FMseriSEGAR

FMseriSEGAR

Share

Ade Madu Lebah, Madu Tualang, Madu Kelulut.. & Madu KING...
Sacha Inchi Oil & Green Tea..

16/03/2023

HEALTHY SUPPLEMENTS

KEKALKAN TENAGA DI BULAN RAMADHAN DENGAN...

MADU KELULUT BRO HONEY

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Send a message to learn more

16/03/2023

HEALTHY SUPPLEMENTS

KEKALKAN TENAGA DI BULAN RAMADHAN DENGAN...

MADU LEBAH BRO HONEY

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Send a message to learn more

24/01/2023

OPERASI PINDAH & SELAMATKAN LEBAH..
TAMAN DIAMONDS RESIDENSI SEMENYIH...

1. Terima mesej dari rakan Mybeesavior untuk ambil alih 2 kes pindahkan lebah di sebuah rumah di Diamond Residences Semenyih.. Pengadu, Mr Goh risau terdapat lebah bersarang di pagar bunga yang terletak di hadapan rumah. Lebah telah menyengat tukang kebun semasa kerja trim pokok pagar tersebut.

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni lebah andreniformis sudah bersarang lebih kurang 3 minggu. Madu tinggal 20% dan telur anak tinggal 40% belum menetas..

3. Setelah memberi info kepada tuan rumah kerja pindahkan lebah dimulakan.. Kawasan hadapan rumah perlu di kosongkan.. tiada aktiviti kerana khuatir lebah menyerang tuan rumah dan jiran.

4. Alhamdulillah.. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam box dan karung jaring sementara dengan selamat.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 30 minit.

5. Sebahagian 95% koloni lebah yang telah berjaya diselamat dan dipindahkan.. di lepaskan dan disangkut di pokok bunga di area Bro Honey Bee & Kelulut Farms..

7. Satu lagi kes sarang lebah andeniformis di rumah no 10 di biarkan kerana
a) Rumah tiada penghuni.
b) Sarang tinggi 12 kaki.
c) Telur queen sudah kelihatan..
d) Tidak mengganggu laluan / kerja² tukang kebun.
e) Dalm seminggu atau lebih lebah akan pergi sendiri..

8. Terima kasih kepada tuan rumah Mr Goh memanggil team Mybeesavior untuk Pindah & Selamatkan Lebah..

9. Terima kasih juga memberi angpow dan biskut raya.. juga membeli Produk Madu Kelulut Bro Honey...

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!
NAK PINDAHKAN LEBAH...!!!

NAK MADU...!!!
NAK PINDAHKAN LEBAH...!!!
Https://wa.me/60129331624

08/11/2022

IKLAN KHIDMAT MASYARAKAT....

Hubungi TEAM MYBEESAVIOR...

❤️SAYANGI LEBAH...🐝

27/07/2022

OPERASI PINDAH & SELAMATKAN LEBAH..
TAMAN MELOR SUNGAI MERAB LUAR...

1. Terima mesej dari rakan Mybeesavior Raja Soffian untuk ambilalih kes pindahkan lebah di sebuah rumah di Taman Melor Sg Merab Luar.. Pengadu, Safwan Sharom risau terdapat lebah bersarang di dalam peti yang terletak di hadapan rumah. Lebah telah menyengat jiran sebelah, kerana laluan keluar masuk lebah melalui parking kawasan jiran.

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni lebah apis cerana sudah bersarang lebih kurang 1 minggu di dalam peti. Lebah baru membina satu frame sebesar tapak tangan dan tiada lagi anak di dalamnya..

3. Setelah memberi info kepada tuan rumah kerja pindahkan lebah dimulakan.. Kawasan hadapan rumah perlu di kosongkan.. tiada aktiviti kerana khuatir lebah menyerang tuan rumah dan jiran.

4. Alhamdulillah.. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam box dan karung jaring sementara dengan selamat.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 40 minit.

5. Semasa dalam perjalanan pulang.. sebahagian lebah telah keluar dan terlepas dari kotak jaring dan berterbangan dalam kereta. Mujur lebah² ini tidak menyerang saya. Sebahagian koloni lebah yang tinggal telah selamat di pindahkan ke dalam kotak dan dilepaskan di area Bro Honey Bee & Kelulut Farms..

7. Terima kasih kepada tuan rumah memanggil team Mybeesavior untuk Pindah & Selamatkan Lebah..

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!
NAK PINDAHKAN LEBAH...!!!

NAK MADU...!!!
NAK PINDAHKAN LEBAH...!!!
Https://wa.me/60129331624

06/07/2022

OPERASI MENYELAMATKAN LEBAH.
KIARA APARTMENT NILAI IMPIAN...

1. Terima mesej dari tuan Sharir untuk pindahkan lebah di rumahnya, tingkat 6 Kiara Apartment Nilai Impian.. Pengadu risau terdapat lebah bersarang di beranda rumah..

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni lebah micrapis sudah bersarang lebih 3 minggu di celah tangga. Lebah selesa bersarang di situ sebab tiada gangguan..

3. Setelah memberi info kepada tuan rumah kerja pindahkan lebah dimulakan..

4. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam karung jaring sementara dengan selamat..

5. Alhamdulillah.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 10 minit kerana mengguna cara sauk dengan jaring..

6. Koloni lebah telah selamat di pindahkan ke dalam kotak dan dilepaskan di area Bro Honey Bee & Kelulut Farms..

7. Terima kasih kepada tuan rumah memanggil saya untuk pindahkan lebah..

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!

NAK MADU...!!!

