Honey & Olive Baby Sepang

Honey & Olive Baby Sepang

Share

Natural chemical-free baby products

04/10/2022

Sedar tak sedar, pada masa sekarang makanan segera, makanan di process memang banyak dipasaran.

Satu kenyataan yang amat pahit untuk ditelan, makanan proses adalah raja gudang bahan kimia, gula, garam, perasa tambahan (TERSEMBUNYI) yang beratkan buah pinggang.

Makanan proses, gluten, fastfoods semua ni mengandungi bahan menyebabkan radang kepada tubuh terutama yang ada ekzema.

Ciri-cirinya adalah:
Makanan tu dibuat dari kilang.
Plastiknya menarik, rasanya sedap.
Bila baca bahan di belakang penuh dengan kod nombor pelik-pelik, dan ia selalunya rangup, manis, enak, masin lemak, berkrim, makan sekali nak lagi.

Contoh highly processed food yang biasa ada kt rumah kita:
Gula putih
Tepung gandum(Biskut, roti, kek, kuih muih asas tepung gandum)
Segala jenis sos
Segala jenis jem (nutella, lady's choice, etc)
Segala jenis kicap.
Segala jenis MSG (ajinomoto, kiub ayam, seasoning)
Margarine, buttercup..(they are not real butter)
Cheesedale( fake cheese)
Segala jenis kordial
Susu kotak commercial (nestle, dutchlady, etc)
*Freshmilk farm fresh, good day, contoh susu yg tiada pengawet dan gula.
High sugar yogurt. Kalau allergy dairies tak boleh makan ye.
Segala jenis minuman serbuk (Milo, Horlicks, Vico etc. 3 in 1 lagilah a big NO)
Segala jenis jajan, keropok kt snack section tu lagilah TIDAK.

Dan sekarang banyakkan fokus makanan asli, realfoods, makanan buat sendiri sebab kita tahu apa yang kita masukkan. Lagi mudah untuk kita cari apa puncanya jika a**l flare, naik ruam ke, gatal-gatal melampau ke, tak nyenyak tidur ke.

Semua kita boleh trace dengan tengok food diary.

Focus rawat dari dalam dan support luaran anak dengan Sapuan Natural Tanpa Kimia Berbahaya Tanpa Steroid
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

30/09/2022

Ramai orang s**a minum susu, memang berkhasiat tapi lain p**a pada orang yang ada ekzema.

Casein di dalam susu menyebabkan keradangan dan boleh bagi kesan pada ekzema.

Ada beberapa jenis lagi susu yang juga boleh bagi kesan pada ekzema.

Baca lanjut di sini : https://www.facebook.com/172619496857232/posts/1260879078031263/

Dapatkan Sapuan Natural Tanpa Kimia Berbahaya Tanpa Steroid di
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

29/09/2022

Pantang gluten bukan ikut ikutan ya.
Kena tahu apa sebabnya kita kena elakkan gluten (roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta, popia dan semua asas tepung gandum)

Kena tahu kenapa orang eczema kena elak gluten.

Gandum ni dikaitkan dengan isu GMO sejak suku abad dah. Gandum yang ada sekarang dah tak sama dengan zaman dahulu.

Gandum GMO ni
Merosakkan lapisan usus [lebih cepat] dan
membuka pintu usus masuk bendasing ke dalam badan. Ini menyebabkan:
"SINDROM KEBOCORAN USUS"
atau nama masyurnya — LEAKY GUT.

Sekiranya Gluten berkeliaran di salur darah dan terdampar di kulit ia menyebabkan Imflammasi (Keradangan - bengkak, merah, gatal gatal)

Bila lapisan perut telah rosak ia menyebabkan badan (termasuk lapisan kulit) jadi lebih Sensitif!
Ini disebabkan antihistamin semulajadi (dao) berkurangan kerana usus rosak. . . .

Ramai orang hilang punca bila diminta pantang makan gluten. Tak tahu nak makan apa.

Alternatif kurang gluten:
1) Roti/biskut Sourdough
- Kurang 40% gluten berbanding roti biasa.
- Walaupun mesra usus, ia tetap gandum, elakkan makan selalu

2) Roti/tepung gluten free
- Biasanya daripada tepung jagung, tepung beras, Tepung pulut, kentang, keledek

3) Lagi elok elakkan terus makanan berasaskan gandum dan tukar kepada
Bihun, suun, kuewtiaw. Tapi kuewtiaw ni banyak yang dicampur Kanji gandum. Kena cari yang takda tambahan Kanji gandum.

Atau lagi senang, makan nasi, lauk, sayur. Complete semua.

