Flashh Skincare#sisbeauty

Flashh Skincare#sisbeauty

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Flashh Skincare#sisbeauty, Health/Beauty, Taman Seri Firdaus, Sena, Perlis.

31/12/2022

Ayam Kenny Rogers

Tak payah susah2 bayar mahal2! Buat sendiri je, sebijik rasa dia! Idea utk berbuka puasa!
Ini bahan utk sebelah ayam
Klu sekor ayam doublekn bahan ok..

1biji bawang besar(yg besar..klu kecil..amik 2biji)
5ulas bawang putih
Seinci halia
1kiub ayam knorr
-Blend smua bahan
2sudu mix herbs
3sudu sos tiram
3sudu madu
1sudu besar lada hitam..tumbuk
Gula dan garam secukup rase

Gaul dgn smua bahan blend
Perap semalaman lg sedap
Bakar pada suhu 180c selama 1jam

Kredit: Masao Azuma‎

31/12/2022

AYAM KARLIO NANAS ~

Bahan-Bahan:

● 1 ekor ayam sederhana- dibelah empat, cuci dan toskan.
● 10 biji cili merah/hidup- dikisar
● 8 biji cili api/lebih jika s**a pedas
● 6 biji buah keras- kisar
● 3 batang serai- kisar
● 2 inci lengkuas- kisar
● 1 biji bawang besar- kisar
● 4 keping asam keping
● 1 biji kelapa- jadikan santan-agak-agak
● 1/2 biji nenas- dipotong sederhana nipis
● Daun kesom- diracik
● 2 helai daun limau purut
● 3 tangkai daun ketumbar- diracik
● sedikit serbuk kunyit
● Minyak
● Garam dan gula

CARA:

1.Minyak dipanaskan dan tumis bahan-bahan yang dikisar sampai wangi dengan api yang sederhana

2. Masukkan santan dan ayam bersama asam keping serta garam dan sedikit gula.

3. Didih sehingga ayam empuk.

4. Masukkan nenas dan daun kesom bersama daun limau purut.

5. Masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.

-Daun ketumbar untuk ditabur jika s**a

~ SELAMAT MENCUBA ~

kredit : resepi Chef Wan

31/12/2022

Ayam bakar fav sy sekeluarga. Sampai skrg dah jd fav kluarga mertua. Simple tp sdp dan xperlu perap!
Resepi
Ayam 1 ekor
3 biji Bawang merah
2 biji bawang besar
3-4 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang holand
1 inci Halia
2-3 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas lbhkan)
* kisar semua
Madu
Gula
Garam
Kuib pati ayam
Serbuk perasa
Pnskan kuali mas**an myk + butter/marjerin
Tumis semua bahan diatas, mas**an bahan2 perasa dan agak2 dah naik bau mas**an ayam. Masak ayam dlm kuali dulu dan Balik2 kan ayam (balik skli dua sahaja) dan smbil tu lumurkan bahan perap ke ats ayam smpai ayam separuh masak@bila isi ayam dah kembang tutup api. Biarkan sejuk
(Cara ni cpt dan mudah, ayam xperlu perap. Ayam pon lembut dan cpt msk bila bakar nanti)
Blh lah bakar dlm af 170-180 celcius selalam 30 hingga 40 minit

27/12/2022

RESEPI KEREPEK BAYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Kerepek bayam brazil petik depan rumah.
Sedap buat kudap2
Klik https://youtu.be/zuC-VUSr8qk

BAHAN-BAHAN
5 sudu tepung bestari original
1 sudu tepung bestari pedas
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu rempah kari

CARA PENYEDIAAN
Gaul sebati bahan di atas
Cuci bersih daun bayam(ambil daun sahaja).
Taburkan campuran tepung diatas td sehingga sekata.
Goreng dalam minyak panas
*Sy x letak garam sebab tepung dah cukup masin
*Sy x guna telur sebab klu pakai telur kerepek berminyak sgt & kerangupan x kekal lama
*Gandakan bahan campuran tepung jika nk buat banyak
Tambahan : sebab ramai yg bertanya xyah campur air ke campuran tepung tu, ye xyah campur air. In shaa allah lekat je tepung tu sebab lepas basuh daun bayam kita terus taburkan tepung. Pastu ratakan bg semua kene tepung tu ye baru goreng dalam minyak panas.
Memang rangup. Simpan dalam bekas kedap udara. Tahan lama.
Kalau nak buat jualan ke apa guna resepi ni silakan

Kredit : Roslinda rosli

07/06/2021

Try flashh skincare utk kulit licin fawless

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Taman Seri Firdaus, Sena
Perlis
01000