MAMA BABY CONFINEMENT CARE

MAMA BABY CONFINEMENT CARE

Share

“THE BEST POSTPARTUM CARE TO MUMMIES “. WE PROVIDE CARE GLOBALLY 🌍

16/05/2026

I just want to take a moment to sincerely thank Kak Awin for the amazing care you’ve given me and my baby over the past 14 days. Honestly, I feel so grateful and blessed to have you with us during this important time.

Dari hari pertama sampai sekarang, you’ve been so attentive, sabar, and penuh kasih sayang. Cara you jaga baby sangat gentle and experienced. It really gave me peace of mind, especially as a mum who is recovering. You also took such good care of me, making sure I makan cukup, rehat cukup, and always checking on my condition.

Masakan you pun berkhasiat and sesuai untuk pantang. I can really feel the difference in my recovery. Little things you do every day, walaupun nampak simple, actually mean so much to me and my family.

Thank you for being so responsible, hardworking and sincere in everything you do. Kami memang sangat hargai your effort, your patience, and your kindness sepanjang you bersama kami.

Saya doakan semoga you sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan terus berjaya dalam menjaga ibu-ibu dan baby lain dengan penuh kasih sayang ❤️

We will definitely remember you and highly recommend you to others. Terima kasih banyak-banyak kak Awin!

08/05/2026
08/01/2026

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MBCC serta confinement lady Kak Rini atas penjagaan yang sangat baik sepanjang 14 hari tempoh berpantang saya.
Sepanjang tempoh ini, saya benar-benar berasa tenang, selesa dan terjaga. Kak Rini seorang yang sangat berpengalaman, penyayang, sabar dan komited dalam menjalankan tugas. Setiap penjagaan, masakan, urutan dan nasihat yang diberikan amat membantu pemulihan saya dari segi fizikal dan emosi. Layanan yang diberikan bukan sekadar tugas, tetapi penuh keikhlasan seperti menjaga ahli keluarga sendiri.
Tidak dilupakan juga MBCC, yang menyediakan perkhidmatan berpantang yang profesional, tersusun dan berkualiti. Saya sangat berpuas hati dengan sistem, sokongan serta pemilihan tenaga kerja yang berdedikasi dan berkemahiran tinggi.
Terima kasih MBCC dan Kak Rini kerana menjadikan pengalaman berpantang saya begitu bermakna dan menyenangkan. Jasa dan kebaikan ini amat saya hargai dan kenang 🌷

30/12/2025

Hi Mama ,
Untuk mama yang penat…
Penat jaga anak.
Penat fikir semua benda.
Penat sebab tidur tak cukup, emosi turun naik, badan rasa berat.

Kadang mama lupa,
mama pun manusia.
Perlu rehat. Perlu sentuh. Perlu ruang untuk diam & tarik nafas.

Datang spa bukan sebab manja.
Datang spa sebab self-preservation.
Reset badan. Recharge mind. Stabilkan emosi.

Sejam atas katil spa,
biar kami jaga badan mama.
Mama fokus satu benda je — tenang.

You deserve this.
Me time bukan luxury, it’s a necessity 🤍

📍Booking slot mama sekarang
📲 DM / WhatsApp
Limited slot – sebab mama lain pun tengah cari rehat yang sama.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 9-1 Jalan Pjs 8/12A , Dataran Mentari
Petaling Jaya
46150