Jom Bersugi
Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi mengikut Sunnah! Dapatkan dari kami
10/02/2025
بسم الله الرحمن الرحيم
*PENDAFTARAN DAURAH RAMADHAN 4.0
Perkampungan Tarim ( Tarim Sughra)
*LINK DAFTAR :*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhPtPwywZ55QUNJhbKDTDX45YztOZXxnDnaHF7tVUno2D_7A/viewform?usp=header
🌷TARIKH
28 Feb 2025 - 19 Mac 2025
🧳 TEMPAT : Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor
BERSAMA :
- *Ustazah Ummu Muhammad Bintu Abdullah Al Haddar ( Tarim )
- *Ustazah Syarifah Nawirah Bensmith ( Malaysia )
- *Ustazah Fadhilah Fakhrurrazi ( Alumni Dar Zahra - Indonesia)
- *Ustazah Raudhatus Syifa ( Alumni Dar Zahra - Malaysia)
- *Ustazah Huda Edayu Hamdah ( BIDADARI BOOT CAMP - Malaysia )
- *Ustazah Nor Ruzana Natiah Jaafar ( An-Najdah Centre & Johan Tilawah - Malaysia )
*ANJURAN :
- Pertubuhan Rumah Al Kubra
- Madrasah Darul Kubra
- Ribath Atthoharah
*PERTANYAAN
Ukhti Ninie : 01139179263
Hera Helmi : 0173444882
Ukhti Syidah : 0173825234
DAURAH RAMADHAN 4.0 Perkampungan Tarim ( Tarim Sughra ) 19 HARI 18 MALAM ✨BERMULA : 28 FEB 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446H ✨BERAKHIR : 19 MAC 2025 bersamaan 18 Ramadhan 1446H ✨LOKASI DAURAH : Nur Laman Bestari Eco Resort , Ulu Yam , Selangor ✨BARISAN ASATIZAH : Ustazah Ummu Muhammad Bintu Abdullah Al Haddar ( Tarim ) Ustazah Sharifah Nawirah Bens...
06/05/2021
Walau di dalam gelap tetap bercahaya
HADITH MUSNAD IMAM SYAFIE
HUKUM BERSUGI
Hadith Ke Empat Puluh Tujuh
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِتَأْخِيرِ الْعِشَاءِ وَالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ» .
Artinya : “Bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda : Kalau tidak aku memberatkan atas umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan melambatkan solat isyak dan bersugi pada setiap solat.”
Hadith yang semakna dengannya ada dikeluarkan olih Ahmad dan Abu Daud dan Tirmizi dan Nasaie dan lainnya.
Hadith Ke Empat Puluh Lapan
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «السِّوَاكُ مُطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Artinya : “Bahawasanya Nabi saw bersabda : Bersugi itu menyucikan bagi mulut dan meredhakan bagi Tuhan.”
Hadith yang semakna dengannya ada dikeluarkan juga olih Ahmad dan Al-Baihaqi dan At-Tabarani dan Ibnu Hibban dan lainnya.
Kedua hadith ini datang pada menerangkan kelebihan bersugi.
PENGERTIAN BERSUGI
وَهُوَ لُغَة الدَّلْك وآلته وَشرعا اسْتِعْمَال عود أَو نَحوه كأشنان فِي الْأَسْنَان وَمَا حولهَا
Artinya : “Bersugi dari segi bahasa arab ialah gosok dan peralatannya dan dari segi syarak ialah menggunakan kayu atau seumpamanya seperti asynan (sejenis pohon semacam rumput) pada sekelian gigi dan yang disekitarnya.” (Ghayatul Bayan Syarah Zubad Ibnu Ruslan)
Kesimpulannya bersugi ialah perbuatan manusia membersihkan mulutnya dengan menggunakan suatu seperti kayu sugi atau seumpamanya seperti berus atau lainnya dengan cara digosok pada segala gigi supaya jadi bersih dari sisa-sisa makanan dan dari bau mulut.
HUKUM BERSUGI
Hukum bersugi ialah sunat bukannya wajib disisi jumhur ulamak.
Berkata Imam Ar-Rafie :
واحتج الشافعي بالحديث على أن السواك ليس بواجب، وقال: وَلَوْ كَانَ وَاجِبًا لَأَمَرَهُمْ بِهِ شَقَّ أَوْ لَمْ يشق
Artinya : “Dan berhujjah olih Imam Syafie dengan hadith ini atas bahawasanya bersugi ini bukanlah wajib. Kata beliau jikalau adalah bersugi ini wajib nescaya Nabi saw akan memerintahkan umatnya dengan bersugi samada berat atau ringan.” (Kitab Syarah Musnad As-Syafie)
Berkata Imam Al-Husaini As-Syafie :
السواك غير واجب، وهو قول كافة العلماء.
