Kekal Awet Muda
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kekal Awet Muda, Health/Beauty, 85000, Segamat.
31/03/2023
Hi hi semua! So now saya nak talk about beauty again! Now pasal serum juga but this serum should buy for brightening! Yang mana nak cerahkan skin sangat recommend dekat korang!
Okay serum ni nama Brightening Booster Beauty Serum. Okay apa yang best nya and apa yang buat kulit jadi cerah dia punya ingredient dia tau! Dalam ingredients dia ada niacinamide so mampu mencerahkan kulit dengan cepat. Selain itu paling rare dia ada gabungan bahan2 terbaik untuk kulit macam Centella Asiatica, Extract Mulberry, Aloe Vera yang boleh betulkan semula keadaan lapisan kulit ini dengan baik. Lepas ni jarang lah dah Jerawat nak munculkan diri..
Gais, dalam ni ada Vitamin C sekali tau sebab tu bila kita konsisten pakai dalam masa seawall seminggu dah cerah kulit kita. KUSAM PUN BOLEH HILANG.
Kalau korang ada masalah parut jerawat yang susah nak hilang, boleh cuba serum ni sebab saya dah pakai pudar kesan2 hitam pada kulit saya. Sebab ada ekstrak aloe vera dan centella asiatica ni boleh buang sel kulit mati dan sekatakan tona kulit semula . Sekaligus mengurangkan dark spot pada kulit kita.
Bab teksturnya p**ak likat dan tak melekit tau. Sekali pakai dah Nampak kulit jadi glowing. Sapu terus meresap. Haaa jangan risau serum ni ada kelulusan KKM tau, bahan2 dalam ni tiada bahan2 terlarang. So the perlu risau if produk ni tak bagus ada bahan-bahan terlarang kea pa.
So korang boleh tengok sendiri and try this product untuk cerahkan and solve kan masalah kusam dan parut jerawat tu!
MOTIVASI DIRI
Kamu tidak akan sampai ke perhentian "kejayaan" melainkan kamu akan berhenti di beberapa perhentian sebelumnya.
Antara nama perhentian itu ialah:-
(1) gagal,
(2) letih,
(3) kecewa,
(4) disangsi orang,
(5) putus asa.
Seseorang yang hebat hanya akan singgah sebentar sahaja di 5 perhentian tadi kerana dia tahu perjalanannya akan berakhir di perhentian "kejayaan."
02/11/2022
HAI SEMUA. ๐๐
Kalau rasa penat sangat, nak memandu pun rasa letih dan mengantuk. Cuba tips ini untuk elak dari mengantuk semasa memandu.
Saya nak share beberapa tips berguna bagi mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu.
1. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Pemandu terutamanya harus berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk sebelum memulakan perjalanan.
2. Minum kopi, teh atau minuman isotonik. Minuman-minuman ini dikatakan boleh meningkatkan daya fokus selain membekalkan tenaga. Namun ia juga boleh mendatangkan kesan yang kurang baik jika diambil secara berlebihan.
3. Selain kopi, sediakan juga snek dan makanan ringan seperti kekacang, gula-gula atau potongan buah kerana mengunyah dapat mengelakkan rasa mengantuk.
4. Elakkan dari mengambil ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kesan mengantuk. Jika terpaksa, serahkan tugas memandu kepada orang lain.
5. Berbual-bual dengan โco-pilotโ. Perjalanan yang jauh akan terasa lebih seronok dan cepat sekiranya anda berborak dengan penumpang lain. Walau apa pun topik yang dibincangkan, pastikan anda sentiasa fokus pada jalan raya.
6. Pasang radio untuk mengelakkan rasa mengantuk dan sunyi. Pastikan lagu yang dipilih tidak mendayu-dayu dan kuatkan suara jika perlu.
7. Buka tingkap. Bunyi angin yang kuat serta angin sejuk yang menerpa muka boleh membuatkan anda rasa segar semula.
8. Berhenti berehat di hentian atau R&R. Bak kata orang, cara paling berkesan untuk menghilangkan rasa mengantuk adalah tidur. Jangan lupa untuk segarkan diri dengan membasuh muka sebelum menyambung perjalanan.
9. Elakkan dari memandu selepas tengah malam sehingga subuh kerana badan dan otak sudah sedia maklum bahawa ini adalah waktu tidur anda. Selain itu, memandu pada waktu malam juga lebih berisiko.
Semoga sentiasa dalam keadaan selamat ye. Semoga bermanfaat.๐๐
02/11/2022
wow!!!
Testimoni Brightening Booster Beauty Serum
Wajib konsisten tau.
Jeragat ni lebih susah hilang berbanding jerawat tau..
