Statecraft MY

Statecraft MY

Share

๐…๐š๐ค๐ญ๐š, ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ฌ๐ข โณ
โ€œ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š. ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐ž๐ค๐š๐ง๐š๐ง.โ€

13/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž

Saya dan Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa, akan mengumumkan hala tuju politik baru kami pada hari Ahad, 17 Mei 2026.

Tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya.

Pengumuman ini akan dibuat di dalam satu majlis seperti berikut:

Tempat:
PJ Performing Arts Centre (PJPAC)
S611, Second Floor
One Utama E
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya.

Tarikh:
Ahad, 17 Mei 2026

Masa:
2 โ€“ 5 petang
(Ketibaan orang ramai bermula jam 1 petang)

Majlis pengumuman ini terbuka kepada orang ramai. Saya jemput seberapa ramai live streamers untuk hadir dan mengadakan live stream majlis ini.

Saya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis ini.

Untuk memudahkan urusan penganjuran, orang ramai yang berminat untuk hadir boleh mendaftar di pautan, https://forms.gle/NUER91Fcu4KJWRSP8 atau scan QR code.

Jumpa hari Ahad ini, jam 2 petang di PJPAC atau di live stream.

07/05/2026

JANGAN PERCAYA NARATIF โ€˜GO SOLOโ€™ AKHIRNYA BERPAKAT DENGAN DAP - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

PADANG TERAP - UMNO sedang memainkan naratif politik dengan menggunakan slogan โ€˜go soloโ€™ bagi menggambarkan parti itu menentang DAP, namun realitinya parti itu akan kembali bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, naratif tersebut hanya bertujuan untuk mempengaruhi pengundi Melayu supaya kembali menyokong UMNO dalam PRU16.

โ€œJangan percaya naratif โ€˜go soloโ€™, akhirnya mereka (UMNO-DAP) berpakat semula. UMNO sekarang cuba secure sokongan dengan main silap mata, kononnya lawan DAP, sedangkan di belakang tetap bekerjasama,โ€ katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Padang Terap, pada Rabu.

Menurut Sanusi, strategi itu digerakkan bagi mewujudkan persepsi bahawa UMNO menolak DAP, terutama menjelang PRU di beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan mungkin Negeri Sembilan yang didakwa berdepan krisis politik.

โ€œNak tunjuk pada orang Melayu bahawa UMNO tolak DAP, buatlah krisis dan hentam DAP tetapi di belakang cium mulut (politik) jadi UMDAP. Usaha itu untuk mengaburi mata orang Melayu, bimbang semakin jauh dari parti itu, maka buatlah naratif lawan DAP. Jangan bohong banyak sangat nanti malu pada diri sendiri,โ€ katanya.

Tambah beliau, naratif itu adalah bagi memancing undi Melayu agar UMNO dapat kembali berkuasa.

โ€œMereka dulu kata lawan DAP, sekarang duduk sekali dalam kerajaan. Habis mengundi PRU16, mereka akan pakat semula dengan DAP, tubuhkan kerajaan. Tunggu tengok, semua itu (go solo) mengarut,โ€ katanya.

Sanusi tegaskan, UMNO berbeza dengan PAS yang konsisten dalam perjuangan walaupun tanpa jawatan dalam kerajaan.

โ€œAhli PAS terus bekerja walau tiada jawatan. Bila diperlukan, kita turun membantu secara sukarela. Itu kekuatan kita. UMNO kalau tak ada jawatan, ibarat habis oksigen.

โ€œBila rakyat tahu kita ada orang-orang hebat yang korbankan masa, wang ringgit dan tenaga untuk menyelamatkan negara ini, kenapa nak tolak kita.

โ€œPAS pernah tawarkan persahabatan dengan UMNO, kita lupakan sengketa, lupakan apa jua peristiwa termasuk insiden Lubuk Merbau dan Memali. Kita maafkan demi persahabatan, ikhlasnya kita,โ€ jelasnya.

Tambah beliau, namun UMNO tidak pernah berubah dan sering mengulangi kesilapan lalu.

โ€œMasih nak percaya UMNO? Bagaimana UMNO berkuasa, kita akan cerita sebagai subjek sejarah saja,โ€ katanya.

Dalam masa sama, beliau tegaskan, pengundi telah menunjukkan penolakan terhadap UMNO di Kedah pada pilihan raya lalu, termasuk di beberapa kerusi utama seperti Padang Terap.

โ€œKalau bukan PAS menang, UMNO akan menang. Tetapi rakyat sudah beri isyarat jalan keluar kepada UMNO dalam beberapa PRU lepas,โ€ katanya.

https://www.kedahonline.com/2026/05/jangan-percaya-naratif-go-solo-akhirnya.html

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Permatang Pauh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Permatang Pauh