Artinya : “Bermula bersugi itu ketiadaan wajib dan ialah pendapat kebanyakkan ulamak.”
Dan disunatkan bersugi itu pada sekelian waktu dan keadaan tetapi lebih lagi disunatkan ketika berubah bau mulut dan ketika bangun dari tidur dan ketika berdiri hendak solat.
Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi :
السِّوَاك مُسْتَحبّ فِي كل حَال إِلَّا بعد الزَّوَال للصَّائِم وَهُوَ فِي ثَلَاثَة مَوَاضِع أَشد اسْتِحْبَابا عِنْد تغير الْفَم من أزم وَعند الْقيام من النّوم وَعند الْقيام إِلَى الصَّلَاة
وَاعْلَم أَنه يحصل الاستياك بِخرقَة وَبِكُل خشن مزيل وَالْعود أولى والأراك أولى وَالْأَفْضَل أَن يكون بيابس ندى بِالْمَاءِ وَيسْتَحب غسله ليستاك بِهِ ثَانِيًا
Artinya : “Bermula bersugi itu disunatkan pada setiap keadaan melainkan selepas masuk waktu zuhur bagi orang yang berpuasa. Dan bersugi itu pada tiga tempat bersangatan disunatkannya yaitu ketika berubah bau mulut dan ketika bangun dari tidur dan ketika berdiri hendak solat.
Ketahui olihmu hasil nama bersugi itu dengan menggunakan perca kain dan setiap yang kasat yang menghilangkan dan kayu itu lebih afdhal dan dengan kayu arak itu lebih utama. Dan yang afdhal hendaklah ada ia dengan yang dibasahkan dengan air dan disunatkan membasuh kayu sugi itu untuk bersugi kali yang kedua.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Selain mendapat keredhaan Allah dan jadi bersih mulut apabila bersugi sungguhnya malaikat mendekati akan orang yang bersugi.
Telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. Nabi saw bersabda :
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا تَسَوَّكَ ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي قَامَ الْمَلَكُ خَلْفَهُ ، فَتَسَمَّعَ لِقِرَاءَتِهِ فَيَدْنُو مِنْهُ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا حَتَّى يَضَعَ فَاهُ عَلَى فِيهِ فَمَا يَخْرُجُ مِنْ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ ، إِلاَّ صَارَ فِي جَوْفِ الْمَلَكِ ، فَطَهِّرُوا أَفْوَاهَكُمْ لِلْقُرْآنِ
Artinya : “Sesungguhnya seorang itu apabila dia bersugi dan menunaikan solat nescaya datang malaikat berdiri dibelakangnya dan mendengar bagi bacaannya dan malaikat itu mendekati orang itu hingga rapat pada mulutnya maka tiada yang terbit dari mulutnya suatu ayat dari Quran melainkan jadilah ayat itu didalam diri malaikat maka bersihkan segala mulut kamu untuk Al-Quran.” (Hadith riwayat Al-Bazzar)
MELAMBATKAN SOLAT ISYAK
Telah berkata olih Imam Syairazi :
وأما العشاء ففيها قولان: قال في القديم والإملاء: تقديمها أفضل وهو الأصح لما ذكرناه في سائر الصلوات وقال في الجديد: تأخيرها أفضل لقوله صلى الله عليه وسلم: "لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بتأخير العشاء
Artinya : “Dan ada pun solat isyak maka ada dua qaul padanya. Berkata Imam pada qaul qadim dan pada Al-Imlak mendulukan solat isyak itu adfhal dan ialah qaul yang asah kerana barang yang telah kami sebutkan pada sekelian solat. Dan berkata Imam pada qaul jadid melambatkan solat isyak itu adfhal kerana sabda Nabi saw : Jikalau aku tidak mahu memberatkan umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan melambatkan solat isyak.”
Jadi yang diamalkan tentang solat isyak ini ialah apabila sudah berkumpul semua manusia dan tidak ada hajat yang lain maka menyegerakan solat isyak itu adfhal dan jika ada hajat yang lain atau belum berkumpul olih manusia maka afdhal melambatkan solat isyak tetapi tidak sampai lebih dari tengah malam.
wallahua’lam
Kredit buat Ustaz Azhar Idrus ( Original )
23/12/2015
Salam semua,
Stok terkini terbaru terbaik....
Dari kayu pokok zaitun.
Hanya RM2.50 sebatang.
*Kata rindu Rasululah?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Pengkalan Cepa
16500