Proses rawatan boleh guna Beauty Serum Vspire ni memang khasnya merawat jeragat dari dalam akar kulit ni.
Bagaimana Beauty Serum Vspire melenyapkan dan merawat jeragat ni
Langkah 1 ๐ meresap mematikan akar jeragat dalam kulit
Langkah 2 ๐ konsisten memudarkan jeragat
Langkah 3 ๐ menghilang jeragat semulajadi
hanya perlu konsisten pakai 2 kali sehari sebelum makeup dan sebelum tidur. Senang sangat dan tak memberi kesan buruk pada muka sebab bahan-bahannya semulajadi dalam serum ni.
Skin sis kalau ada jeragat memang kena sabar dan konsisten mengunakan serum yang rekemen ni. Kalau sis terus biarkan jeragat bermaharajalela kat muka sis. semakin hari semakin merebak tau jeragat ni tanpa sis sedar. Bahaya tau sedar2 dah tebal ๐ข
Fungsi Brightening Booster Beauty Serum Vspire ni
๐ Mematikan jeragat dari dalam akar kulit
๐ Memudarkan jeragat
๐ Mencerahkan kulit wajah dengan pantas
๐ Melembabkan kulit dengan semulajadi
๐ Mengecutkan jerawat
๐ Menghilangkan parut-parut di muka (bekas2 jerawat)
๐ Mengecilkan liang pori
๐ Booster pada kulit , memberi efek glowing dengan segera
Hasil boleh dilihat seawal 2 minggu
Confirm cantik sangat kulit sis๐๐
04/10/2022
BAGAIMANA CARA SKRUB BADAN
Hai hari ni saya nak share something tentang kepentingan scrub badan. KENAPA kena scrub badan? Tak cukup ke kalua guna sabun sahaja?
Mandi menggunakan sabun atau mandian buih biasa boleh membersihkan badan daripada kotoran. Tetapi sel kulit mati tidak dibuang dengan kotoran. Tetapi sel kulit mati tidak dibuang dengan sempurna dan akan mengakibatkan sel sel kulit mati bertambah tebal. Jadi harini saya macam mana cara scrub badan dengan menggunakan 2 produk sahaja .
Kita perlukan dua bahan ini saja
1. Sumber Ayu Scrub
- Kulit wangi yang lebih tahan lama
- Mengangkat kotoran dan sel kulit mati dengan lebih baik
- Skrub yang lembut dengan whitening complex yang membantu mencerahkan dan melembutkan kulit
- Menjadikan kulit lebih halus
2. Safi minyak zaitun
- Melembabkan kulit
- Memperbaiki kulit
- Memperbaiki kesihatan kulit
- Dapat membantu untuk membersihkan solekan
- Menyembuhkan kulit tumit yang merekah
- Memastikan rambut kekal sihat
Cara-caranya :
1. Masukkan skrub sumber ayu dalam mangkuk
2. Kemudian tuangkan minyak zaitun sekali sedikit
3. Campurkan semua sekali
4. Sapukan pada kulit badan
5. Gosokkan selama 2 minit
6. Bilas sehingga bersih
Selamat mencuba
Sumber dari lemon8
SALAM SAYANG DARI VSPIRE BOOSTER SERUM
03/10/2022
Testimoni Vspire serum
02/10/2022
Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. jom lihat apa kelebihan pengambilan buah dan sayur untuk badan sihat
30/09/2022
Kenali 5 jenis-jenis kulit2 yang berbeza ini untuk memahami maksud di sebalik kondisi kulit yang sihat.
#1 Kulit Berminyak
Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, ini bermakna kelenjar minyak di dalam kulit anda bertindak lebih aktif daripada sepatutnya. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti kulit berminyak adalah dengan melihat jika ada lapisan minyak nipis yang akan kelihatan di permukaan kulit sepanjang hari.
Tambahan p**a, individu dengan kulit berminyak juga cenderung mempunyai liang pori yang lebih besar dan sering mengalami masalah kulit seperti jerawat atau bintik hitam3.
#2 Kulit Kering
kulit yang sihat
Kulit kusam antara tanda kulit kering yang disebabkan oleh sel kulit mati yang meliputi permukaan kulit. Malah, golongan kulit kering juga cenderung mempunyai liang roma kecil yang hampir tidak kelihatan.
Bukan itu sahaja, kulit yang kering juga sering terasa tegang dan cenderung mengalami iritasi. Tetapi usah khuatir, antara regimen penjagaan kulit muka yang terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering adalah penggunaan pelembap muka yang tepat.
#3 Kulit Kombinasi
Pakar mendefinisikan kulit jenis kombinasi sebagai sebahagian daripada kulit wajah yang kering, manakala sebahagian lagi adalah berminyak. Sebagai contoh, bahagian kulit di kawasan p**i kelihatan kering, namun dahi dan hidung kelihatan berminyak.