Jangan lupa makan Superfood Eczema
Keledek, pisang, kacang hijau, kacang Kuda, biji selasih.
Pulut untuk cantikkan kulit
Baobab powder p**a kaya vitamin C, magnesium, iron dan zink yang penting untuk kesihatan optimum tubuh

Nak ikhtiar menggunakan sapuan kulit Sensitif, ekzema tanpa kimia berbahaya dan Steroid?
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

28/09/2022

Ye ke Roti, biskut ni boleh buat radang? Anak saya makan ok je. Cuma sekali sekala flare, tak boleh kena panas.
Nanti makin besar elok la ekzema dia tu.

Saya makan roti, biskut, kuih dari kecik. Takda apa-apa pun, sihat je. Macam mana p**a roti ni tak elok. Kalau tak elok, takkan kerajaan bagi kedai jual.

------

RAMAI YANG TAK SEDAR, MAKANAN GLUTEN PENCETUS UTAMA EKZEMA.

Gluten ni ibarat macam GLUE. Bila kita makan, dia melekat kat dinding usus kita. Sekali dua kali makan mungkin usus kita ok lagi.

Cuba bayangkan jika bertahun-tahun kita makan, setiap hari p**a tu.
Agaknya apa akan jadi dalam usus kita?

Mungkin kita nampak sihat, tapi cuba tengok ada tak tanda seperti:

1) Alergi.
2) Masalah angin dan kerosakan pencernaan.
3) Gangguan mental.
4) Kepenatan kronik.
5) Penyakit gangguan imun termasuk autoimun.
6) Penyakit gangguan hormon
7) Berlebihan berat badan.

Bila badan dah menunjukkan symptom atau tanda yang tak best maksudnya ia akan jadi lebih teruk sekiranya kita tidak mengawal apa yang masuk ke dalam perut kita dan membuatkan perut kita menjadi lebih sensitif

Apa perlu kita buat?

BERHENTI BELI,
BERHENTI MAKAN SEMUA ASAS TEPUNG GANDUM.

Pulihkan usus, kuatkan dalaman.
In Shaa Allah, kulit akan cantik sekali.

Nak ikhtiar dengan natural tanpa kimia berbahaya dan Steroid?
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

27/09/2022

Gluten ni satu makan buat ketagih dan sifat toxic pada usus manusia.
Usus manusia tak beberapa hebat dalam hadam gluten. Hadam dengan sangat lambat.
Sekali makan perlukan 6jam hingga 6hari untuk hadam.

Gluten, gluten, gluten
Apa benda sebenarnya gluten ni

Gluten adalah protein yang kebiasaannya ada di dalam barli, gandum dan Rye.

Senang cerita, makanan yang selalu kita makan terutama berunsurkan tepung gandum seperti roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta, popia, wantan dan semua asas tepung gandum.

Sebab tu bila makan roti, pizza, rasa kenyang, perut padat, perut berat.
Berbeza makan bubur nasi, perut masih tak beberapa kenyang. Badan rasa ringan.

Kajian menunjukkan pengambilan pemakanan yang mengandungi unsur gluten dapat memberikan kesan buruk kepada masalah kulit ekzema.


Cuba hentikan makanan Tepung gandum sebab ia akan bantu stop gatal lebih cepat berbanding dari focus nak sapu cream apa pada eczema.

Dapatkan Sapuan Natural Tanpa Kimia Berbahaya Tanpa Steroid di
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

26/09/2022

Allah beri kita histamin dan Allah juga bagi DAO untuk seimbangkan usus kita. Keduanya ada fungsi masing-masing di dalam usus kita.

Badan kita hasilkan DAO (enzim dalam badan). DAO ni antihistamin semulajadi dalam badan kita la sebenarnye. Dia akan menguraikan histamin yang berlebihan bagi mengelakkan berlaku simptom yang kita tidak mahu).

Tapi DAO ni boleh berkurangan dan tak berfungsi dengan sempurna kerana:

1. ubat-ubatan yang kita ambil boleh menghalang DAO berfungsi

2. leaky gut syndrome dan IBD (inflammatory bowel disease)

3. pengambilan makanan tinggi histamin pun akan sebabkan DAO dalam badan kita tak berfungsi dengan betul

4. faktor genetik

5. kekurangan vitamin

6. makanan yang boleh trigger pembebasan histamin (contoh: buah-buahan sitrus)

Dan bila DAO dalam badan berkurangan, histamin pun bertambah-tambah, ambil makanan tinggi histamin, lagi bertambah, makan makanan pembebas histamin, lagi banyak histamin. Sebab tu kadang ruam makin banyak, makin merah, hidung makin berair, sendi makin sakit.

