Ummi Therapy Centre - Utc
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ummi Therapy Centre - Utc, Health/Beauty, Blok D Lot No 5, Tingkat 1 Bangunan Sedco Pekan Ranau, Ranau.
Rawatan Tradisional komplementari & Holistik
bekam Kesihatan & kecantikan,akupuntur kesihatan & kecantikan,
urutan-utk wanita & knk2
urutan saraf
Terapi Trauma,terapi mata,terapi telinga,Gurah Resdung,ear candle,Alfasdhu,pembetulan Tulang,
dan lain2 lagi
25/01/2023
JOM BOOKING SEGERA UNTUK PROMO
TARIKH SUNNAH BERBEKAM BULAN FEBRUARI 2023
♥️RM35-55♥️
•
3 tarikh afdal berbekam pada bulan ini adalah seperti berikut:
•
🗓 8HB FEB 2023(17 REJAB 1444H) RABU
🗓 10Hb FEB 2023 ( 19 REJAB 1444H) - JUMAAT
🗓 12Hb FEB 2023 (21 REJAB 1444 H) - AHAD
, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berbekam pada hari ke 17,19,21 Hijriyyah, maka ia sembuh dari segala macam penyakit.” HR Abu Daud.
Bekam Wanita/Lelaki Ranau
Ummi Business Account
25/01/2023
Hello..
26hb - 31hb Januari ( RANAU )
18hb sabtu - Februari (open 10 slot)
(KOTA KINABALU)
❤️FACIAL SERVICE VViP❤️
🤔 Nak facial dengan kesan yang ketara dan selamat tapi kos rendah?
Dapatkan harga PROMO dengan book sekarang‼️
Set Appointment anda dengan klik link di bawah :
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
21/01/2023
❤️FACIAL SERVICE VViP❤️
🤔 Tiada masa untuk ke spa?
🤔 Malu/segan ke spa?
🤔 Tiada yang menjaga anak di rumah?
🤔 Nak facial dengan kesan yang ketara tapi kos rendah?
Jangan risau, kami sediakan perkhidmatan Facial Spa rumah ke rumah 🏠
Dapatkan harga PROMO dengan book sekarang‼️
Set Appointment anda dengan klik link di bawah :
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
Http://www.wasap.my/601116015890/FacialService
*Hari KHAMIS*
7 Jamadil Awal 1444H
1 Disember 2022
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته قرابة دان صحابت يغ درحمتي الله. ددعاءكن سموگ سموا صيحت والعافية. سموگ دبري كسمبوهن كڤد يغ كورغ صيحة.
~~~~~
*NASIHAT IMAM SYAFI'I AGAR MENJAGA LISAN*
Al-Imam As-Syafi'i rahimahullah menuturkan syair yang patut kita renungkan. Beliau berkata:
إَذَا رُمْتَ أَنْ تَحْيَا سَلِيْماً مِنَ الرَّدَى..
وَدِيْنُكَ موفورٌ وَعِرْضُكَ صَيِّنُ..
Jika engkau ingin hidup selamat dari kehinaan.. Agamamu terjaga demikian p**a harga dirimu..
فَلاَ يَنْطِقَنْ مِنْكَ اللِّسَانُ بِسَوْأَةٍ..
فَكُلُّكُ سَوْءَاتٌ وَلِلنَّاسِ أَلْسُنُ..
Maka janganlah sekali-kali lisanmu mengucapkan kekurangan (orang lain). Sebab engkau pun punya kekurangan dan orang lain juga memiliki lidah (yang bisa mencelamu)...
وَعَيْنَاكَ إنْ أَبْدَتْ إِلَيْكَ مَعَايِباً..
فَدَعْهَا ، وَقُلْ يَا عَيْنُ لِلنَّاسِ أَعْيُنُ..
Dan jika kedua matamu melihat aib-aib (orang lain)..
Maka tinggalkanlah dan katakanlah kepada matamu, “Wahai mataku, sesungguhnya orang-orang juga memiliki mata”..
وَعَاشِرْ بِمَعْرُوفٍ ، وَسَامِحْ مَنِ اعْتَدَى..
وَدَافِعْ وَلَكِنْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ..
Hendaknya engkau bergaul dengan cara yang baik, maafkanlah orang yang bersalah kepadamu..
