Ainul Mardhiah TEH SENNA ASLI

Ainul Mardhiah TEH SENNA ASLI

Share

100% Teh Dari Daun Senna ASLI. Tiada campuran bahan KIMIA... Senna adalah julap over-the-counter (OTC) yang diluluskan oleh FDA.

Senna adalah ubat herba yang terbuat dari daun, dan bunga dari tumbuhan berbunga kumpulan besar dalam keluarga kekacang. Ekstrak dan teh yang diperbuat dari tanaman Senna ini telah lama digunakan sebagai pencahar dan perangsang dalam perubatan herba tradisional. preskripsi tidak diperlukan untuk membeli Senna. Ia digunakan untuk merawat sembelit dan juga membersihkan usus sebelum ujian diagnostik

07/09/2022

Nak Dengar Satu Kisah Tak ?
------------------------------------------
Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta.
Jawabnya,
"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."
"Kamu pernah berniaga?"
"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"
Orang kaya itu berkata.
"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"
Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.
Sesampai orang kaya itu dia berkata,
"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."
"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"
"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."
Si miskin kehairanan.
"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"
"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"
Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.
Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.
"Sudah dapat ikannya?"
"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"
"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"
Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.
Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?
Si miskin mula marah.
"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"
Si kaya menjawab.
"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."
"Betul kau penat?"
Tanya si kaya pada si miskin.
"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"
"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"
"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"
"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"
"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"
"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"
Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.
"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).
Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa. Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"
"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku s**a"
"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"
"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"
Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.
Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.
"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"
Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.
"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"
"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"
"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."
Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.
"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"
"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".
Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.
Sahabat sekalian.
Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.
Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.
Teruskan perjuangan sahabatku.
Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.
Teruskan melangkah jangan pernah mengalah!

10/07/2022

Buat semua yang baca. Saya Doakan anda sampai di tempat ini satu Hari nanti. Aamiin...🌹🤲😊
Credit : Pesan Bonda

10/07/2022

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛
“𝐴𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑝𝑢𝑙𝑢ℎ (ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑍𝑢𝑙ℎ𝑖𝑗𝑗𝑎ℎ) 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎𝑖 ℎ𝑎𝑖𝑤𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑎 ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖ℎ𝑛𝑦𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑜𝑡𝑜𝑛𝑔 𝑟𝑎𝑚𝑏𝑢𝑡𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑜𝑡𝑜𝑛𝑔 𝑘𝑢𝑘𝑢𝑛𝑦𝑎.” (𝐻𝑅 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚, ℎ𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑠𝑎ℎ𝑖ℎ)”
𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛 dari kami :
𝗔𝗶𝗻𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗿𝗱𝗵𝗶𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗵 𝗦𝗲𝗻𝗻𝗮 𝗔𝘀𝗹𝗶

16/04/2022

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮, 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝗮.
Setiap hari sebelum berbuka akan ada saat doa mustajab untuk setiap orang yang berpuasa.
Maka jangan lepaskan peluang untuk berdoa dan memohon segala hajat.
Amalkan juga zikir ini sebelum berdoa agar doa makbul. 🤲

02/04/2022

Assalamualaikum semua saudara saudariku.
Menjelang kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang mukmin yang merindui Ramadhan.
Alhamdulillah, seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah berpuasa Ramadhan pada tahun ini dan inilah masanya ucapan ramadan kepada insan tersayang mahupun rakan taulan. Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Aminn Ya Rabbal Alamin.
Mohon maaf juga andai ada salah silap kami. ❤️
Salam ramadhan semua dari kami AINUL MARDHIAH TEH SENNA

27/03/2022

Bila kita tahu hidup kita tak sempurna..kita cubalah ubah menjadi lebih baik. Biar orang tak s**a cara kita yang penting kita tahu apa yg kita buat.
Bila kita susah orang takkan pandang. Tapi bila kita senang, bahagia, mulalah ada mata lain yang kurang senang melihat semua tu. Lumrah manusia hati takkan pernah s**a melihat orang lain berjaya atau bahagia.
Pandang cermin lihat diri sendiri. Jangan kita pandang cermin melihat orang lain. Bersyukur dgn apa yg ada kerana semua ini hanyalah sementara.. ingat tu!

28/01/2022

𝗔𝘀𝘁𝗮𝗴𝗳𝗶𝗿𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗹'𝗮𝘇𝗶𝗺..𝗯𝗮𝗿𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗳𝗵𝗺..
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
𝗣𝗮𝗻𝗴!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.
𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝗶.
You have to face it!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
- 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, 𝗔𝗟𝗟 𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗪!
Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40'.
Take a second to think about how blessed you are.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
Baik kan Allah
𝗬𝗲𝘀. 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗶𝘀 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗹𝗲. 𝗗𝗼 𝗴𝗼𝗼𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝗴𝗼𝗼𝗱 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗰𝗼𝗺𝗲 𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘂.
-Unknown writer-

28/01/2022

Assalammualaikum, Salam Jumaat dan Selamat Pagi semua ❤️
‘𝗡𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗹𝘂𝗮𝗿𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘀𝗶’.
Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat kita semua, mudah mudahan peroleh keberkatan dari Yang Maha Esa dan rezeki kita semua berlipat kali ganda.
آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ.