Https://wa.me/60129331624

02/06/2022

OPERASI MENYELAMATKAN LEBAH.
KG SIREH, SEMENYIH...

1. Terima panggilan dari tok Aziz Azmi mengatakan bahawa rakannya en Rama perlukan pertolongan untuk pindahkan lebah di Jalan 3, Kg Sireh Semenyih.. Pengadu risau terdapat satu sarang lebah didahan pokok tepi jalan mengganggu pengguna jalan dan kerja² pembersihan dahan pokok oleh pihak MPKJ. Beliau kenalkan kepada pegawai MPKJ tn Nazir bagi urusan pemindahan dan menetapkan jam 9pm untuk kerja pemindahan sarang lebah dan beliau setuju menyediakan skylift.

2. Dari info yang diberi, saya pergi ke lokasi untuk melihat sendiri.. Dari pemerhatian, terdapat 1 koloni Lebah Tualang atau Apis Dorsata sudah bersarang lebih kurang 2 bulan di dahan pokok tepi jalan setinggi lebih 20 kaki.. sebahagian dahan sudah dipotong tetapi dahan yang bersarang lebah dibiarkan oleh staf MPKJ.

3. Sebelum kerja pemindahan sarang lebah, terjadi salah info oleh staf MPKJ yang mana team tersebut mahu membakar sahaja sarang tersebut. Setelah perbincangan dan memberi info kepada incharge tn Aizal Lamin, beliau bersetuju kerja pindahkan lebah dijalankan..

4. Kerja pemindahan dilakukan bersama rakan Raja Soffian dari team Penyelamat Lebah Malaysia. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan kebanyakkan lebah dimasukkan dalam jaring..

5. Alhamdulillah.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 35 minit. Koloni lebah telah selamat dilepaskan ke kawasan kebun getah di Kg Batu 5.

KES SELESAI..

BENDA BOLEH PINDAH..
KENAPA NAK BAKAR....

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!

NAK MADU...!!!

Https://wa.me/60129331624

12/04/2022

OPERASI MENYELAMATKAN LEBAH.
KG BATU 5...

1. Terima mesej dari tuan Razif Mamat untuk pindahkan lebah di rumah puan Mala di Lorong Haji Mungit Kg Batu Lima Semenyih.. Pengadu risau terdapat sekumpulan lebah berterbangan di tembok peti surat..

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni Lebah Apis Cerana sudah bersarang lebih 6 bulan di dalam peti surat. Ada lebih 6 frame comb.. Lebah selesa bersarang di situ sebab tiada gangguan..

3. Setelah memberi info kepada tuan rumah kerja pindahkan lebah dimulakan..

4. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam kotak sementara dengan selamat..

5. Alhamdulillah.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 45 minit kerana menunggu semua lebah masuk ke dalam kotak..

6. Koloni lebah telah selamat di pindahkan ke dalam kotak untuk dipulih dan di biakkan..

7. Nasib kurang baik.. 4 das terlepas kene di pergelangan tangan.. Terima kasih kepada tuan rumah memanggil saya untuk pindahkan lebah..

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!

NAK MADU...!!!

Https://wa.me/60129331624

12/03/2022

OPERASI MENYELAMATKAN LEBAH.
PKNS BATU 6 BANGI...

1. Terima mesej dari tuan Firdaus untuk pindahkan lebah di dalam kawasan stor.. Lebah apis cerana bersarang di dalam tong poly hitam.. Kawasan stor telah lama di tinggalkan. Tuan tempat tersebut telah berpindah ke area Sg Buah..

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni Lebah Apis Cerana sudah bersarang dalam 2 minggu.. Ada 4 frame, tiada madu dan dalam proses buat sarang dan sedikit telur yang kelihatan..

3. Setelah memberi info kepada inchrge, kerja pindahkan lebah dimulakan.. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam kotak sementara dengan selamat.

4. Alhamdulillah.. Tugas selesai dalam masa kurang 30 minit...

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!
NAK MADU...!!!
NAK MADU...!!!

Https://wa.me/60129331624

09/03/2022

OPERASI MENYELAMATKAN LEBAH.
KG RINCHING HILIR...

1. Terima mesej dari tuan Mamat Imam Ridzal Ridzwan untuk pindahkan lebah di dalam rumah.., di dalam almari buku.. Rumah telah lama di tinggalkan. Tuan rumah telah berpindah ke tempat lain.. dan bercadang untuk meroboh dan membina rumah baru..

2. Dari pemerhatian.. Terdapat 1 koloni Lebah Apis Cerana sudah bersarang lebih 3 bulan.. Ada 6 frame tapi tiada madu dan kebanyakkan anak lebah sudah menetas..

3. Setelah memberi info kepada tuan rumah kerja pindahkan lebah dimulakan.. Sarang lebah berjaya dipindahkan dan di masukkan dalam kotak sementara dengan selamat..

4. Kotak sementara lebah saya tinggalkan di situ selama 1 minggu untuk keselesaan dan membiasakan lebah dalam kotak baru.

5. Alhamdulillah.. Tugas selesai dalam masa lebih kurang 30 minit...

7. Terima kasih kepada tuan rumah memanggil saya untuk pindahkan lebah..
Terima kasih juga sebab beri upah..

KES SELESAI..

SAYANGI LEBAH...
JANGAN HAPUSKAN DAN BAKAR SARANG LEBAH..

Hubungi saya atau geng penyelamat lebah
B0025 MyBeeSavior

NAK MADU...!!!
NAK MADU...!!!
NAK MADU...!!!

Https://wa.me/60129331624

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Semenyih?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 1775, Kg Batu 5
Semenyih
43500