Serta tolaklah kesalahan orang tersebut akan tetapi dengan cara yang terbaik..
📚 Sumber: Diwan al-Imam as-Syafi'i
*Kredit: Nutrisi Hati Quran Daily Al-Muttaqin
~~~~~
*Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang mungkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.*
اللهم إنا نعوذ بك من البرص والجنون والجزام ومِن سيئ الاسقام.
ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
21/08/2022
26/07/2022
BETULKAH BERBEKAM/HIJAMAH PADA TARIKH² SUNAH 17, 19 & 21 LEBIH EFEKTIF BERBANDING BERBEKAM PADA HARI² BIASA??
Beberapa kajian menunjukkan bahawa berbekam pada tarikh² sunah mempunyai kesan signifikan kepada parameter² darah atau biokimia tertentu, termasuklah tanda² penting tubuh seperti tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan, suhu badan, tahap kesakitan dan sebagainya berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Bagaimana mekanisme sebenar bekam dan kaitannya dengan fasa lunar sehingga mampu memberi sejumlah kesan lebih ketara belum dapat dijelaskan secara terperinci sehingga saat ini. Namun terdapat teori atau hipotesis yang cuba menjelaskan kemungkinan² yang boleh berlaku selain kajian² saintifik tentang keberkesanan berbekam pada tarikh² sunah terhadap kondisi² atau parameter² darah/biokimia tertentu.
Lieber & Sherin (1972) mendapati bahawa kesan graviti bulan pada setiap fasa mempengaruhi pergerakan cecair tubuh pada bahagian intracellular, extracellular, intravascular & intraluminal di mana berlaku pasang surut biologikal atau pasang surut "paras laut tubuh" yang merujuk kepada pasang-surut cecair dalam tubuh manusia. Ketika bulan penuh, tahap aliran darah atau "blood velocity" sedikit menurun berikutan lebih banyak cecair bergerak atau berada pada ruang interstitial dan extracellular kesan graviti bulan penuh/full moon. Saya berpendapat bahawa fenomena ini mungkin mengurangkan tahap penapisan CPS/bahan² punca penyakit pada hujung kapilari arteri sekaligus menyebabkan kesan terapeutik yg diperolehi "sedikit rendah" berbanding kesan terapeutik pada fasa² bulan yang lain terutamanya pada 17, 19 & 21 kalendar Islam ketika tahap graviti bulan mulai menurun.
Berbekam pada tarikh² sunah mempunyai kesan lebih ketara pada tekanan darah diastolik iaitu bacaan tekanan darah bawah iaitu tekanan di dalam arteri ketika jantung berehat di antara 2 degupan berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Demikian menurut keputusan daripada kajian yang dilakukan oleh Syahrumdani et al pada tahun 2021. Bacaan normal untuk tekanan darah diastolik adalah di bawah 80mmHg. Jadi berbekam pada tarikh² sunah mungkin amat sesuai kepada mereka yang menghidapi Isolated Diastolic Hypertension (tekanan darah tinggi pada bacaan bawah, contoh 120/98 yg selalu berlaku kepada pengidap Diabetes Mellitus atau kesan daripada peningkatan usia). Selain daripada tekanan darah diastolik, secara purata bacaan tanda² penting lain seperti kadar pernafasan, tekanan darah sistolik, tahap kesakitan & kadar nadi juga menunjukkan perubahan yang lebih positif.
Ali Ramazan Benli & Didem Sunay pada 2017 mendapati kesan terapeutik bekam keatas migraine lebih ketara apabila bekam dilakukan pada separuh kedua bulan iaitu selepas bulan mengambang penuh pada 17, 19 atau 21 kalendar Islam berbanding berbekam pada hari-hari biasa.
Sebenarnya banyak kajian-kajian saintifik bekam/hijama yang dilakukan pada tarikh-tarikh sunah, namun ia tidak melibatkan kajian perbandingan atau "comparative study" tentang kesan-kesan terapeutik terapi bekam yang dilakukan pada tarikh² biasa. Diharap lebih banyak kajian saintifik berskala besar akan dilakukan pada masa-masa akan datang untuk menyokong atau mengukuhkan dakwaan bahawa bekam darah yang dilakukan pada tarikh-tarikh sunah lebih tinggi tahap terapeutiknya berbanding berbekam pada tarikh-tarikh biasa/bukan sunah.
