SeriBidanpostnatalcare
Trusted Bidan register LBM &SSM
Postnatal care services /Maternity care package/massage therapy/breastfeeding support
08/06/2025
Sejak akhir2 ni,banyak sangat kes pre ekamsia di kalangan ibu hamil.Mungkin ramai yg x tahu,jika tidak di rawat awal ,boleh menyebabkan ibu mendapat sawan & boleh mengakibatkan kematian ibu & janin.Jom sist share sikit info untuk mummy2 semua.
APAKAH PREEKLAMSIA????
Preeklamsia adalah satu komplikasi yg berlaku semasa kehamilan , di mana terjadinya peningkatan tekanan darah dan adanya protein dalam urine, umumnya setelah minggu ke-20 kehamilan. Boleh mengancam kesihatan ibu dan janin, dan memerlukan rawatan segera.
Peningkatan Tekanan Darah:
Preeklamsia ditandai dengan tekanan darah yang meningkat secara signifikan pada ibu hamil, biasanya di atas 140/90 mmHg.
Proteinuria:
Adanya protein dalam kencing /urine (proteinuria) juga merupakan tanda khas dari preeklamsia. Sebab tu setiap rawatan ,betapa pentingnya pengambilan samplel air kencing/urine dari mummy semasa rawatan rutin sepanjang tempoh kehamilan.
Penyebab:
Penyebab pasti preeklamsia belum sepenuhnya difahami, namun diduga terkait dengan plasenta yang tidak berfungsi dengan baik.
Gejala:
Selain tekanan darah tinggi dan proteinuria, gejala preeklamsia lain bisa meliputi pembengkakan (edema) di tangan, kaki, wajah, dan area lain, serta peningkatan berat badan yang mendadak. Tanda Gejala lain yg mungkin berlaku ialah sakit kepala yg teruk,pedih ulu hati &sakit bahagian abdomen,pandangan kabur dan.mengalami mual muntah.
Komplikasi:
Jika tidak di rawat dengan segera, preeklamsia boleh berkembang menjadi eklamsia,iaitu kejang. dan sawan .Komplikasi lain yang boleh terjadi meliputi kerosakan ginjal, hati, dan bahkan kegagalan organ
Perawatan:
Bergantung kepada keadaan tekanan darah,tanda gejala dan usia kehamilan. Jika kes biasa, Di rawat dengan ubatan bersama rawatan susulan dan berada di rumah di bawah pengawasan doktor manakala kes berat mungkin memerlukan rawatan di hospital dan di rancang untuk persalinan /bersalin awal secara induksi atau di rancang untuk pembedahan kecemasan.
Pencegahan:
Meskipun preeklamsia tidak sepenuhnya dapat dicegah, beberapa langkah seperti kontrol tekanan darah,gaya hidup sihat,pemakanan sihat dan pemeriksaan rutin sepanjang kehamilan dapat membantu mengurangi risiko.
Morning
Alhamdulillah...๐Last day postnatal package..๐ฟ๐ฟ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Puchong
47180
