Optomata

Optomata

Share

One Stop Centre for Primary Eye Care & Eye Health Screening for all ages including children eye care

By appointment only
Hanya dengan TEMUJANJI

*Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon pada nombor di profile sahaja

23/07/2026

ZEISS CLEARMIND, FEEL THE CHANGE !
AT OPTOMATA, WE LEAD THE WAY…

Satu REVOLUSI BARU dalam dunia kanta premium akhirnya tiba.

ZEISS ClearMind ialah generasi kanta terbaru daripada ZEISS yang dibangunkan berasaskan penyelidikan neurosains. Dengan teknologi ZEISS NeurOptix, kanta ini direka untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas pada kawasan yang paling penting dalam kehidupan seharian, sekali gus membantu mengurangkan beban pemprosesan visual (cognitive load) supaya anda dapat kekal fokus, lebih selesa dan menikmati pengalaman penglihatan yang lebih semula jadi.

Antara kelebihan ZEISS ClearMind:
💡 Penglihatan yang sangat jelas pada zon yang paling diperlukan.
💡 Zon penglihatan yang lebih luas dengan pengurusan kabur yang dipertingkat.
💡 Adaptasi yang lebih pantas dan pergerakan mata yang lebih lancar.
💡 Direka untuk menyokong keselesaan visual sepanjang hari.

Sebagai ZEISS VISION EXPERT, OPTOMATA berbangga menjadi antara Clinical Optometry Practice terawal di Malaysia yang menawarkan teknologi kanta ZEISS ClearMind kepada pelanggan kami.

Namun, kanta terbaik tetap memerlukan padanan yang tepat. Di OPTOMATA, setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh serta konsultasi profesional bagi memastikan kanta yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan penglihatan dan gaya hidup anda.

Sebarang PERTANYAAN atau TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI boleh terus hubungi kami pada WAKTU OPERASI. Nombor telefon, lokasi & maklumat operasi boleh dirujuk di BIO kami.

📍Waze: OPTOMATA (Bdr. Bkt. Puchong)

22/07/2026

NAMPAK JELAS, TIDAK SEMESTINYA MATA ANDA SIHAT!

Ramai datang untuk membuat cermin mata dan hanya mahu memeriksa power. Tetapi pemeriksaan mata bukan sekadar menentukan tahap rabun sahaja.

Penglihatan yang normal belum menjamin keadaan retina & saraf mata yang normal.
Penyakit seperti retinopati diabetik dan glaukoma peringkat awal boleh berlaku tanpa rasa sakit dan tanpa menjejaskan penglihatan pada peringkat awal.

Selain retina dan saraf mata, struktur lain juga perlu diperiksa. Contohnya kornea, bahagian hadapan mata, tekanan mata dan kanta mata. Kanta mata yang mula keruh akibat katarak juga boleh menyebabkan penglihatan kabur dan tidak dapat diselesaikan hanya dengan menukar power cermin mata.

Di OPTOMATA, ada yang datang kerana menyangka rabun semakin tinggi. Tetapi selepas pemeriksaan menyeluruh, kami menemui pendarahan retina, strok mata, kerosakan saraf mata dan juga pembengkakan saraf mata yang berkaitan dengan masalah kesihatan yang lebih serius seperti ketumbuhan otak.

Jadi, sebelum menempah cermin mata, jangan bertumpu untuk periksa power sahaja. Pastikan anda menjalani pemeriksaan mata menyeluruh, termasuk retina, saraf mata, tekanan mata dan struktur hadapan mata.

Setiap yang hadir ke Optomata, harus menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk tempahan cermin mata. Kesihatan mata dan tahap penglihatan akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik sebelum tempahan cermin mata di buat.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

21/07/2026

EXPERIENCE PREMIUM PHOTOCHROMIC VISION AT OPTOMATA !

The finest photochromic lenses like Photofusion X by Zeiss can transform the way you see and experience the world by delivering exceptional visual comfort, clarity, and protection from morning to night, indoors and outdoors.

At OPTOMATA, we believe premium lenses should never be chosen based on trends alone. The foundation of outstanding vision begins with a thorough understanding of your eyes and your unique visual needs.

Before recommending any lens solution, we perform a comprehensive eye examination that includes:

🔹 Anterior eye structure assessment
🔹 Retina and optic nerve examination
🔹 Eye pressure measurement
🔹 Daily visual needs analysis
🔹 Determination of the most suitable lens type

Because “no two eyes” and “no two lifestyles” are exactly alike.

Some individuals achieve their best vision with Single Vision lenses.
Some benefit from Anti-Fatigue lenses for modern digital demands.
Others require Progressive / Multifocal lenses for seamless vision at all distances.