MA SABRI
Ref:
1. Effects of different phases of the lunar month on humans:Ujjwal Chakraborty
Biological rhythm research 45 (3), 383-396, 2014
2. Changing efficacy of wet cupping therapy in migraine with lunar phase: A self-controlled interventional study. Ali Ramazan Benli, Didem Sunay. Medical science monitor: international medical journal of experimental and clinical research 23, 6162, 2017
3. Efficacy of Islamic Wet Cupping Therapy on Vital Sign in Lunar Phase: A Comparative Study Between Sunnah and Non-sunnah Dates.Syahruramdhani, Nurvita Risdiana, Aris Setyawan. 4th International Conference on Sustainable Innovation 2020–Health Science and Nursing (ICoSIHSN 2020), 538-542, 2021
4. Homicides and the lunar cycle: Toward a theory of lunar influence on human emotional disturbance
Arnold L Lieber, Carolyn R Sherin
American Journal of Psychiatry 129 (1), 69-74, 1972
SEMUA PERLU TAHU:
************************
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kes**aran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.
# KITA MANUSIA N BUKAN ROBOT #
~ FIKIR2 KAN ~
13/07/2022
TERAPI BEKAM/HIJAMA MENGAWAL PENYAKIT GINJAL KRONIK/CKD
Ginjal berperanan menyingkir keluar bahan² buangan dan lebihan cecair daripada tubuh selain menghasilkan pelbagai hormon untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel² darah merah, membantu kesihatan tulang dsbnya. Kegagalan fungsi ginjal yang kronik boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang sangat serius. Kegagalan ginjal kronik tahap 5 biasanya akan memerlukan rawatan "cuci buah pinggang" atau hemodialisis 3 x seminggu untuk mengawal paras creatinine, urea, asid urik selain menyingkir bahan² buangan & cecair berlebihan. Berdasarkan kepada beberapa kajian, terapi bekam/hijama juga didapati berkesan menurunkan paras kreatinin, urea, asid urik & sebarang bahan yang berlebihan dalam darah.
Satu kajian kesan² terapeutik hijama keatas 24 orang pesakit ginjal kronik yg telah lama menjalani hemodialis telah dilakukan oleh Bilal et al 2015 dengan penyeliaan daripada seorang pakar ginjal(nephrologist) iaitu Dr. Khurram Danial. Setiap pesakit dibekam seminggu sekali selepas hemodialisis untuk tempoh selama setahun. Serum urea, kreatinin, total darah penuh dan elektrolit diambil sebagai penanda aras dan dianalisa sebulan sekali selama 12 bulan.
Keputusan: Keletihan melampau yang biasa pesakit ginjal kronik alami di antara sesi dialisis berkurangan dengan ketara. Begitu juga dengan selera makan, masalah tidur & kualiti hidup menunjukkan perubahan positif yang ketara. Kedua² tekanan darah sistolik & diastolik berubah kepada bacaan normal kepada hampir semua pesakit. Paras serum kreatinin turun dengan ketara, begitu juga dengan elektrolit dan parameter hematologikal menunjukkan perubahan positif yang signifikan. Paras hemoglobin semua pesakit yang menjalani hijama kekal normal tanpa perlu transfusi darah. Manakala 2 daripada 24 pesakit mula menunjukkan peningkatan keluaran air kencing (urine output).
Terdapat lebih daripada 10 kajian saintifik yang lain juga menunjukkan bahawa terdapat penurunan ketara serum kreatinin, urea, asid urik dan lain² parameter darah/biokimia selain peningkatan kualiti hidup selepas terapi bekam/hijama dilakukan secara regular. Amalan cara hidup sihat, kawalan diet, berbekam dsbnya mungkin boleh menjadi kombinasi terbaik dalam mencegah mahupun merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit ginjal kronik.