18/01/2022

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗡𝗔
𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗨𝗡 𝗦𝗔𝗡𝗡𝗔.
Semoga dapat membantu anda untuk lebih yakin dengan Teh Senna Ainul Mardhiah.
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗧𝗛𝗢𝗕𝗜𝗕 𝗜𝗤𝗕𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗦𝗛𝗔𝗠 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗨𝗡 𝗦𝗔𝗡𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗨𝗖𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 @ 𝗨𝗦𝗨𝗦.
Semoga asbab perkongsian ini mengalir pahala buat sesama kita.
Jom bantu sebarkan pada orang di luar sana utk sama sama dapat maklumat ini. Klik butang share tu yer.
𝗞𝗹𝗶𝗸 𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘄𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘂𝘁𝗸 𝗱𝗽𝘁𝗸𝗻 𝗔𝗶𝗻𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗿𝗱𝗵𝗶𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗵 𝗦𝗲𝗻𝗻𝗮. 𝗜𝗻𝘀𝘆𝗮𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.
Kami Sudah, Anda, Bila Lagi??
Untuk tempahan boleh hubungi kami.klik link dibawah..
http://www.wasap.my/60193672406/AinulMardhiahTehSennaAsli

17/01/2022

𝖴𝗌𝖺𝗁𝖺 𝗌𝖾𝗅𝖺𝗀𝗂 𝖻𝗈𝗅𝖾𝗁.. 𝖩𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖺𝗅𝖺𝗁.. 𝖡𝗎𝖺𝗇𝗀 𝗋𝖺𝗌𝖺 𝗆𝖺𝗅𝗎.. 𝖡𝗎𝖺𝗇𝗀 𝗋𝖺𝗌𝖺 𝗍𝖺𝗄 𝗒𝖺𝗄𝗂𝗇 𝗉𝖺𝖽𝖺 𝖽𝗂𝗋𝗂.. 𝖯𝖺𝗌𝗍𝗂𝗄𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗁 𝗎𝗌𝖺𝗁𝖺 𝗌𝖾𝗁𝖺𝖻𝗂𝗌 𝖻𝖺𝗂𝗄, 𝖻𝖺𝗋𝗎 𝗌𝗎𝗃𝗎𝖽 𝗌𝖾𝗋𝖺𝗁𝗄𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗎𝗋𝗎𝗌𝖺𝗇 𝗉𝖺𝖽𝖺 𝖠𝖫𝖫𝖺𝖧.. 𝖠𝖽𝖺 𝖻𝖾𝗓𝖺 𝖽𝗂 𝖺𝗇𝗍𝖺𝗋𝖺 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝖽𝖺𝗇 𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻.. 𝖬𝖺𝗇 𝖩𝖺𝖽𝖽𝖺 𝖶𝖺 𝖩𝖺𝖽𝖽𝖺.. 𝖪𝗂𝗍𝖺 𝖻𝗎𝖺𝗍 𝗄𝗂𝗍𝖺 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍.. 𝖪𝖺𝗅𝖺𝗎 𝗆𝖺𝗌𝗂𝗁 𝖻𝖾𝗋𝗍𝖾𝗋𝗎𝗌𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖾𝗅𝗎𝗁, 𝗆𝖾𝗋𝖺𝗍𝖺𝗉 𝖽𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖺𝖽𝗎 𝗍𝖺𝗇𝗉𝖺 𝗎𝗌𝖺𝗁𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗆𝖺𝗇𝗀𝖺𝗍 𝗇𝖺𝗄 𝗎𝖻𝖺𝗁 𝖽𝗂𝗋𝗂, 𝗌𝖺𝗆𝗉𝖺𝗂 𝖻𝗂𝗅𝖺-𝖻𝗂𝗅𝖺 𝗄𝗂𝗍𝖺 𝗄𝖾𝗄𝖺𝗅 𝖽𝗂 𝗍𝖺𝗄𝗎𝗄 𝗅𝖺𝗆𝖺..

01/01/2022

Hari kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah kenyataan,
Hari esok adalah impian,
Sucikan hati, jernihkan fikiran.
Sambutlah tahun baru dengan harapan,
penuh kebahagiaan, kesenangan, kesihatan dan kedamaian.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.

27/12/2021

Assalamualaikum wr wb
Semangat pagi.
Selasa penuh berkah, memulai pagi ini dengan ucapan doa & syukur.
Semoga apapun yg kita kerjakan hari ini berjalan lancar, banyak kemudahan & dilimpahkan rezeki yang berkah berlimpah.
Berbuat baik dan berdoa yang terbaik Insyaa Allah akan diberikan yang terbaik oleh Allah Swt

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuala
Perlis
02000