Dhia Home & Mobile Spa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dhia Home & Mobile Spa, Spa, Blok H-16-05, PPR Kg Muhibbah, Off Jalan Puchong, Petaling Jaya.
11/03/2018
Cara mudah untuk minum air yang cukup
1. Sebelum Tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.
2. Bangun Tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita
3. Sebelum Mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.
4. Sebelum Makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya.
11/03/2018
Petua untuk tegangkan kulit wajah.
Ambik segengam beras dan goreng tanpa minyak slps itu beras td di tumbuk atau diblend halus.pecahkan telur ambik kuningnya sahaja,gaul bersama beras yang diblend tadi..sapukan di muka anda dan biarkan semalaman..keesokan harinya cuci muka anda dengan air suam.
Selamat mencuba.
11/03/2018
Khasiat Serai Wangi
===================
1) Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan
mulut (sendawa).
2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak–bengkak sendi dan otot. Air rebusan daun serai (lebih
baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk
penyakit lemah otot dan sendi.
3)Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan. Campuran dengan rempah ratus mempunyai
khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan. Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
4)Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang
lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
3)Daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin
meroyan dalam pantang bersalin.
4)Membantu melancarkan peredaran darah
5)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
11/03/2018
Merawat Kuku Tangan Dan Kaki (minyak suam/lilin parafin)
-Melembutkan dan melembapkan kuku tangan dan kaki.
-Merangsangkan peredaran darah.
-Menyuburkan kulit tangan dan kaki.
-Mengurangkan kedutan pada kulit tangan dan kaki.
-Membaiki keadaan kuku yang kering dan tergantung.
11/03/2018
TIPS MEMERAHKAN BIBIR
Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.
Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?
Kami ada jawapannya.Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.
1. GUNAKAN MADU
Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli
Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.
Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.
2. GUNAKAN LIMAU NIPIS
Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C.
Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.
3. SAPU MINYAK ZAITUN
Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir.
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.
4. SAPU AIR MAWAR SEBELUM TIDUR
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga!
5. SAPU MINYAK KACANG BADAM SEBELUM TIDUR
Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.
6. LETAK MENTEGA
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.
7. SAPUKAN KUNYIT
Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.
8. GUNAKAN AVOCADO
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.
9. GUNAKAN DAUN KETUMBAR
Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.
10. HIRIS TIMUN DAN LETAK PADA BIBIR
Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.
11. BLEND BUAH BIT DAN LETAK PADA BIBIR
Bukan mudah untuk jumpa buah bit. Cuba pergi ke pasaraya besar atau di tempat yang ramai expat tinggal.
Buah bit merupakan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan berwarna merah. Vitamin dan warna inilah yang dapat membuatkan bibir anda menjadi merah dan lembap.
Caranya adalah dengan mengisar buah bit sampai menjadi halus. Letakkan kisaran buah bit di atas bibir dan biarkan selama 25 minit. Setelah itu, bilaslah bibir anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari sehingga bibir anda menjadi kemerahan.
Pendek kata, jalanilah kehidupan yang lebih sihat dan tanpa stres, jauhilah rokok dan juga jaga tidur dengan cukup kerana ianya akan memancarkan kecantikan seri anda dari dalam, dan juga secara luaran. Selamat mencuba.
11/03/2018
10 PETUA HILANGKAN BAU KETIAK HANGIT DENGAN CEPAT & BERKESAN
Jadi jika deodoran masih tidak boleh membantu, bolehlah cuba petua hilangkan bau ketiak ini.
1. CUKA EPAL
Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.
Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.
Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.
2. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.
Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.
Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.
3. HYDROGEN PEROXIDE
Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau ‘first aid kit’.
Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.
Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.
4. LEMON
Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.
Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.
Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.
5. AIR MAWAR
Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.
Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.
6. BATU KRISTAL
Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak s**akan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.
Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.
7. BEDAK BAYI
Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.
Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.
8. SERBUK SANDALWOOD
Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.
Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.
9. TAWAS
Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.
10. SENGKUANG
Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.
