Tip Kecantikan -Beyna Legacy
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tip Kecantikan -Beyna Legacy, Health/Beauty, Jalan Kemboja 5A/3, Rawang.
Alhamdulilah..Golongan Kerabat Diraja pon pakai skincare Beyna Legacy ..Bukan kaleng2..Founder sendiri pon terkejut tawww..
Korang jom la try jgkk..
Gerenti tak menyesal..Kami dah ada beribu2 testimoni..
Dan yang penting "Mampu Milik Mampu Cantik"
Nak detail pm tika yer
www.wasap.my/601111402324/nakcantik
08/02/2021
Alhamdulilah😍😍😍
Ramai betul team restokkkkk💪💪💪
Jom pm tika utk jd sebahagian dari family kami team Beyna Legacy🌹
www.wasap.my/601111402324/nakjoinbeyna
Ampoule Birdnest pertama keluaran Beyna Legacy bertindak 3 dalam 1
(Ampoule +Serum +Essence) toksah dok beli byk2 barang lah jimat duet musim2 ni😄
03/02/2021
Korang! Korang nak tak kalo dapat kulit muka yang Bersih, moist dan semulajadi halus?
Mesti NAK kan! Kulit sihat terhasil dr penjagaan rutin yg bagus. Ada yang kata perlu habiskan 10 step? Ada yang perlu 3 step j
Nak lagi mudah MESTI pilih dari bahan2 asas yang .
Camne nak ukur kualiti tu? Ha dengan cara tengok kpd pemakai nya👌.
So nak tau produk kat bwh ni boleh buat ape dgn kulit awak? Ha meh tengok meh!
03/02/2021
Ramai sangat wanita² memilih pakai foundation untuk menutup celah dan jrwt kat wajah berbanding merawat.
Pakai Foundation bukan lah cara yang betul untuk tutup semua mslh skiin wajah korang.malah makin merosakan dan membuat lubang² pori wajah korang tersumbat so lagi tinggi resiko skiin wajah korang makin teruk.
Cara yang betul yelah korang kena rawatt dulu skiin korang.Then bila dah hilang semua mslh skiin wajah korang,korang tak perlu dah pakai fd skiin korang dah syantikkk liccciinnn pelolesss.🥰
Nak tika bantu tak atasi mslh skiin wajah korang???
Yang penting pr0duk ni tak menyakitkan skiin wajah korang dan pastinya Selamat.paling best mampu milik👍🥰
03/02/2021
Muka Breakout???
Jangan risau Beyna Snail Advanced Ampoule & BEYNA Snail Cream kan ada.
Pakai 2 item ni gabung meletop uols
Mengandungi Allantoin terbaik untuk kuliit.
" ALLANTOIN "
Allantoin adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam pelbagai produk kosmetik. Ia adalah ekstrak daripada tumbuhan. Ramuan ini terkenal dengan kebolehan menghidratkan dan ciri-ciri pengelupasan. Ia dikenali sebagai anti- inflamasi / anti-irritasi dan juga bertindak sbg pelindung dan menggalakkan penyembuhan. FDA mengakui ia dalam kepekatan yang khusus untuk memberi manfaat untuk melindungi kulit.
Antara Kebaikan Allantoin Utk Kulit :
• Membantu melembapkan kulit
• Membantu menghasilkan kulit yg sihat & licin
• Menyembuhkan & melicinkan kulit yg tidak sempurna (parut berlubang)
• Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
• Menghilangkan parut jerawat
• Membuat tona kulit lebih seimbang
• Melembap, melindungi & menyembuhkan kulit kering (dry, flaky & sensitive)
02/02/2021
02/02/2021
PURGING VS BREAKOUT
Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka?
Ada 2 perkara yang mungkin berlaku.
Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout.
Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout?
Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut?
Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami.
PURGING
=========
Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut.
Kemudian, tiba-tiba berlaku purging.
Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.
Kulit anda akan kemungkinan akan purging jika produk itu mengandungi :
1. Hydroxy Acids ( asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic )
2. Retinoid ( adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) - ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik.
3. Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum.
4. Exfoliant.
5. Benzoyl peroxide.
Purging akan naik di tempat yang jerawat anda selalu naik. Kalau di dagu, memang dagulah lokasi purging akan berlaku.
Jadi, andai kata anda sedang menggunakan serum, dan tiba-tiba naik whiteheads, small zits atau jerawat halus, dan ia naik di tempat yang memang lazim jerawat selalu naik, kemungkinan besar itu adalah PURGING.
Namun, tak semua orang mengalami purging ini.
Jika berlaku purging, apakah yang patut di lakukan ?
Saranan saya :
• Teruskan penggunaan produk tersebut seperti biasa namun kurangkan kuantitinya.
• Jika pakai serum, kurangkan titisan serum.
• Jika pakai esen, kurangkan penggunaan esen.
• Mengurangkan kekerapan penggunaan produk kepada 1 hari sekali saja iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2-3 hari juga adalah satu cara untuk memberi masa pada kulit anda beradaptasi pada bahan aktif di dalam produk.
Tempoh masa yang di ambil untuk purging betul-betul hilang ialah 4 minggu.
Sesentengah orang mungkin lebih.
Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabil semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.
Inilah purging!
BREAKOUT
==========
Bagaimana p**a nak tahu kulit yang memang betul-betul breakout?
1. Breakout ialah reaksi kulit akibat liang pori yang tersumbat, alergi atau iritasi akibat bahan di dalam produk.
2. Jika produk penjagaan kulit anda TIDAK mengandungi salah satu bahan yang saya nyatakan di atas di mana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Produk tersebut juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang comedogenic iaitu bahan yang boleh menyumbatkan liang pori.
3. Jika jerawat itu muncul di kawasan-kawasan yang tak pernah dinaiki jerawat sebelum ini, jelas ada sesuatu bahan di dalam produk kulit anda yang skin anda tak boleh tolerate.
4. Jika jerawat itu muncul sudah berbulan-bulan lamanya diikuti pakej bengkak dan nanah serta tidak menunjukkan tanda untuk surut.
Jadi, saranan saya apabila keadaan ini berlaku, hentikanlah penggunaan produk tersebut serta-merta kerana ia adalah BREAKOUT.
Segeralah dapatkan rawatan yang tepat untuk merawat breakout sebelum kulit anda menjadi lebih teruk.
Silakan ilmu kulit ini supaya kawan-kawan anda juga tidak lagi keliru.
Credit : tulisan asal ahli farmasi Pn. Ony Nurhusny
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Kemboja 5A/3
Rawang
48300