Once we have accurately identified your visual requirements, our team will guide you toward the most suitable lens technology, including premium photochromic options designed to deliver superior comfort, convenience, and visual protection throughout your day.

At OPTOMATA, we offer far more than eyewear.

We are committed to:
✅ Comprehensive eye examinations
✅ Precise prescriptions
✅ Professional consultations
✅ Personalized vision solutions

Because exceptional visual comfort starts with an accurate diagnosis and expert care.

☎️For enquiries and appointment bookings, contact us through the number in our BIO during operating hours.

20/07/2026

MORE THAN JUST GLASSES, MORE THAN CORRECTION !

Ramai pelanggan hadir ke Optomata dengan satu tujuan:

“Saya rasa mata makin kabur, saya nak buat cermin mata baru.”

Namun selepas menjalani Pemeriksaan Mata Menyeluruh, ada sebahagian daripada mereka bukan sekadar mengalami perubahan power rabun, tetapi turut dikesan mempunyai masalah kesihatan mata yang memerlukan perhatian.

Antara kes retina dan mata yang ditemui di Optomata:

🔍 Retinal Screening Findings
• Myopic Degeneration (kemerosotan retina akibat rabun tinggi)
• Glaucoma (kerosakan saraf optik akibat tekanan mata atau faktor lain)
• Age-related Macular Degeneration (AMD)
• Peripheral Retinal Degeneration (perubahan retina bahagian tepi)
• Diabetic Retinopathy (komplikasi diabetes pada retina)
• Retinal Artery Occlusion (saluran darah arteri retina tersumbat)
• Branch Retinal Vein Occlusion (BRVO)
• Papilledema (bengkak pada saraf optik)

Ada di antara keadaan ini berlaku tanpa simptom yang jelas pada peringkat awal.

Sebab itu pemeriksaan mata bukan sekadar:

❌ “Check power berapa?”
❌ “Buat cermin mata baru”

Tetapi lebih daripada itu…

✅ Menilai kesihatan retina
✅ Memeriksa saraf optik
✅ Mengesan perubahan awal yang mungkin memberi kesan kepada penglihatan
✅ Membantu mendapatkan rawatan atau rujukan yang sesuai jika diperlukan

Mata adalah organ yang sangat kompleks. Penglihatan yang kabur mungkin hanya nampak seperti masalah cermin mata, tetapi kadangkala ia adalah petanda kepada masalah kesihatan mata yang lebih besar.

Di Optomata, setiap pemeriksaan dimulakan dengan memahami keadaan mata anda terlebih dahulu sebelum menentukan solusi penglihatan yang terbaik.

Jaga penglihatan hari ini, sebelum ia menjadi sesuatu yang tidak boleh dikembalikan.

📌 Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan slot temujanji, hubungi kami pada waktu operasi. Nombor telefon, lokasi, waktu operasi dan maklumat lanjut boleh dirujuk di BIO kami.

19/07/2026

SOKONGAN & KEPERCAYAAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS KEPADA OPTOMATA AMAT KAMI HARGAI ❤️

Terima kasih kepada semua yang membuat temujanji & hadir ke Optomata !

Optomata sentiasa menerima pelanggan dari seluruh negara & kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami sama ada yang SEDIA ADA mahupun pelanggan BARU kami di atas SOKONGAN & KEPERCAYAAN yang tidak putus-putus diberikan kepada kami dalam menjaga kesihatan mata anda & keluarga.

Melalui rekod kami PULUHAN RIBU saringan PEMERIKSAAN MATA MENYELURUH telah dibuat di Optomata & pelbagai cerita s**a & duka telah kami kongsikan di page ini.(RUJUK POSTING KES)

Optomata dibarisi oleh OPTOMETRIS BERTAULIAH & BERPENGALAMAN dalam bidang KLINIKAL serta SARAT dengan “OPTHALMIC INSTRUMENT” yang lengkap, canggih dan terkini bagi tujuan “PRIMARY EYE CARE”.

Sejak dari dahulu lagi, Optomata mengamalkan “CLINICAL OPTOMETRY PRACTICE” dan menjadi tempat bagi individu yang inginkan KUALITI dalam pemeriksaan mata sebelum membuat cermin mata.
……………………………………………………………….
Di OPTOMATA, OPTOMETRIS akan membuat pemeriksaan mata secara MENYELURUH temasuklah PEMERIKSAAN STRUKTUR HADAPAN MATA, RETINA & SARAF MATA, UJIAN TAHAP PENGLIHATAN dan pemeriksaan TEKANAN DALAM BOLA MATA (IOP) serta PEMERIKSAAN KHAS lain mengikut keperluan individu utk mengenalpasti MASALAH PENGLIHATAN setiap yang hadir bagi semua peringkat umur.

