TAGAL BAHAB RANAU
PELANCONGAN TAGAL SUNGAI, REKREASI DAN SUKAN
PROSES AWAL
PROSES AWAL PELAKSANAAN TAGAL BAHAB RANAU
PROSAS AWAL MEMANJAKAN IKAN TAGAL BAHAB RANAU
PROHIBITED RIVER AREA AND RIVER ECOSYSTEM CONSERVATION.
RELAXING SPA.
FEB 2026
PROSES AWAL MEMANJAKAN IKAN TAGAL BAHAB RANAU
28/2/2026
PROSES AWAL PENJINAKAN IKAN TAGAL BAHAB RANAU
21/02/2026
🚫🐟 Nasihat Penting: Jangan Lepaskan Ikan Koi untuk Fish Spa di Sungai!
Mungkin nampak menarik untuk pelancongan, tetapi hakikatnya ia membawa risiko besar kepada ekosistem:
🔬 Risiko Utama
- Penyakit berbahaya: Koi Carp boleh menjadi pembawa Koi Herpesvirus (CyHV-3) tanpa menunjukkan tanda sakit. Virus ini boleh membunuh ikan tempatan seperti Pelian dalam jumlah besar.
- Penyebaran senyap: Virus dilepaskan melalui mukus, najis, air kencing, dan rembesan insang → cepat merebak dalam air sungai.
🧬 Kesan kepada Ikan Tempatan
- Ikan natif Sabah seperti Pelian (Tor sp.) tidak mempunyai imuniti semula jadi terhadap virus ini.
- Akibatnya, berlaku kematian besar-besaran dan risiko kepupusan setempat.
⚖️ Implikasi Ekologi
- Dominasi spesies asing: Penyakit melemahkan ikan tempatan, memberi kelebihan kepada ikan pendatang.
- Hilang identiti biodiversiti: Pelian yang unik kepada Sabah boleh pupus, sedangkan Koi boleh ditemui di mana-mana.
- Ekosistem tergugat: Struktur komuniti ikan berubah, menjejaskan keseimbangan sungai.
🚨 Kesimpulan
Fish spa dengan ikan Koi di sungai bukan sekadar hiburan — ia adalah bom masa ekologi.
👉 Jangan lepaskan ikan asing ke sungai Malaysia.
👉 Pelihara identiti biodiversiti kita.
👉 Selamatkan Pelian, selamatkan sungai Sabah
Rujukan: Jejak Air Tawar
*PENGENALAN*
Eko-Pelancongan merupakan salah satu pelancongan yang mempunyi keseimbangan dari sudut ekonomi, alam sekitar dan sosial. ia merupakan alternatif kepada mengurangkan impak negatif Pelancongan massa. Pelancongan Massa sering mengakibatkan impak negative kepada kawasan tarikan dan penduduk sekitarnya seperti kebocoran ekonomi, pencamaran alam dan habitat, ketidak harmonian komuniti tempatan dan sebagainya.
Justeru, eko-pelancongan dibangunkan sebagai pilihan untuk mencapai kelasterian.
Oleh itu dengan adanya bantuan dana daripada program Sejati Madani ini, Komuniti Ahli Jawatankuasa PELANCONGAN TAGAL BAHAB RANAU memilih untuk menjalankan program komuniti sistem "TAGAL" di kampung Bahab ini dan mahu menjadikan program ini sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh membantu penduduk setempat tambah pendapatan dari kehadiran Pengunjung, sekaligus mengekalkan alam sekitar.
Sistem Tagal adalah salah satu kaedah pengurusan biosfera yang yang popolur di negeri sabah. ia juga dikenalai sebagai 'BOMBON' yang bermaksud 'Jangan' dalam bahasa kadazandusun.
Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Para saintis meramalkan bahawa menjelang 2050 mungkin popolasi ikan laut dan sungai akan pupus disababkan tangkapan yang berlebihan tanpa kawalan, Penggunaan peralatan menangkap ikan yang diharamkan dan pencamaran habitat ikan.
Pada tahun 2000, Kementerian Perikanan Dan Industri Makanan Sabah telah pun membuat inisiatif memperkenalkan Program Sistem 'TAGAL' bagi mengatasi masaalah kepupusan ikan ini daripada berlaku di sabah.
*OBJEKTIF*
* Untuk melindungi, memulihara dan memperbanyakkan popolasi semua jenis ikan yang terdapat di sungai.
* Untuk menjaga kebersihan persekitaran sungai daripada pencamaran dan mengekalkan ekosistem sungai.
* Untuk mewujudkan aktiviti eko-pelancongan dan sumber pekerjaan kearah meningkatkan sumber pendapatan penduduk kampung bahab.
* Dengan wujudnya Sistem Tagal ini, akan menjadi contoh kepada komuniti-komuniti setempat supaya menyelamatkan sungai-sungai dan sumber protein yang sedia ada.
*PENGURUSAN
*PELANCONGAN TAGAL BAHAB RANAU.
RANAU, SABAH.
Management
http://www.wasap.my/60148906707
PROSES AWAL MENJINAKKAN IKAN SUNGAI
TAGAL BAHAB RANAU
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kampung Bahab Ranau
Ranau