Keadaan kulit ini juga boleh jadi berminyak ketika musim panas dan menjadi kering ketika musim sejuk.
#4 Kulit Sensitif
Untuk pengetahuan anda, golongan yang berkulit sensitif cenderung mengalami masalah keradangan. Disebabkan itu, mereka harus menggunakan produk yang lembut memandangkan kulit sensitif mudah mengalami kemerahan dan kerengsaan5.
#5 Normal
Berbeza dengan jenis-jenis kulit lain, sesetengah pakar dermatologi berpendapat bahawa sebenarnya tiada definisi perubatan untuk kulit normal.
Apa maksudnya? Maksudnya, jenis-jenis kulit ini boleh jadi berbeza-beza mengikut individu. Di samping itu, kulit beberapa individu juga mampu bertahan dengan lebih banyak anasir luar yang mengotorkan, tanpa bertindak balas secara berlebihan.
Walau bagaimanapun, penjagaan kulit muka bagi semua jenis kulit yang dinyatakan di atas ini tidaklah perlu serumit yang disangka. Ini kerana secara amnya, terdapat urutan yang ideal untuk mendapatkan kulit yang sihat lagi berseri. Untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat dan bersih, jangan lupa untuk melakukan regimen penjagaan kulit wajah asas yang lengkap.
Tiga langkah rutin penjagaan kulit muka asas yang harus diamalkan oleh semua individu adalah mencuci dengan pembersih muka, memakai pelembap wajah dan menggunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 pada waktu siang
30/09/2022
Hai semua, Kebanyakan orang dah tahu kepentingan sunscreen and kenapa kita perlukannya setiap hari. But for those yang tak tahu atau tak aware berkenaan penggunaan sunscreen and kenapa ia sangat penting, letโs break it down:
* Sunscreen dapat mengelakkan keradangan dan kemerah-merahan pada kulit terutama yang mengalami eczema and psoriasis
* Mencegah sunburn, freckles, pigmentasi, sun-spots
* Penggunaan sunscreen yang kerap dapat mengurangkan risiko kanser kulit
* Mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus
* Sunscreen bertindak sebagai perisai yang dapat lindung kulit you dari radikal bebas
* Mencegah kerosakan pada sel kulit dan DNA
Okay, so kita faham โ sunscreen ni penting. Tapi sebelum you all tanya, yes, sinaran matahari memang merupakan sumber vitamin D. Akan tetapi, you still perlu gunakan sunscreen setiap hari dan jangan risau, vitamin D masih boleh diserap walaupun kulit you dilindungi dengan sunscreen.
Dengan itu, kebanyakan orang dah ada sunscreen favourite at this point kan? Sekiranya you belum jumpa lagi sunscreen yang sesuai dengan kulit you, well dear, you datang ke tempat yang betul.
When it comes to sunscreen kan, ramai yang struggle sebab tak pasti sunscreen yang dibeli tu akan memberi kesan yang baik atau sebaliknya. Ni sebahagian daripada common struggle and concern semasa membeli sunscreen:
* Risau akan mengakibatkan white-cast yang melampau
* Tekstur yang berat, melekit and hard to blend
* Finishing agak berminyak and buat kulit rasa tak selesa
* Mengandungi bau yang kurang enak atau terlalu wangi
* Berkemungkinan trigger new breakouts and irritation
Anyone can relate? Sebenarnya, mencari sunscreen yang sesuai ni tak perlu menjadi struggle pun. Ya memang banyak sangat pilihan di pasaran tapi sesetengah orang akan rasa overwhelm and tak tahu nak mula dari mana.
Disebabkan itu lah ramai yang ambil jalan mudah untuk pakai sunscreen, for example pakai โsunscreenโ yang dah infused dalam makeup. Banyak kan foundation yang mengandungi SPF sekarang ni โ walaupun ia tak salah, ia sebenarnya tak cukup. You still perlukan extra perlindungan daripada sunscreen itu sendiri.
Sumber: https://hansaegee.com/landingpage/cara-memilih-sunscreen-yang-sesuai-apa-kata-ikut-panduan-ini/?gclid=CjwKCAjw4c-ZBhAEEiwAZ105RaG4YIxYrjdc_teVR09MnONjg039_CitEY--iRB-HJ4oQw_VNm508hoCYUMQAvD_BwE
29/09/2022
Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental juga perlu dijaga, untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan. Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:
1. SENAMAN
โ Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat. Badan yang sihat dapat membina minda yang sihat, dan sebaliknya.
โ Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.
2. KOMUNITI
โ Hubungan interaksi sosial yang berkualiti dapat membantu kita untuk menyihatkan lagi mental kita.