Bagi yang dibenarkan utk membuat cermin mata akan diberikan CADANGAN KANTA yang sesuai dengan permasalahan yang dikenalpasti manakala bagi yg memerlukan RAWATAN UBAT & PEMBEDAHAN, SURAT RUJUKAN ke hospital akan diberikan.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

18/07/2026

UNEXPECTED FINDINGS During Eye Examination at Optomata

Berusia lewat 60an, hadir ke Optomata bertujuan menukar cermin mata baru dan menjalani pemeriksaan mata rutin, tanpa sebarang aduan penglihatan. Malah, ketajaman penglihatannya masih 6/6 (100%). Tekanan dalam mata juga adalah NORMAL.

Namun, pemeriksaan retina dan saraf mata menunjukkan pembentukan epiretinal membrane (ERM) serta perubahan pada kawasan makula yang memerlukan siasatan lanjut. Seterusnya, Optical Coherence Tomography (OCT) dijalankan bagi menilai struktur makula dengan lebih terperinci.

Hasil pemeriksaan OCT menunjukkan perubahan abnormal pada lapisan retina di kawasan makula, dengan ciri-ciri yang menyerupai LAMELLAR MACULAR HOLE.
Berdasarkan penemuan klinikal ini, pesakit telah dirujuk kepada pakar retina untuk penilaian lanjut dan pengesahan diagnosis.

Kes ini mengingatkan kita bahawa penglihatan yang jelas tidak semestinya menunjukkan retina yang sihat. Banyak penyakit retina pada peringkat awal masih mengekalkan penglihatan yang baik dan tidak menyebabkan simptom yang ketara. Namun begitu, perubahan struktur retina boleh dikesan lebih awal melalui pemeriksaan mata yang menyeluruh.

Di Optomata, pemeriksaan mata bukan sekadar menentukan POWER cermin mata. OPTOMETRIS kami turut menilai kesihatan retina, saraf mata dan struktur dalaman mata bagi membantu mengesan perubahan awal yang mungkin tidak disedari oleh pesakit. Pemeriksaan mata secara menyeluruh ini akan dijalankan terlebih dahulu sebelum menentukan keperluan untuk menukar cermin mata.

Jangan tunggu sehingga penglihatan menjadi kabur. Pemeriksaan retina secara berkala dapat membantu mengesan perubahan pada peringkat awal dan membolehkan rujukan kepada pakar dibuat pada masa yang sesuai.

(Perkongsian ini adalah untuk tujuan pendidikan. Penemuan yang dikongsikan merupakan clinical impression berdasarkan pemeriksaan optometri. Diagnosis muktamad dan pelan rawatan ditentukan oleh pakar retina)

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

17/07/2026

MATA MELIHAT, OTAK MENTAFSIR! Kedua-duanya bekerja setiap saat.

Pernah tak mata terasa penat walaupun hanya fokus melihat?

Sebenarnya, penglihatan bukan hanya bergantung kepada mata. Setiap imej yang kita lihat perlu diproses oleh otak sebelum menjadi penglihatan yang jelas.

Setiap hari, kita sentiasa beralih fokus…
📱 Telefon pintar
💻 Komputer
🚗 Memandu
🛍️ Membeli-belah
💡 Dan terdedah kepada pelbagai sumber cahaya dari pelbagai arah.

Semua perubahan fokus dan rangsangan visual ini meningkatkan beban pemprosesan visual (cognitive load), iaitu usaha yang diperlukan oleh otak untuk menghasilkan penglihatan yang jelas dan stabil.

Di sinilah ZEISS ClearMind memainkan peranannya.

Direka dengan zon fokus yang lebih luas, ZEISS ClearMind membantu memberikan penglihatan yang lebih jelas dan stabil pada pelbagai jarak serta arah pandangan. Apabila fokus visual menjadi lebih mudah dicapai, penglihatan terasa lebih semula jadi dan selesa sepanjang hari.

Kanta ZEISS CLEARMIND ini sangat sesuai untuk mereka yang:
✔️ Banyak menggunakan komputer dan telefon pintar.
✔️ Kerap memandu siang atau malam.
✔️ Sering berada di persekitaran dengan pelbagai sumber cahaya.
✔️ Mata kerap penat dan sakit kepala walaupun memakai preskripsi cermin mata yang tepat

Di OPTOMATA, pemeriksaan power rabun dijalankan menggunakan VISUCORE 500 yang boleh membuat ‘REFRACTION ANALYSIS’ untuk mendapatkan bacaan power rabun yang tepat selaras dengan pengukuran saiz anak mata setiap individu. VISUFIT p**a digunakan untuk pengukuran titik fokus, paramater mata dan bingkai untuk menghasilkan kanta yang lebih personalised untuk setiap individu.