Macamana nak handle krisis histamin ni? Macamana nak atasi kekurangan DAO ni?

Solusinya dengan
1. Amalkan pemakanan low histamine
2. Perlu top up DAO dalam badan kita untuk uraikan histamin melalui suplemen yang sesuai (senang faham, perlu ambil makanan yang boleh perbanyakkan enzim DAO)

Pulihkan perut, pulih krisis histamin.
Usus sihat kuat, kulit automatik akan cantik juga.

Jom ikhtiar dengan produk natural tanpa kimia berbahaya dan Steroid
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

25/09/2022

Histamine menjalankan banyak fungsi dalam badan kita.

Dia bukanlah jahat yg nak buat pesakit ekzema gatal dan merana.

Salah satunya dia bertindak dengan protect badan kita dari virus, bacteria dan infection.

So bayangkan kalau korang makan foods yg memang tinggi histamine, ditambah p**ak dengan bacteria ni menghasilkan new histamine dan badan korang yg kurang enzim DAO, mesti BOOOM gatal korang menjadi luar biasa dari sepatutnya.

Sebenarnya mudah je nak kontrol keadaan orang yg alami masalah histamine intolerance ni.

1. Amalkan Elimination Diet untuk 2 bulan berturut-turut. Diet PEP adalah contoh terbaik how to do a perfect Elimination Diet. Basicnya tinggal sugar, gluten and dairy. Sebab tulah ramai klien PEP happy anak ekzema nya dah boleh makan banyak benda yg ank dia alergik selama ni lepas join PEP☺

2. Elakkan makanan-makanan ni :

1 - makanan yang diperam, ditapai, dikeringkan
- Fermented drinks like yogurt, kefir, buttermilk, Tapai
- Buah kering seperti kurma, kismis, teen,prunes, ikan masih, ikan bilis
2 - jenis sayur yang berangin (biasa orang pantang bersalin kena elakkan)
3 - makanan yang di tinkan atau di balangkan.
4 - makanan diproses
- Nuget,sosej,daging burger
5 - ikan isi hitam seperti tongkol, ikan termenung, ikan cencaru
6 - kekacang seperti kacang tanah, gajus, dhal, walnut
7 - Cheese

3. Pastikan anda ambil Vitamin C yg cukup sebab ia Antihistamine semulajadi.

4. Elakkan kimia makanan yg banyak digunakan dalam makanan proses dan pembuatan kek:

Pewarna makanan seperti tartazine
Pengawet makanan seperti benzoates, sorbates, sulphites etc

S**a bagi anak pizza dan sosej tak. Daging pepperoni, bolognese, frankfurters tu paling tinggi histamine tau.

5. Elakkan buah-buahan dari family sitrus dan berries ya.

6. Elakkan produk pencuci, pewangi sintetik

Ekzema bukanlah penyakit yang boleh dipulihkan dengan SAPUAN semata-mata
Tetapi ia berkaitan dengan DALAMAN (USUS) kita.

Jadi kita focus rawat dari dalam dengan pemakanan, emosi dan persekitaran kita.
Bila dalaman pulih
Luaran pun pulih

Dapatkan Produk Natural Tanpa Kimia Berbahaya, Tanpa Steroid di
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

24/09/2022

Antihistamin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk merawat simptom alahan. Ubat antihistamin diberikan untuk merawat kondisi yang berlaku disebabkan kehadiran terlalu banyak histamin, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh sistem imun badan.

Ubat antihistamin ini cuma berfungsi dalam masa 8 hingga ke 12 jam sahaja

Setelah tu radang dalaman (gatal-gatal,ekzema flare etc) akan kembali bermaharajalela.

Dan simptom radang tu akan tetap berulang, apabila fungsi ubat tu habis.
Berterusanlah macam tu.

Kebergantungan pada ubat ini boleh sebabkan masalah kesihatan yang lain pada masa akan datang.

Jadi sampai bila nak bergantung pada ubat anti-histamin?

Untuk elak dari bergantung pada ubat antihistamine, boleh perbanyakkan makan makanan Antihistamine natural seperti

Keledek
Vco
Baobab
Spirulina

Dapatkan Produk Natural Tanpa Kimia Berbahaya, Tanpa Steroid di
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

23/09/2022

Makan dah jaga, nak makan pun takut, makan sikit je nasi dan sayur.
Habis elak semua benda.
Tapi keadaan makin teruk juga.
Kulit makin gatal juga.

Dimana silapnya?

Setakat jaga makan dan elak makanan berdosa hanya sekadar tahan histamin tu dari meningkat. Ia sama sekali tidak menyingkirkan histamin.