11/03/2018
Ini cara hilangkan daki supaya anda lebih bersih dan segar selepas mandi.
1. SIKU
Seeelok-eloknya, tiap kali mandi, sapu exfoliating cream pada siku dan gosok mengguna loofah.
Daki dan sel mati akan mudah tertanggal. Untuk memutihkan siku, sapu dengan jus lemon.
2. LEHER
Bahagian ini, terutamanya di bahagian belakang leher memang jarang diberi perhatian. Sebab itu daki mudah berkumpul terutamanya di belakang tengkuk kerana ia jarang dicuci dengan sempurna.
Setiap kali mandi, pastikan bahagian belakang leher dicuci dengan sabun. Sental dengan loofah untuk menghilangkan daki yang degil.
3. TELINGA
Sama seperti leher, bahagian belakang telinga juga sering diabaikan, terutamanya pada bayi. Tidak hairanlah kotoran s**a berkumpul di bahagian tersebut.
Pastikan setiap kali mandi, anda cuci bahagian belakang telinga dan keringkan dengan betul untuk mengelakkan kelembapan. Daki mudah berkumpul di tempat yang lembap.
4. LUTUT
Lutut juga sama seperti siku. Bahagian badan ini cenderung menjadi kasar dan kehitaman.
Boleh lakukan cara yang sama untuk mencerahkannya iaitu dengan bantuan krim atau jus lemon.
Pelipat belakang lutut juga jarang disental sewaktu mandi menyebabkan daki mudah berkumpul di bahagian tersebut.
5. CELAH PAHA
Ramai yang tidak sedar bahawa daki mudah berkumpul di celah peha ini kerana ia biasanya tinggi kelembapan. Namun, ia jarang diberi perhatian sewaktu mandi.
Sebab itulah bahagian ini cenderung berubah warna menjadi gelap kerana kita kurang memberi perhatian terhadapnya.
PASTIKAN 5 ANGGOTA INI DISENTAL SETIAP HARI,
… jika tidak daki mudah berkumpul dan s**ar untuk dihilangkan dengan cepat.
Tidak kiralah berapa lama anda mandi atau berapa banyak air anda gunakan setiap hari, kesan daki tetap tidak akan tertanggal daripada badan jika tidak disental dengan baik.
11/03/2018
KENAPA WANITA PERLU BERURUT....????
Semakin Usia Meningkat Urat-Urat Badan Sudah tidak aktif seperti usia muda. Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan. Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul. KEBAIKAN BERURUT :
❤ Melancarkan perjalanan darah
Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
❤ Mencantikkan Kulit Tubuh dan Wajah
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan MINYAK SERAI Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang TOKSIN yang terperangkap di dalam kulit.
❤ Menenangkan Perasaan dan Mengurangkan Tekanan
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
❤ Membuang Toksin
Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di baeah permukaan kulit.
❤ Membantu Mencantikkan Kulit Bahagian Luar
Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan p**a bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik...
11/03/2018
Proses Urutan Wajah
Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai salah satu aktiviti harian anda. Gunakan sentuhan ringan serta lembut dengan menggunakan jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya dibawa ke bawah luar wajah.
Langkah Pertama Urutan Wajah
Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.
Langkah Kedua Urutan Wajah
Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.
Langkah Ketiga Urutan Wajah
Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.
Langkah Keempat Urutan Wajah
Kenakan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.
Langkah Kelima Urutan Wajah
Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.
Langkah Keenam Urutan Wajah
Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang p**i dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.
Langkah Ketujuh Urutan Wajah
Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening(pelipis).
Langkah Kelapan Urutan Wajah
Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata(pejamkan mata)
Langkah Kesembilan Urutan Wajah
Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.
Langkah Kesepuluh Urutan Wajah
Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang.
Langkah terakhir Urutan Wajah
Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan yang sama menggunakan tangan kiri.
No automatic alt text available.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Blok H-16-05, PPR Kg Muhibbah, Off Jalan Puchong
Petaling Jaya
58200