Semua yang hadir ke OPTOMATA akan melalui pemeriksaan mata menyeluruh sehingga ke retina dan saraf mata sebelum beralih ke sesi tempahan cermin mata. Kesihatan mata akan dipastikan berada pada tahap yang terbaik untuk membuat tempahan cermin mata.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

16/07/2026

🚨 PENCURI PENGLIHATAN SECARA SENYAP!

GLAUKOMA sering datang tanpa disedari. Ia boleh merosakkan saraf mata secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Pesakit ini hadir ke Optomata dengan niat untuk menempah cermin mata baharu kerana menyangka penglihatannya semakin kabur akibat pertambahan rabun.

Namun semasa sesi konsultasi, beliau turut mengadu mengalami silau yang teruk serta merasakan medan penglihatannya semakin terhad, walaupun tidak mengalami sakit kepala.

Pengalaman Optometris kami menimbulkan syak bahawa masalah ini mungkin lebih serius daripada sekadar rabun biasa.

Seperti biasa, Pemeriksaan Mata Menyeluruh dijalankan.

🔍 Seawal proses Eye Scanning, kami mendapati terdapat perbezaan pada saiz anak mata.

📈 Ujian Tonometri p**a menunjukkan tekanan dalam bola mata (IOP) melebihi paras normal (>21 mmHg).

🔬 Pemeriksaan menggunakan Slit Lamp Biomicroscopy mengesahkan keadaan anak mata yang tidak normal.

📸 Pemeriksaan retina dan saraf mata seterusnya mendedahkan sesuatu yang lebih membimbangkan, kerosakan yang ketara pada saraf optik, tanda klasik penyakit glaukoma yang telah berkembang.

📊 Semasa proses Refraction, kualiti penglihatan kedua-dua belah mata juga didapati telah terjejas.

Pesakit telah diberikan surat rujukan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut termasuk ubat dan prosedur khas untuk menurunkan tekanan dalam bola mata. Dalam kes glaukoma, rawatan awal amat penting bagi mengurangkan risiko kehilangan penglihatan secara kekal.

⚠️ Jangan anggap semua penglihatan kabur berpunca daripada rabun.

Sebelum membuat cermin mata, pastikan anda menjalani Pemeriksaan Mata Menyeluruh, termasuk pemeriksaan:
✅ Tekanan dalam bola mata (IOP)
✅ Retina
✅ Saraf mata
✅ Struktur mata secara keseluruhan

📌 Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan slot temujanji, hubungi kami pada waktu operasi. Nombor telefon, lokasi, waktu operasi dan maklumat lanjut boleh dirujuk di BIO kami.

16/07/2026

PEMAKAI TERAWAL ZEISS CLEARMIND PRO DI OPTOMATA!

Satu REVOLUSI BARU dalam dunia kanta premium akhirnya tiba.

ZEISS ClearMind ialah generasi kanta terbaru daripada ZEISS yang dibangunkan berasaskan penyelidikan neurosains. Dengan teknologi ZEISS NeurOptix, kanta ini direka untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas pada kawasan yang paling penting dalam kehidupan seharian, sekali gus membantu mengurangkan beban pemprosesan visual (cognitive load) supaya anda dapat kekal fokus, lebih selesa dan menikmati pengalaman penglihatan yang lebih semula jadi.

Antara kelebihan ZEISS ClearMind:
💡 Penglihatan yang sangat jelas pada zon yang paling diperlukan.
💡 Zon penglihatan yang lebih luas dengan pengurusan kabur yang dipertingkat.
💡 Adaptasi yang lebih pantas dan pergerakan mata yang lebih lancar.
💡 Direka untuk menyokong keselesaan visual sepanjang hari.

Sebagai ZEISS VISION EXPERT, OPTOMATA berbangga menjadi antara Clinical Optometry Practice terawal di Malaysia yang menawarkan teknologi kanta ZEISS ClearMind kepada pelanggan kami.

Namun, kanta terbaik tetap memerlukan padanan yang tepat. Di OPTOMATA, setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh serta konsultasi profesional bagi memastikan kanta yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan penglihatan dan gaya hidup anda.

Sebarang PERTANYAAN atau TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI boleh terus hubungi kami pada WAKTU OPERASI. Nombor telefon, lokasi & maklumat operasi boleh dirujuk di BIO kami.

📍Waze: OPTOMATA (Bdr. Bkt. Puchong)

15/07/2026

ZEISS CLEARMIND PRO TELAH MENDARAT DI OPTOMATA!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

No 65 Jalan BP 7/2 Bandar Bukit Puchong
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00
Saturday 09:30 - 17:00