Caranya singkirkan histamine dengan tingkatkan pengurai histamin dan pulihkan lapisan usus.

Penawar ini ialah enzim yang bantu pecahkan bahan penyebab kegatalan, bengkak, ruam ekzema, anxious, bersin dan pelbagai alahan lagi.

Enzim ni namanya 👉🏼 DAO 👈🏼

DAO = Diamine Oxidase

✅DAO ni ANTI-histamin semulajadi badan, ia URAIKAN histamin berlebihan dalam badan. Tak seperti ubat antihistamin tahan sementara saja histamin.

✅DAO ni kekal banyak di lapisan usus. Kecuali kita rosakkan lapisan ni dengan makan makanan yang rosakkan lapisan usus.

Makanan apa?
Gandum (Roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta, dan semua asas tepung gandum),
susu lembu,
makanan tinggi proses
Makanan cepat saji (fastfood)
Gula putih

✅Apa bila usus rosak, makin banyaklah histamin berkumpul dalam badan dan apabila DAO tak mampu menguraikannya, maka jadilah EKZEMA atau penyakit yang lain, gerd, anxiety, gastric, resdung dan migraine.


Jadi Kesimp**annya
Nak pulih ekzema wajib pulihkan dan kuatkan usus dahulu

Credit: Dr Hafiz Sulaiman

Dapatkan Sapuan Natural Tanpa Kimia Berbahaya Tanpa Steroid
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

22/09/2022

Anak ada rashes?
Ruam bukanlah ekzema.

Ruam akan surut selalunya paling lambat adalah dalam seminggu atau dua minggu.

Jika melebihi waktu tersebut, ia mungkin bukan ruam biasa dan boleh membawa kepada masalah kulit lain seperti ekzema.

Dapatkan diagnose awal tentang masalah kulit anda atau bayi anda.

Kemudian pilihlah rawatan sesuai dan gunakan produk natural tanpa kimia berbahaya untuk kurangkan ruam dan cantikkan kulit bayi.

Dapatkan Sensitive Skin Therapy disini
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

22/09/2022

Bila kita garu, histamin makin keluar, jadi kulit makin gatal dan bengkaklah bila histamin banyak.
Makin kita garu, makin banyak histamin!
Garu lagi! Histamin bertambah-tambah banyak lagi!

- Stres persekitaran juga naikkan histamin. Kalau ekzema, apa-apa stress pada kulit. Tambah p**a orang ekzema ni kulit super sensitif!

1) Sabun terlalu alkali berbanding kulit ph 4.5-5.5.
2) Habuk atau bulu kena pada kulit.
3) Serangga, hama.
4) Cuaca panas/sejuk.
5) Peluh, susu atau apa-apa protein kena pada kulit.
6) Getaran, gesekan, gosokan pada kulit.

Semua ini naikkan histamin!

- Bukan garu saja, makanan yang beri stress pada badan pun sebabkan histamin naik! Terutama makanan tinggi histamin.
- EMOSI stres juga naikkan histamin.
- Bau sintetik dan kuat pun naikkan histamin.
- Silau dan terang sangat pun boleh naikkan histamin.
- Bising sangat pun boleh naikkan histamin.
- Buat aktiviti berat seperti senaman pun naikkan histamin.

Banyak benda rupanya boleh naikkan histamine dalam badan. Patutlah anak menggaru tak henti-henti.

Nak ikhtiar ekzema secara natural
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

Sumber info: Dr Hafiz Sulaiman

21/09/2022

Siapa sanggup tengok anak menggaru sentiasa.

Siapa sanggup tidur malam asyik terganggu sebab anak tak nyenyak tidur dan kerap bangun menggaru.

Siapa sanggup bagi makan pada anak, tiba-tiba flare, bengkak mulut, naik gegata.

Tiada yang sanggup, tapi bila Allah uji, nak taknak kita kena hadap dengan redha.

5tahun anak ekzema, satu jangka masa yang agak lama dan pastinya dah cuba pelbagai krim lotian. Dah cuba pelbagai rawatan untuk pulihkan ekzema anak.

Alhamdulillah Allah perkenankan doa Puan. Ikhtiar guna Sensitive Skin Therapy konsisten hampir setahun. Anak pulih, kulit anak cantik semula Alhamdulillah semua usaha jadi berbaloi.

Kita ikhtiar back to basic. Jaga pemakanan, jaga emosi guna product natural tanpa kimia berbahaya
https://t.me/+I8Ecs796kRxlZDA1

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Putra Perdana 3B
Puchong
47130