MA SABRI
Ref:
1. Muhammad Bilal, Rafeeq Alam Khan, Khurram Danial. Pak J Pharm Sci 28 (5), 1731-1735, 2015
2. Effect of blood cupping on some biochemical parameter. Fairouz K Alshowafi
Med J Cairo Univ 78 (2), 311-315, 2010
3. The effects of wet cupping therapy on fasting blood sugar, renal function parameters, and endothelial function: a single-arm intervention study
Nik-Rosmawati Nik Husain, Suhaily Mohd Hairon, Rehanah Mohd Zain, Mujahid Bakar, Tee Get Bee, Mohamed Saat Ismail
Oman Medical Journal 35 (2), e108, 2020
4. The effect of blood cupping on plasma creatinine and uric acid levels
Wissam Bushra Mohammed Salih
Sudan University of Science & Technology, 2017
5. Effect of Cupping (Al-Hijima) on Hematological and Biochemical Parameters for some Volunteers in Missan Province.
Abbas Ch Mraisel, Mustafa A Nama, A Ahmed
Indian Journal of Forensic Medicine & Toxicology 14 (3), 1521, 2020
15/06/2022
Apakah sindrom Ramsay Hunt?
Sindrom Ramsay Hunt ialah keadaan neurologi yang disebabkan oleh virus varicella zoster, virus yang sama yang menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa.
Virus ini boleh kekal di dalam badan anda sepanjang hayat anda dan kembali aktif menyebabkan radang pada saraf. Untuk makluman, saraf yang melalui muka anda melalui saluran tulang yang agak sempit, dan apabila ia meradang, ia membengkak dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi
Penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh pada sebelah muka dan ruam yang menyakitkan dan melepuh. sesetengah pesakit mengalami perubahan dalam pendengaran mereka, mungkin merasakan bunyi lebih kuat pada satu telinga daripada yang lain atau mengalami tinnitus (deringan kronik di telinga).
Sakit telinga dan muka biasanya merupakan sebahagian daripada sindrom, dan sesetengah pesakit mungkin mengalami vertigo.
Hanya kira-kira lima hingga 10 daripada setiap 100,000 orang akan mengalami sindrom Ramsay Hunt setiap tahun. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Sindrom ini secara rasmi dikenali sebagai herpes zoster oticus; nama yang lebih biasa datang daripada pakar neurologi James Ramsay Hunt, yang pertama kali menggambarkan penyakit itu.
Penyakit Ramsay Hunt mempunyai simptom yang hampir serupa dengan Bell's palsy, yang juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka. Doktor biasanya mendiagnosis sindrom Ramsay Hunt dengan mengenal pasti lepuh kecil yang telah muncul di telinga pesakit
Bagaimanakah Sindrom Ramsay Hunt dirawat?
Kebanyakan orang yang mempunyai Ramsay Hunt pulih sepenuhnya, walaupun tempoh penyakit itu boleh berbeza-beza.
Sesetengah orang, ia mengambil masa berminggu-minggu. Dalam kes yang jarang berlaku, lumpuh muka atau kehilangan pendengaran boleh kekal.
Rawatan untuk Ramsay Hunt biasanya melibatkan pengambilan ubat anti-virus. Sesetengah pesakit juga mungkin diberi steroid. Terapi fizikal biasanya tidak disyorkan untuk pesakit, tetapi tidak akan memudaratkan.
-----------------------------------------------------------------------------
Dalam rawatan Tradisional Komplimentari boleh dilakukan dgn kaedah rawatan Akupuntur,Bekam
Therapy Centre
------------------------------------------------------------------------------
Tanda-tanda badan manusia
1. MATA👀 (Bertindak balas dengan keadaan hati).
👉 Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
👉Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
👉Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
👉Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
👉 Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG👃 (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
👉 Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
👉 Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
👉 Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK😷
👉 Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
👉 Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
👉Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG😑
👉 Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
👉 Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR 👄(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
👉 Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
👉Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
👉MULUT DAN LIDAH👅 : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
👉 TELINGA👂: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
👉 KULIT Berpeluh 💦
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
👉 RUAM DAN BISUL 🙊: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
👉 KULIT GATAL DENGAN RUAM😨 : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
👉. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
👉RAMBUT GUGUR 💇: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
👉SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
👉 KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
👉 KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
👉KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
👉SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
👉SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
👉RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
👉 GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
👉 TANDA-TANDA DALAMAN
1.KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
3. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
4. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
5. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
6. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
👉. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
1) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
👉 LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
👉. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
👉. KENCING
1) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
2) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
3) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
4) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
5) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
👉. BUANG AIR BESAR
1) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
2) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
3) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
4) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
👉BADAN
1) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
2) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
3) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
4) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
👉. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
👉. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
👉 RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
👉 RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
👉. S**A BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
08/03/2022
Adakah sendi anda mengalami..
bengkak dan kemerahan?
