbangkan anak-anak pokok untuk menghijaukan lagi kebun komuniti ini β simbol kebersamaan dan rasa memiliki yang cukup bermakna.
Daripada tapak terbiar, kini tapak ini mula hidup semula, menjadi tanda usaha dan semangat bersama membina komuniti sihat, ceria dan lestari. π
24/09/2025
Pada 12 Julai 2025, kami telah menganjurkan gotong-royong bersama komuniti di tapak projek dengan sokongan hebat daripada pelbagai agensi β Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Alam Flora, SWCorp, MPP, JPKK dan KRT.
Selain membersihkan kawasan, kami turut mengadakan aktiviti menarik dan bermanfaat untuk penduduk, antaranya:
β
Senamrobik untuk gaya hidup sihat
β
Perkongsian mengenai bahaya demam denggi & langkah pencegahan
β
Ceramah kitar semula bersama Pn. Rohani dari SWCorp
Pada kesempatan ini juga, berlangsung sesi ramah mesra & taklimat projek Kebun Komuniti 3R bersama Setiausaha Ahli Majlis Perbandaran Pekan, Tn. Sheikh Ahmad Norqamarul Haeizzack bin Sh. Norhasmadi. Lawatan tapak turut dijalankan bersama semua agensi yang terlibat bagi melihat lebih dekat potensi transformasi kawasan ini.
π± Inilah bukti bahawa dengan kerjasama & semangat komuniti, tapak yang dulunya terbiar kini mula hidup kembali β menuju ke arah sebuah kebun komuniti yang lebih hijau, ceria dan lestari.
24/09/2025
π± Pada 30 November 2024, langkah awal telah diambil dengan mengadakan perbincangan awal berkaitan tapak projek Kebun Komuniti 3R bersama Pengerusi JPKK Ketapang Hilir, En. Mohd Khairiza bin Abd Kadir.
Perbincangan ini menjadi titik mula kepada usaha menghidupkan kembali tapak terbiar di Taman Permata, dengan hasrat menjadikannya ruang hijau yang bersih, ceria dan memberi manfaat kepada komuniti. β¨π€
Dari sini, semangat gotong-royong dan kerjasama mula disemai β kerana kami percaya, perubahan besar sentiasa bermula dengan langkah pertama. πΏ
24/09/2025
πΏβ¨ Perjalanan Transformasi Tapak Terbiar Taman Permata Bermula β¨πΏ
Dahulu, kawasan ini pernah menjadi Pejabat Tapak Perumahan Taman Permata, kemudian digunakan sebagai Tadika KEMAS, dan seterusnya sebagai Pusat Kitar Semula Alam Flora. Namun, setelah lama terbiar, tapak ini menjadi kawasan semak samun, tidak terurus dan tidak lagi memberi manfaat kepada penduduk.
π‘ Melihat keadaan ini, MyCHAMPION COMBI Taman Permata terpanggil untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih baik β sebuah kebun komuniti hijau dan ceria.
π· Inilah keadaan asal sebelum transformasi bermula.
Nantikan perkongsian langkah seterusnya bagaimana kawasan ini dihidupkan semula dengan semangat komuniti!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Batu 2 Jalan Pekan Nenasi Pekan
Pekan
26600
