Moeder Milk Booster
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Moeder Milk Booster, Health/Beauty, Petaling Jaya.
26/01/2026
Untuk susu ibu yang lebih berkualiti. Tentunya dengan
25/01/2026
Tempoh Susu Perahan : Ini Mama Perlu Ambil Tahu! Menjadi seorang ibu menyusu bukan mudah. Lebih-lebih lagi bila perlu kembali bekerja, urus rumah tangga dan dalam masa yang sama ingin pastikan si manja cukup
10/06/2025
Susu Ibu kurang? Cuba amalkn susu moeder milk booster ni. Insyaallah pasti meriah!
019-456 6973
30/04/2025
1. EASY GOING
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Menangis sekitar 2 jam/24 jam.
📍Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka.
📍Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar.
📍 Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh 'bermain' sendiri.
😴 Stail Tidur 😴
📍 'Sleep anywhere, anytime' kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga.
📍 Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.
2. HIGH DEMAND
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Tegang (intense)
📍Sangat aktik
📍Pengekstrak tenaga penjaga
📍Kerap menyusu
📍Mahu respon segera (menggesa)
📍Kerap terjaga
📍Sukar di puaskan
📍Tidak terjangkakan
📍Sangat sensitif
📍Tidak s**a di letakkan
📍Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri
📍Adaptasi rendah terhadap perkara baru
📍Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.
😴 Stail Tidur 😴
📍 Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu 'tidur sendiri'. Perlu dibantu setiap kali.
📍Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.
3. SAWAN TANGIS (INFANTILE COLIC)
💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Kump**an paling lemah adaptasi pada perkara baru
📍Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma s**a nangis.
📍Sangat s**ar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.
😴 Stail Tidur 😴
📍 Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise 'on' sepanjang tidur + hayunan 'on' sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.
👪Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori👪
🚩Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham 'jenis' bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.
🚩'Baik' dan 'Buruk' anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.
🚩 Bayi 'easy going' memang 'sempoi' dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu 'easy' boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak 'easy' lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai p**a 'buat hal' sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.
🚩Bayi high demand dan colic memang 'menyusahkan'. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka s**a dan tak s**a. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.
Kajian pas**an Sweden yang diterbitkan
Acta Paediatrica, mengkaji 50 bayi colic bersama 100 bayi bukan colic. Bayi-bayi di jejaki hingga usia mereka 4 tahun. Hasilnya? Tiada beza ketara dalam corak tidur, makan dan perangai normal kanak-kanak kesemua mereka kecuali ; majoriti kanak-kanak bekas bayi colic sangat beremosi dan bertantrum. Ibubapa p**a di kehendaki melengkapkan borang kaji selidik yang mengandungi lebih 50 soalan dan corak jawapan mendapati kanak-kanak bekas bayi colic yang sangat beremosi ini mempunyai persekitaran membesar yang berputar sekitar rasa tak puas hati dikalangan ahli dan rutin hariannya.
Dalam kajian lain oleh pas**an Anne Stright ke atas 1300 kanak-kanak Amerika dari lahir hingga usia gred 1 p**a mendapati, pelajar paling cemerlang sikap, ketrampilan diri serta akademik di dalam kelas adalah bekas bayi-bayi colic yang dibesarkan dengan corak keibubapaan yang betul dan positif.
Mengapa ini terjadi? Ini kerana bayi high demand dan colic lebih peka dengan respon dan layanan ibubapa kepada mereka. Maka, mereka paling terkesan dengan apa yang di terima dari ibubapa mereka. Jika apa yang mereka terima itu bersifat positif, maka rasa saling percaya dan hormat akan di bina. Bila ia ada, maka sikap mereka lebih mudah diselaraskan ke arah yang ibubapa mahukan.
Uswatun Hasanah Mohd Habib
Konsultan Tangisan Bayi
Penulis Buku Mengapa Bayi Anda Menangis
THB Edu Assc USA
Sumber:
The Happiest Baby on the Block, MD Harvey Karp
Difficult Babies Can Turn Into Super Kids, Gwen Dewar, PHD
29/04/2025
Moeder milk booster..
Moeder Vanilla
Moeder Coklat
Mana satu pilihan ibu?
Nak banyak susu badan?
Nak HB cantik?
Nak tenaga & kurang mual?
Amalkn Moeder Milk booster ni ..
17/01/2025
Ready stock. Ready to post out. Limited stock. Grab yours now mummy!! Whatsapp 019-456 6973 or DM okeh.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Petaling Jaya
47410