Rasa kaku dan sakit menyucuk²?
Itu tandanya sendi anda dah kena GOUT
GOUT berlaku apabila asid urik yang sepatutnya dikumuhkan dr tubuh badan melalui air kencing masih terdapat dalam darah dan berkumpul di sendi².
Asid urik terhasil dr tubuh badan kita dari percernaan protein. Jika b*k mengambil protein yg tinggi, asid urik akan b*k dihasilkan. Namun, jika kita kurang minum air putih yg banyak dan memakan buah² dan sayur²an, asid urik tak tidak dpt disingkirkan dr badan sepenuhnya dalam limbahan air kencing.
Asid Urik s**a berkumpul kat sendi² buku lali, ibu jari kaki, lutut, tumit, pergelangan tangan dan jari tangan juga.
Bila urik asid berkumpul, ia akan membentuk hablur kristal yg akan menyucuk otot dan saraf pd send².
Sendi jadi meradang, kita pun naik berang bila GOUT menyerang.
Nak sembuh dr GOUT?
Kenalah ⏸PAUSE⏸makanan yg boleh menyebabkan GOUT. Antaranya ialah:
❌ Elakkan makanan yang tinggi purina contoh daging merah seperti daging lembu, kambing.
❌itik, ayam.
❌ Makanan laut seperti kerang, ketam, udang, sotong, ikan sardin dan ikan kembong.
❌Cendawan, bayam dan asparagus, kangkung, kucai
❌Kacang tanah dan kekacang.
❌Organ dalaman seperti hati, hempedu, paru.
❌Ciku
❌Sup Tulang, Sup Gear Box, Sup Ekor
❌Produk kacang soya seperti tauhu dan minuman soya.
❌Elakkan minum alkohol kerana ia akan menggalakkan pengump**an asid urik pada sendi.
Tapi ☝☝☝☝
Dengan hanya ⏸PAUSE⏸ dulu makanan yg boleh menyebabkam GOUT tak cukup. Itu hanya boleh menyekat kehadiran urik asid yang baru.
Urik asid yg sudah 30 tahun, 40 thn, 50 thn bersarang dlm sendi anda tu bagaimana?
Kalau betui² nak GOUT ⏩⏩ GO OUT, perlu amalkan produk FOREVER LIVING:
🍒 Aloe Berry Nectar🍒
================
🔖Aloe Berry Nectar mengandungi Aloe Vera Gel, Kranberi dan Epal yg kaya dengan Vitamin, Mineral, Asid Amino dan Enzim.
🔖Kranberi mengandungi Proantosianidin yang boleh membantu untuk menggalakkan aliran air kencing yang lancar, sekaligus mempercepatkan perkumuhan asid urik dari badan.
🐟 Arctic Sea 🐟
🔖Menggabungkan minyak ikan (Omega 3) dengan minyak zaitun( Omega9) untuk keseimbangan lemak dan kolestrol yang sihat dlm tubuh badan.
🔖Anti keradangan,untuk mengurangkan kesakitan.
🔖Ditambah dengan Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
🐝Forever Royal Jelly🐝
🔖 Makanan Ratu Lebah dari sarang lebah di Gurun Sonoran, Arizona. Sebanyak 17,000-20,000 koloni lebah makan beribu-ribu pelbagai jenis bunga yang bebas dari pencemaran.
🔖Produk semulajadi tanpa pengawet dan pewarna atau perisa tiruan.
🔖Kaya dengan Vitamin B Kompleks terutamanya Vitamin B5 yang boleh membantu dalam mengurangkan pengump**an asid urik pada sendi.
TIPS LAIN YG PERLU DIAMALKAN
✅ Minum air putih sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari untuk membuangkan asid urik melalui air kencing.
✅Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.
❤️Lengkapkan dgn proses pemulihan dgn Kaedah Rawatan Bekam/Alfasdhu
Kesemua Produk Forever Living boleh dapatkan dari pusat rawatan Ummi Therapy Centre.
Set appointment anda sekarang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Blok D Lot No 5, Tingkat 1 Bangunan Sedco Pekan Ranau
Ranau
89307
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 15:15 |