โ Usaha untuk menambahbaik kualiti hidup orang lain melalui aktiviti sukarelawan, sudah pasti akan meningkatkan kualiti hidup kita juga.
โ Menjadi sebahagian daripada kump**an dapat menimbulkan rasa โsense of belongingโ dan ianya sangat baik untuk kesihatan mental kita.
3. MAKANAN
โ Fizikal dan minda itu saling berkaitan.
โ Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental.
4. SEIMBANG
โ Stress itu pasti, dan tidak dapat dihilangkan. Ianya penting untuk kita mendapat โdrive forceโ. Sebab itu, penting untuk KAWAL. Stress yang terkawal dapat membantu kita mempunyai hidup yang seimbang.
โ Keluar daripada kesibukan dunia, stress seharian, dan nimatilah masa seronok tersebut. Alang-alang, dapat tingkatkan hormon gembira, dan tambah baik imuniti badan, betul tak?
5. BANTUAN
โ Ia dipanggil โMental Illnessโ, dan bukan โMental Weakness.โ
โ Bukan salah atau kelemahan anda sekiranya mempunyai sesebuah penyakit mental. Ia juga bukan berkait dengan lemahnya iman seseorang.
โ Seperti mana-mana penyakit fizikal, penyakit mental juga perlu dititikberatkan kepentingannya, dan ia bukan bermaksud โGilaโ, โSewelโ atau โDirasukโ.
โ Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental. Kita tak malu untuk jumpa doktor ketika kita demam, kan? Maka ini perkara yang sama
Semoga bermanfaat, salam sayang dari Vspire Beauty HQ.
28/09/2022
Lepas tengok testimoni nie, confirm ramai yang akan bertukar kepada Beauty Serum Vspire. ๐
Dikalangan kita ramai yang ada masalah macam ni. Parut parut jerawat susah hilang kat muka. Nak juga rasa kulit macam orang korea tu. Flawless je kulit,
okay macam mana nak hilangkan parut jerawat ni sebenarnya? Korang wajib pakai serum Vspire ni tak susah pun dua kali sehari je. Confirm nampak perubahan dengan cepat.
Tanamkan sifat penyabar dan yakin konsisten amalkan sapu pada kulit akan dapat hasil yang positif ni. ๐๐
Tengok akak ni, tak sampai sebulan pakai tau. dah nampak perubahannya.. ๐
28/09/2022
Selamat pagi semua๐ฅฐ
Hari saya nak kongsikan petua yang mudah dan menjimatkan, dengan hanya menggunakan ais. Jom lihat tujuh keajaiban ais untuk wajah.
1) Kecilkan pori muka
Menakjubkan, ais adalah โresepiโ paling efektif untuk kecilkan pori-pori di kulit wajah. Caranya, ambil beberapa ketul ais kiub dan balutkannya di dalam sehelai tuala kecil. Tekapkan di wajah berulang kali. Anda disarankan untuk melakukan petua ini setiap kali sebelum bersolek. Pasti anda akan kagum dengan hasilnya kelak.
2) Kurangkan mata sembab
Normal untuk setiap orang mempunyai mata yang sembab. Biasanya ia disebabkan kurang tidur, stres atau mata tidak cukup rehat. Usah bimbang. Sama seperti langkah di atas, anda tekapkan ais kiub yang dibungkus di dalam tuala ke bahagian sekeliling mata.
3) Mekap tahan lama
Untuk memastikan mekap tahan lebih lama, tekapkan kuib ais yang sudah dibalut di dalam tuala kecil. Biarkan antara lima hingga 10 minit sehingga airnya kering, kemudian sapu skin care rutin anda pada wajah sebelum bersolek.
4) Kecutkan jerawat
Jerawat memang musuh utama kulit wajah. Tapi kini anda tidak perlu risau lagi. Caranya, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat.
Ais berfungsi mengurangkan bengkak dan kemerahan kulit akibat jerawat. Selain itu, ais juga boleh menyeimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengecutkan jerawat.
5) Kurangkan bulu halus pada wajah
Sesetengah orang mungkin mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu roma di sekitar wajah. Jangan tak tahu, ia boleh dikurangkan menggunakan ais. Ais berfungsi menghilangkan akar bulu-bulu halus di muka.
6) Segarkan wajah
Apabila ais diletakkan di wajah, secara automatik ia meningkatkan pengaliran darah. Caranya, letakkan beberapa ketul ais di dalam gelas kaca, dan tekapkan di wajah. Atau anda juga boleh meletakkan ais di dalam tuala kecil.
7) Cegah tanda penuaan
Jangan tak tahu, ais berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala. Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
Semoga bermanfaat , salam sayang. ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
85000
Segamat
85000
